Pendidikan menurut kamu?

 

Salam.

 

Alhamdulillah. Untuk tempoh dua minggu lepas, saya telah menduduki peperiksaan subjek yang terakhir untuk pengajian sarjana saya. A very tough paper, I would say. Harapan saya untuk kali ini tidak terlalu tinggi dan hanya berharap mampu lulus untuk subjek tersebut. Semester lepas, sebaik sahaja peperiksaan berlalu, saya bermimpi bahawa saya gagal kedua-dua kertas saya. Tetapi alhamdulillah mimpi itu kekal sebagai mainan tidur. Untuk peperiksaan kali ini, saya amat berharap agar pemeriksa kertas ini bersikap pemurah kepada saya dan rakan-rakan. Sepanjang tiga semester ini, banyak perkara yang telah saya belajar. Jika mahu dilakarkan di sini, sudah tentu terlalu panjang kisahnya. Segala penat lelah, jerih, air mata. Jika segalanya berjalan dengan lancar, kami akan mula bekerja menyiapkan tesis sebagai tuntutan yang terakhir untuk pengajian ini. Mohon doa buat kami.

Sepanjang tempoh hampir tiga tahun ini, saya terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan. Baik sebagai guru mahupun sebagai seorang pelajar. Ada manis, ada yang pahit. Saya sendiri tidak pasti ke mana haluan saya untuk tempoh lima hingga sepuluh tahun yang akan datang. Pelbagai rasa datang menjengah. Moga Allah memberkati usaha kami. Terutamanya saya ini yang semangatnya selalu naik turun, saya yang selalu tak cukup masa untuk menyiapkan tugasan sebaik mungkin, saya yang ada masa culas jua dan perlukan sokongan. Apapun, saya rasa bertuah berada di bidang ini. Bidang pendidikan yang menuntut kesabaran, kematangan yang tinggi dan jiwa yang besar.

Video di atas membantu saya muhasabah diri. Dalam banyak perkara untuk tempoh dua tiga tahun ini. Sedikit catatan dari video ini di bawah. Terima kaseh buat Sheikh Hamza Yusuf.

 

 

It’s important for us to ask that question “What is education?” because in the West, we’re in a crisis. When you look at the boredom that exists in modern American education, you look at the boredom of the students, you look at the faces that they carry to school because they are wondering “Why am I studying this?” It can’t simply be to make money. And till we deal with the fact that without teaching people meaning, without teaching people purpose, you create monsters. This is what happens when you divorce education from the sacred. Muslim has an incredible opportunity right now because we are the people that still inspire ourselves because our Prophet SAW, because when he said one of the signs of the end of time is the people will study for other than the sake of God. Every civilisation, Hindu, Buddhist, Confuciunist, Christian, Jewish, and Muslims, all of them understood that learning was to make a better human being. Learning was not to make more money. It was to make a better human being.

 

Ikutkan adat, makin tinggi ilmu, makin berakhlak. Tetapi masih “valid”kah piawaian ini untuk konteks sekarang?

 

 

* Sampaikanlah aku Ya Allah ke Ramadhan

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s