Tips untuk adik-adik

Assalamualaikum.

Entri ini ditulis untuk adik-adik di luar sana yang masih di bangku sekolah atau di mana-mana pusat pengajian. Jadi saya akan membahasakan diri ini, “akak”. Hehe. Sebagai perkongsian tentang persediaan hidup pada masa hadapan.

************************************************************

Kadang-kadang akak rasa kecewa dengan budak sekolah zaman sekarang. Akak sebagai cikgu berkali-kali berpesan dalam kelas,

“Zaman belajar jangan sibuk nak bercinta.”

Belajarlah betul-betul. Usaha betul-betul sampai puas hati. Alhamdulillah, akak dulu tak pernah bercinta zaman sekolah. Akak bersyukur Allah melindungi akak daripada perkara macam ni. Kesian dekat mak ayah di kampung dik kalau kita sia-siakan amanat mereka. Banyak peluang dik kalau adik cemerlang dalam peperiksaan. Bila nasib adik baik, adik dapat tajaan mana-mana untuk belajar. Dah tak perlu fikir nak bayar pinjaman bila dah masuk alam pekerjaan nanti. Macam akak dan suami lega tidak terbeban dengan sebarang pinjaman pendidikan. Sekurang-kurangnya duit gaji boleh buat simpanan di hujung bulan.

Satu lagi perkara tidak sihat yang akak perhatikan sesetengah orang dalam masyarakat kita ialah budaya biar papa asal bergaya. Beli kereta mahal-mahal, barang-barang berjenama, gajet canggih yang mencecah ribuan ringgit walaupun tak mampu. Akak masih ingat masa akak kat Wellington dulu. Akak bekerja siang dan malam sebagai “housekeeper” dekat motel untuk kumpul down payment kereta. Masa itu, bolehlah bekerja siang malam sebab cuti musim panas. Mak akak kat kampung pesan suruh beli Viva bila dah balik Malaysia. Akak tak kenal pun kereta Viva yang mana satu. Akak cuma target yang affordable bagi akak. Lagi murah lagi bagus. Akhirnya, akak pakai Viva sampai sekarang🙂 Bayar bulanan pun sikit dan siap boleh buat simpanan lagi.

Bila dah dapat gaji, jangan lupa pada mak dan ayah. InshaALLAH berkat rezeki bila diamalkan. Buat bajet siap-siap untuk perbelanjaan bulanan supaya adik nampak cash flow adik. Yang penting, adik mesti ada simpanan bulanan. Buat potongan Tabung Haji siap-siap. Tak kisahlah berapa nilainya. Sikit atau banyak yang penting ada. Bila dah buat potongan ke Tabung Haji, inshaALLAH itu sudah selangkah ke arah menunaikan ibadah haji. Insurans atau medical card mesti ada sebab malang tak berbau. Usah dibazirkan duit beli barang-barang yang tak penting. Akak ni selagi handphone tak rosak, selagi tu akak guna. Handbag pun ada dua je. Kasut atau selipar pun setahun sekali je akak beli. Untung sebenarnya suami akak sebab akak tak boros kat situ. Eh, tertukar topik pulak huhu. Lagi satu, zakat pendapatan jangan lupa bayar ye.

Bila dah ada simpanan, mudah sikit adik nak merancang untuk belanja walimah pula. Tak perlu buat pinjaman apa semua. Lagipun tak seronok pulak kalau nak kahwin tapi berhutang sana sini. Sebab tu kena rancang awal-awal lagi. Akak dulu walaupun tak tahu nak kahwin dengan siapa dan bila, akak dah buat simpanan siap-siap. Niat tak nak menyusahkan mak dan ayah. Belanja walimah tak perlu berlebihan. Yang penting mengikut syariat dan berkat.

Bila dah stabil sikit dan simpanan pun dah makin bertambah, bolehlah mula fikir untuk beli rumah atau tanah. Sepatutnya ini yang jadi prioriti berbanding daripada membeli kereta yang mahal-mahal, barang-barang berjenama yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pandai nak sebut. Rumah dan tanahlah aset yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan pada masa hadapan. Tambahan pula, rumah sekarang harganya sudah naik melambung. Hidup zaman sekarang memang mencabar. Oleh itu, rancanglah kewangan sejak dari awal lagi.

Itulah sedikit sebanyak dari akak. Minta maaf kalau akak membebel banyak sangat sebab cikgu memang dah biasa macam tu. Huhu.

Untuk tips yang terakhir…

IMG_0618.JPG

Sekian. Salam sayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s