Berjimat di tahun 2014

Salam.

Hanya tinggal lebih kurang dua minggu lagi untuk ke tahun 2014. Tahun di mana kita akan menyaksikan kenaikan harga yang “almost ridiculous” dan menyesakkan fikiran. Kalau dikaji gambar di bawah (kurang pasti sumber asal), gaji bulanan juga sepatutnya dinaikkan seiring dengan kenaikan harga. Tak gitu pak menteri? Kalau gaji ribu-riban dan tinggi dan gerenti masih berbaki ratus-ratusan ringgit di hujung bulan, tak apalah jugak. Bagaimana dengan mereka yang gajinya di bawah RM1000? Bawah RM2000? Bawah RM3000? Tambah lagi yang banyak tanggungan. Rakyat akan sememangnya terbeban.

20131216-113930.jpg

Selaku rakyat biasa yang tak mampu mengawal kenaikan harga, saya percaya gaya hidup sedikit sebanyak mampu mengurangkan perbelanjaan dan seterusnya boleh melakukan sedikit penjimatan. Berikut merupakan beberapa perkara yang saya kira boleh membantu kita sedikit berjimat di tahun 2014.

1. Berkongsi kereta / car pooling

Untuk ke sekolah, saya perlu memandu sejauh 50km. Perjalanan balik pula mengambil jarak sejauh 54km. Lebih jauh sedikit sebab kena buat UTurn untuk pulang ke rumah. Huhu. Memang tidak dapat dinafikan saya rasa amat terbeban dengan kos petrol. Walaubagaimanapun, beban telah dikurangkan dengan berkongsi kereta dengan teman sekerja. Saya mampu jimat hampir separuh untuk kos petrol sepanjang tahun ini. Untuk tahun 2014, saya belum ada partner untuk berkongsi kereta kerana baru berpindah ke daerah Dungun. Alhamdulillah jarak ke sekolah lebih dekat dan dapat juga menjimatkan kos, masa dan tenaga.

2. Menggosok baju sekali seminggu

Untuk warga guru seperti saya, menggosok segala baju kurung dan tudung pada hujung minggu adalah yang terbaik. Gosok untuk seminggu terus. Selain dapat menjimatkan penggunaan elektrik, ia juga dapat mengelakkan kekalutan pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Tetapi masih kesian pada para ibu yang ada ramai anak. Baju sekolah mesti bertukar ganti dan perlu selalu digosok sebab mesti ramai yang tidak cukup 5 pasang seorang. Dengan ini, bil pun akan meningkat. Lagi rakyat terbeban.

3. Guna pek ekonomi

Untuk barangan rumah pula, saya memilih untuk membeli pek ekonomi. Pek ekonomi ternyata dapat mengurangkan perbelanjaan. Sebagai contoh, saya membeli pelembut pakaian Brand X (dalam botol) 800ml dengan harga RM8.20. Sebaik sahaja habis guna, saya hanya refill botol dengan pek ekonomi yang juga 800ml dengan harga RM6.90. Di sini, saya dapat berjimat sebanyak RM1.30. Kesimpulannya, belilah pek ekonomi untuk penggunaan body wash, detergent, pewangi rumah, ironing aid (just to name a few).

4. Masak sendiri

Seiring dengan kenaikan harga barangan masakan, restoran dan warung juga akan mengambil alasan untuk menaikkan harga. Jadi, adalah lebih wajar untuk kita memasak sendiri di rumah berbanding berbelanja makan di luar. Carilah masa untuk memasak. Paling kurang sekali sehari. Masak yang ringkas pun tak apa. Dengan memasak sendiri, kita akan lebih selektif tentang penggunaan ramuan dalam masakan dan inshaAllah bukan sahaja halal malah toyyiban (bersih). Untuk para isteri, memasak untuk keluarga dapat menjanjikan satu kepuasan di samping dapat mengikat kasih sayang. Cewah! Selain itu, bangun awal pagi dan memasak untuk keluarga inshaALLAH akan diberikan ganjaran pahala oleh ALLAH. Makan di luar sekali sekala tiada masalah. Para isteri pun suka bila suami sekali sekala membawa mereka makan di luar.

5. Bercucuk tanam

Untuk para wanita yang selalu masak, penjimatan dapat dilakukan dengan bercucuk tanam sendiri sayuran (tak sama tau dengan kata-kata pak menteri itu). Contoh sayuran yang boleh ditanam sendiri di halaman rumah, cili api, serai, limau purut, daun pandan etc. Berdasarkan pengalaman peribadi, setelah membeli serai atau daun pandan dari pasar, ada yang saya simpan dalam peti sehingga kering dan akhirnya tidak dapat digunakan lagi. Adalah lebih mudah apabila kita bercucuk tanam sendiri kerana kita dapat petik sahaja bila-bila masa kita mahu memasak. Selain itu, ini juga semestinya dapat menjimatkan kos. Tetapi, ini mungkin kurang praktikal bagi mereka yang tinggal di perumahan flet.

Sekian sahaja sedikit tips untuk berjimat. Walaupun kurang pasti sejauh mana penjimatan dapat dilakukan, there’s no harm in practising those right?🙂

Wassalam.

p/s: Tidak dapat dibayangkan beban dalam tempoh 5 tahun ini. Haih….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: