MRSM Ulul Albab

Semalam abah bagitau yang abah kena pergi MRSM Kota Putra minggu depan…abah cakap ada sesi temuduga untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 tahun depan…mungkin berita ni dah agak lama tapi saya baru je tahu…MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai MRSM Ulul Albab yang pertama…sekarang ni siapa2 yang nak mendaftar di MRSM tersebut kena hadir sesi temuduga…dan pelajar-pelajar ini juga akan diuji dari segi bacaan Al-Quran dan tajwid yang betul..petikan kat bawah menceritakan sedikit sebanyak pasal program tersebut…

JERTIH, 29 Ogos (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperkenalkan konsep Ulul Albab dalam usaha meningkatkan imej Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara, mulai tahun depan.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata melalui konsep itu, yang diperkenalkan kerajaan Terengganu sebelum ini, setiap pelajar MRSM akan dididik ke arah menjadi pelajar yang serba boleh bagi menjadikan mereka warga yang quranik, ijtihadik dan ensiklopedik.

Beliau berkata dalam tempoh tertentu, semua MRSM akan ditingkatkan kecemerlangan supaya bertaraf dunia dengan sistem pendidikannya akan diubah berpandukan kepada keperluan semasa.

“Bagi tujuan itu, satu kongres akan dianjurkan bulan depan dengan menjemput bekas-bekas pelajar MRSM, bekas Ketua Pengarah Mara termasuk para pegawai kanan untuk merangka pelan tindakan bagi membawa MRSM ke arah itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Kecemerlangan Pendidikan dan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering di sini hari ini.

Sebagai permulaan, Idris berkata sebuah MRSM akan dipilih sebagai MRSM Ulul Albab yang pertama di negara ini dengan sistem pendidikan dan kecemerlangannya dirangka supaya setanding dengan institusi pendidikan ternama di dunia.

Beliau yakin dengan kombinasi kecemerlangan duniawi dan akhirat, MRSM akan mampu melahirkan pemimpin masa depan yang serba-boleh, hebat dan sentiasa terbuka pemikirannya serta bersahsiah tinggi dan penghafaz al-Quran.

— BERNAMA

*Masih tak faham bila orang tak boleh terima yang nama saya “Diana”…tapi kalau nak panggil “Nur” pun tak kisah sebenarnya…boleh jadi doa juga untuk saya…*wink*

6 thoughts on “MRSM Ulul Albab

  1. padan ola na, makin banyok oh la khije kite pahni. sedey sungguh bile kene maintain kualitini. kite jugopla hok nyekse, y dop? –menjiwai hati seorang guru (“,)

  2. padan ola na, makin banyok oh la khije kite pahni. sedey sungguh bile kene maintain kualitini. kite jugopla hok nyekse, y dop? –menjiwai hati seorang guru (“,)

  3. padan ola na, makin banyok oh la khije kite pahni. sedey sungguh bile kene maintain kualitini. kite jugopla hok nyekse, y dop? –menjiwai hati seorang guru (“,)

  4. padan ola na, makin banyok oh la khije kite pahni. sedey sungguh bile kene maintain kualitini. kite jugopla hok nyekse, y dop? –menjiwai hati seorang guru (“,)

  5. padan ola na, makin banyok oh la khije kite pahni. sedey sungguh bile kene maintain kualitini. kite jugopla hok nyekse, y dop? –menjiwai hati seorang guru (“,)

Leave a reply to fathen suriati Cancel reply