Sequel of A.K.S.I….;D

KES 3

Masa saya duk kupas bawang kat dapur…nak buat cucur ayamla katakan…

Aqil: Kak ena nak buat apa tu?
Saya:Nak buat jemput2(cucur)…Aqil suka tak jemput2?
Aqil: Aqil suka sangat tapi Aqil tak suka bawang…kak ena jangan taruh bawang dalam jemput2 k…
Saya:Eh mana guna bawang…tak guna pun…(dalam hati,memang nak taruh dalam cucur pun…hehe)
Aqil: Abis tu,kenapa kupas bawang?
Saya:Saje je ni…
Aqil: Oooo…(tanda setuju je…hahaha)

Last2,dia yang makan cucur tu paling banyak tanpa menyedari yang saya memang taruh bawang dalam tu….Hehehe!

KES 4

Satu hari…masa saya tengah borak2 dengan abah…

Abah:Harga ayam sekarang…kalu 2ekor…dekat rm40…ala,kira rm40la tu…

Tiba-tiba,Aqil datang menyampuk…

Aqil: Ayah De,ayam 2ekor harganya rm40?
Abah:Ha’ah..
Aqil: Kalu macam tu…seekor ayam harganya rm20…3ekor ayam rm60…4ekor ayam rm80..5ekor ayam rm100…blablabla…
Saya:La,buat matematikla pulak(dalam hati sambil tersenyum)…

KES 5

Masa tengah relaks2 kat rumah…saya berteka-teki lagi dengan Aqil(suka sangatla berteka-teki ni…hahaha)

Saya:Di manakah kamu bersekolah?
Aqil: Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam..(dengan bangganya)
Saya:OK…sekarang soalan kedua pulak…di manakah ANDA bersekolah?
Aqil: Tak tau…ANDA tu sape???

Senget2 mulut saya menahan ketawa…takut kecik ati pulak…hahaha!

As Kid Sees It….(A.K.S.I)

Berikut merupakan sedutan dialog antara saya dan Aqil yang baru je masuk darjah 1…apa yang saya cube sampaikan di sini…Different people perceive a thing in different ways…especially budak2…HAHAHA

KES 1

Satu petang yang amat menyenangkan,saya main teka-teki dengan Aqil…

Saya:Cuba teka,apa nama penuh kak ena?
Aqil: Kak enala…(sambil kehairanan)
Saya:Bukan gitu…nak nama penuh…
Aqil: Nama penuh tu ape?(sambil mengerutkan dahi)
Saya:Contohnya…nama penuh Aqil…Muhammad Aqil Karimi…tapi orang panggil Aqil… Muhammad Aqil Karimi tula nama penuh…Aqil tu nama samaran je…kalu kak ena pulak macammane?

Aqil: Oooo…macam tu ke?macam ayahla ni…nama Mohd Sabri tapi orang panggil
ayah…kalu mak pulak…nama Nor Mala…tapi panggil je mak…kalu to’ki
pulak…nama Osman…tapi panggil to’ki (haha…dia ingat orang lain guna nama
samaran macam dia guna ke?…HAHAHA)

Sejak dia tahu nama saya…dia asyik duk panggil….OH Diana!

KES 2

Satu hari,Aqil bertanya saya mengenai konsep ketuhanan…siapa Tuhan?…and so on…susah nak jawab ni…

Aqil: Kak ena,Aqil dengar dia ada sebut Allah dalam lagu tu?…Allah tu sape?
Saya:Allah tu Tuhan kita…kita tak boleh nampak Dia…tapi Dia nampak kita…Allah
Maha Kuasa…kalu kita cakap dalam hati pun Dia boleh dengar…
Aqil: Kalu Aqil cakap dalam hati “Aqil pandai”,dia boleh dengar jugak ke?
Saya:Hola…mesti doh…bukan setakat tu je..kalu kita minta mende2 pun Allah blh
bagi…
Aqil: Mende2 je pun?
Saya:Yela…tapi kita kene rajin berdoa…satu lagi,jadi orang baik…kalu orang jahat2
masuk api neraka…(just a simple explanation to make him understand…)
Aqil:Kalu gitu,Aqil nak mintak games Monopolylah dengan Allah…kalu kawan2 tanya mana dapat ni…Aqil nak cakap “Allah bagi…”
Saya:Alhamdulillah…(gaya cam mak Mohd Adif dalam citer Dunia Baru…haha)