Dungun

Salam.

Sudah lama benar ~A.K.S.A.R.A tidak ber’update‘. Kekangan masa dan komitmen semakin bertambah tahun 2014 ini.

Mengajar Bahasa Inggeris untuk semua Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 haih
Sibuk dengan tugasan SU PBS (sudah tiga tahun berturut-turut pegang jawatan ni)
Guru kelas lagi
Ketua penasihat Bola Tampar (padahal tak pandai pun main)
Menyiapkan Bab 1 hingga 3 dissertation ( tajuk direject sebanyak 3 kali sebelum ni)
Sibuk sebagai suri rumahtangga

Alhamdulillah sekarang kami sudah hampir setahun menyewa di daerah Dungun ini. InshaAllah mungkin akan jadi warga Dungun tetap tak lama lagi😊 Lagipun Dungun bukanlah satu tempat yang baru bagi saya. Dulu pun memang bersekolah di sini dan yang paling kebetulan, abang ipar saya juga merupakan senior saya di sekolah dulu. Sungguh tak sangka.

Apa yang menyebabkan kami untuk pilih Dungun adalah kerana kedudukan strategiknya dari tempat kerja kami berdua. Saya ke Jerangau dan suami ke Kerteh. Jadi Dungun adalah pilihan yang paling tepat disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah. Fair and square👍

InshaAllah akan update lagi kalau ada kesempatan. Walaupun tiada pembaca huhu.

Hobi terkini….Pelan Lantai

IMG_2152.JPG

IMG_2153.JPG

Sekian.

Advertisements

Berjimat di tahun 2014

Salam.

Hanya tinggal lebih kurang dua minggu lagi untuk ke tahun 2014. Tahun di mana kita akan menyaksikan kenaikan harga yang “almost ridiculous” dan menyesakkan fikiran. Kalau dikaji gambar di bawah (kurang pasti sumber asal), gaji bulanan juga sepatutnya dinaikkan seiring dengan kenaikan harga. Tak gitu pak menteri? Kalau gaji ribu-riban dan tinggi dan gerenti masih berbaki ratus-ratusan ringgit di hujung bulan, tak apalah jugak. Bagaimana dengan mereka yang gajinya di bawah RM1000? Bawah RM2000? Bawah RM3000? Tambah lagi yang banyak tanggungan. Rakyat akan sememangnya terbeban.

20131216-113930.jpg

Selaku rakyat biasa yang tak mampu mengawal kenaikan harga, saya percaya gaya hidup sedikit sebanyak mampu mengurangkan perbelanjaan dan seterusnya boleh melakukan sedikit penjimatan. Berikut merupakan beberapa perkara yang saya kira boleh membantu kita sedikit berjimat di tahun 2014.

1. Berkongsi kereta / car pooling

Untuk ke sekolah, saya perlu memandu sejauh 50km. Perjalanan balik pula mengambil jarak sejauh 54km. Lebih jauh sedikit sebab kena buat UTurn untuk pulang ke rumah. Huhu. Memang tidak dapat dinafikan saya rasa amat terbeban dengan kos petrol. Walaubagaimanapun, beban telah dikurangkan dengan berkongsi kereta dengan teman sekerja. Saya mampu jimat hampir separuh untuk kos petrol sepanjang tahun ini. Untuk tahun 2014, saya belum ada partner untuk berkongsi kereta kerana baru berpindah ke daerah Dungun. Alhamdulillah jarak ke sekolah lebih dekat dan dapat juga menjimatkan kos, masa dan tenaga.

2. Menggosok baju sekali seminggu

Untuk warga guru seperti saya, menggosok segala baju kurung dan tudung pada hujung minggu adalah yang terbaik. Gosok untuk seminggu terus. Selain dapat menjimatkan penggunaan elektrik, ia juga dapat mengelakkan kekalutan pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Tetapi masih kesian pada para ibu yang ada ramai anak. Baju sekolah mesti bertukar ganti dan perlu selalu digosok sebab mesti ramai yang tidak cukup 5 pasang seorang. Dengan ini, bil pun akan meningkat. Lagi rakyat terbeban.

3. Guna pek ekonomi

Untuk barangan rumah pula, saya memilih untuk membeli pek ekonomi. Pek ekonomi ternyata dapat mengurangkan perbelanjaan. Sebagai contoh, saya membeli pelembut pakaian Brand X (dalam botol) 800ml dengan harga RM8.20. Sebaik sahaja habis guna, saya hanya refill botol dengan pek ekonomi yang juga 800ml dengan harga RM6.90. Di sini, saya dapat berjimat sebanyak RM1.30. Kesimpulannya, belilah pek ekonomi untuk penggunaan body wash, detergent, pewangi rumah, ironing aid (just to name a few).

4. Masak sendiri

Seiring dengan kenaikan harga barangan masakan, restoran dan warung juga akan mengambil alasan untuk menaikkan harga. Jadi, adalah lebih wajar untuk kita memasak sendiri di rumah berbanding berbelanja makan di luar. Carilah masa untuk memasak. Paling kurang sekali sehari. Masak yang ringkas pun tak apa. Dengan memasak sendiri, kita akan lebih selektif tentang penggunaan ramuan dalam masakan dan inshaAllah bukan sahaja halal malah toyyiban (bersih). Untuk para isteri, memasak untuk keluarga dapat menjanjikan satu kepuasan di samping dapat mengikat kasih sayang. Cewah! Selain itu, bangun awal pagi dan memasak untuk keluarga inshaALLAH akan diberikan ganjaran pahala oleh ALLAH. Makan di luar sekali sekala tiada masalah. Para isteri pun suka bila suami sekali sekala membawa mereka makan di luar.

5. Bercucuk tanam

Untuk para wanita yang selalu masak, penjimatan dapat dilakukan dengan bercucuk tanam sendiri sayuran (tak sama tau dengan kata-kata pak menteri itu). Contoh sayuran yang boleh ditanam sendiri di halaman rumah, cili api, serai, limau purut, daun pandan etc. Berdasarkan pengalaman peribadi, setelah membeli serai atau daun pandan dari pasar, ada yang saya simpan dalam peti sehingga kering dan akhirnya tidak dapat digunakan lagi. Adalah lebih mudah apabila kita bercucuk tanam sendiri kerana kita dapat petik sahaja bila-bila masa kita mahu memasak. Selain itu, ini juga semestinya dapat menjimatkan kos. Tetapi, ini mungkin kurang praktikal bagi mereka yang tinggal di perumahan flet.

Sekian sahaja sedikit tips untuk berjimat. Walaupun kurang pasti sejauh mana penjimatan dapat dilakukan, there’s no harm in practising those right? 🙂

Wassalam.

p/s: Tidak dapat dibayangkan beban dalam tempoh 5 tahun ini. Haih….

Soalan

Salam aidilfitri.

Walaupun agak terlambat, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin atas segala salah silap atau khilaf, yang secara tak sengaja atau disengajakan.  Tak lama lagi sesi sekolah akan bermula kembali dan ini juga petanda kepada bebanan kerja yang amat sangat; membuat persiapan untuk PMR, melaksanakan PBS sampai habis, mendaftar untuk semester baru, menyudahkan research proposal. Harap-harap lebih produktif lepas cuti ni, Ya ALLAH.

Sedikit kisah tentang raya. Sambutan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. Saya akui saya agak teruja menyambut aidilfitri tahun ini. Membuat persiapan raya bersama suami merupakan satu episod baru dalam hidup ececeh. Kalau dulu hanya kisahkan persiapan baju raya sendiri, sekarang sudah kena fikir persiapan untuk suami sekali. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Cuma ada satu trend yang tidak pernah berubah setiap kali raya sejak dulu sampai sekarang. Trend soalan. Walaupun soalan yang diajukan setiap tahun berubah mengikut kadar waktu dan juga status, raya dan soalan bagai sukar dipisahkan.

Masih ingat lagi zaman sekolah rendah dahulu sering kali ditanya soalan begini.

“Dapat nombor berapa dalam kelas?” Mungkin soalan begini ditanya bagi mengukur skala kecerdikan seseorang. Masih ingat lagi peristiwa disindir oleh seorang mak cik kerana dapat nombor 1 tapi duduk kelas yang kedua. Katanya, “Setakat kelas yang kedua bolehlah” Entah apa salahku. Orang tanya, kita jawab. Iye dok?

Selepas UPSR, PMR dan SPM, ada pula soalan “Dapat berapa A?”.

Belum termasuk lagi soalan “Sekolah mana?” Lepas SPM, orang tanya lagi “Dapat sambung mana? Course apa?” Bila dah mula kerja, orang akan tanya lagi, “Dah ada calon belum?”, “Bila nak makan nasi minyak?” Saya masih ingat lagi seorang mak cik pernah berkata, “Takde orang nak buat menantu awak ni. Senyap sangat.” Waktu itu, saya baru saja lepas SPM, belum pandai beramah mesra lagi. Sekarang skill dah bertambah baik dah. Hehe. Takpela mak cik tak nak pilih saya jadi menantu pun, saya pun bukannya berminat dengan anak mak cik. He’eh berterus terang pula. No hard feeling, okay 🙂

Soalan yang paling kerap diajukan sekarang, “Bila nak ada anak?” Kalaulah saya tahu bila. Tak kisah sebenarnya kalau soalan-soalan ditanya sebagai tanda prihatin dan ambil berat. Terima kasih berbanyak. Tetapi kalau soalan-soalan begini diiringi dengan sindiran dan nada sinis, maka tak bermaknalah budaya menziarah pada hari raya. Malahan ter”cemar” semudah itu sahaja bila kata-kata menyinggung perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…………………………………..

DSC_3217 - Copy

Aidilfitri tahun lepas. Dah setahun dah berumahtangga kalau ikut tahun hijrah.

raya 1434

Raya 1434H. Alhamdulillah 🙂

Semoga ALLAH menemukan jodoh yang baik kepada sahabat-sahabatku yang masih belum ketemu jodoh. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. InshaALLAH:)

 

Juga, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada ‘tentera’Nya di Mesir dan Syria. Ameen Ya Robb!

 

 

Pendidikan menurut kamu?

  Salam.   Alhamdulillah. Untuk tempoh dua minggu lepas, saya telah menduduki peperiksaan subjek yang terakhir untuk pengajian sarjana saya. A very tough paper, I would say. Harapan saya untuk kali ini tidak terlalu tinggi dan hanya berharap mampu lulus untuk subjek tersebut. Semester lepas, sebaik sahaja peperiksaan berlalu, saya bermimpi bahawa saya gagal kedua-dua […]

Kisah bulan April

Salam.

 

Sedang menunggu azan asar, dalam masjid sungguh sunyi. Tiada orang. Di situ hanya ada saya. Mengenangkan musibah yang menimpa diri sebulan lepas, air mata sikit-sikit mengalir. Ah saya hanya manusia biasa. Yang rapuh dan lemah bila diuji begini. Ya Allah lemah benar, lemah benar. Hanya pada Tuhan tempat mengadu, menghampar rasa.

 

Sikit waktu lagi untuk solat, budak-budak kecil datang menyusun saf. Telekung mereka berwarna-warni. Dari putih, ungu, pink, kuning dan ada yang bercorakkan buah strawberi. Saya mula terfikir dari mana datangnya mereka. Mata dan pipi merah. Saya malu untuk mengangkat muka. Saya hanya diam dan duduk di situ. Tiba-tiba 2 daripada mereka datang duduk betul-betul bertentangan dengan saya. Lagi bertambah malu. Satu daripadanya tersenyum. Satu lagi mula bertanya “Akak ni ustazah ke?” Tanpa saya sangka, itu sudah cukup untuk buat saya tersenyum semula.

 

 

Image. Masjid Pak Sabah, Dungun – Khamis, 2 Mei 2013

 

Sakit dan pedih. Sampai hati pencuri-pencuri ini. Hilang barang-barang kemas, wang, laptop, kamera. Paling buat saya terkilan, saya hilang gelang hadiah perkahwinan dari suami. Kalau ditanya apa yang saya mahu semula, hanya gelang itu. Gelang itu. Bagi seorang isteri seperti saya, gelang itu lebih daripada gelang biasa. Dengan nilai sentimentalnya. Tapi Allah Maha Kaya. Sudah ditakdirkan gelang itu bukan milik saya lagi. Hanya dipinjamNya sekejap. Buat saya muhasabah diri dalam-dalam. Ya Allah tenangkanlah hati ini. Tenangkanlah.

 

 

ImageRabu, 22 Ogos 2012 

 

Sungguh Allah sedang berbicara erti sabar. Sabarkanlah kami dalam menerima ujianmu dan gantikanlah kami dengan ‘sesuatu’ yang lebih baik. Ameen Ya Robb!

 

* Rindu pada penulisan yang “segar” dan membuka minda. Sudah berhenti menulis?

 

 

Escapism

Salam.

 

Sekarang bersiaran dari Perpustakaan UM, Kuala Lumpur. Mereka-mereka yang duduk di kiri, kanan, depan dan belakang saya mula off-task dengan Facebook. Saya yang tiada Facebook ini sebaliknya mula ‘galak’ dengan idea-idea baru untuk menulis blog yang sudah mula memerangkap sesawang. A way of escaping from tons and loads of suffocating assignments, I guess.

 

Now, there is a damn heavy cloud inside my head while chanting “Lemon Tree” by Fools Garden in mind. Terdapat 3 tugasan yang perlu disempurnakan untuk hari Jumaat ini:

 

1. Mengarang “Statement of Problem” untuk assignment UM Dr Fatimah

2. Mengarang “A critical review of other research” untuk assignment VUW Dr Stuart Webb

3. Mengarang laporan One-Off Luar Negara untuk Pak Menteri Pelajaran

 

To my horror, I have completed none of stated above. Kalau dinilai dari sudut Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), saya ini mungkin pelajar yang hanya mencapai Band 2 iaitu Tahu dan Faham tapi tak buat. Seiring dengan peningkatan usia di tahun baru ini juga, komitmen hidup semakin bertambah. Saya benar-benar ‘tamak’ dalam erti kata lain. Owh tidak. Sebelum saya tersasar lebih jauh , jom sama-sama kita melayan Cafe CINTA di bawah.

 

 

Ini merupakan kali pertama saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha. One word that could best describe this is, M.E.S.M.E.R.I.S.I.N.G. Ustazah menyediakan panduan bagaimana seorang muslimah boleh mengenali bakal suami. Secara peribadinya, saya bersetuju dengan hampir kesemua isi penyampaian ustazah. Terima kasih ustazah atas pencerahan. Menurut ustazah, cinta itu boleh hilang seiring dengan sebab yang sementara. Jika cantik yang dipilih, maka cinta boleh hilang bila sudah hilang cantik. Jika harta yang dipilih, cinta juga boleh hilang bila sudah tidak berharta. HATI juga yang jadi nilaian utama.

 

Ustazah juga menerangkan betapa budaya ber’couple’ itu tidak membawa sebarang manfaat malah membawa ‘azab’. Saya mula teringat kata-kata seorang cikgu sekolah saya dulu, “Apabila kita mencintai Allah dan Allah juga cinta akan kita, inshaAllah cinta-cinta yang lain akan datang dengan sendirinya.” Kepada yang belum pernah ber”couple”, tak usahlah dimulakan. Untuk yang bertunang juga ada panduannya dan jaga batasannya. Sepanjang tempoh kami bertunang dahulu, saya tidak pernah keluar ber’dating’ bersama suami. Alhamdulillah, kami masih kenal dan lebih kenal selepas nikah. Sebab kami berkongsi fikrah yang sama. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik. Ihfazillah yahfazka. Jika kita menjaga Allah, nescaya Allah menjaga kita jua.

 

Buat mereka yang tidak ber”couple”,

 

“Orang yang tak bercouple bukannya tak laku tetapi mereka ini adalah limited edition. Hanya untuk yang satu” (missChaQMRChaD SARkastik)

 

Sekian.

 

* Bilangan subscriber mula melebihi +500 di laman Youtube tanpa disedari. Angka yang tidak terlalu besar tetapi benar-benar rasa terbeban. Sedikit yang amat, bisa saya tawarkan di situ. Adakah ini alamat bahawa  agenda “tamak” dengan tugasan perlu diteruskan lagi?