Escapism

Salam.

 

Sekarang bersiaran dari Perpustakaan UM, Kuala Lumpur. Mereka-mereka yang duduk di kiri, kanan, depan dan belakang saya mula off-task dengan Facebook. Saya yang tiada Facebook ini sebaliknya mula ‘galak’ dengan idea-idea baru untuk menulis blog yang sudah mula memerangkap sesawang. A way of escaping from tons and loads of suffocating assignments, I guess.

 

Now, there is a damn heavy cloud inside my head while chanting “Lemon Tree” by Fools Garden in mind. Terdapat 3 tugasan yang perlu disempurnakan untuk hari Jumaat ini:

 

1. Mengarang “Statement of Problem” untuk assignment UM Dr Fatimah

2. Mengarang “A critical review of other research” untuk assignment VUW Dr Stuart Webb

3. Mengarang laporan One-Off Luar Negara untuk Pak Menteri Pelajaran

 

To my horror, I have completed none of stated above. Kalau dinilai dari sudut Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), saya ini mungkin pelajar yang hanya mencapai Band 2 iaitu Tahu dan Faham tapi tak buat. Seiring dengan peningkatan usia di tahun baru ini juga, komitmen hidup semakin bertambah. Saya benar-benar ‘tamak’ dalam erti kata lain. Owh tidak. Sebelum saya tersasar lebih jauh , jom sama-sama kita melayan Cafe CINTA di bawah.

 

 

Ini merupakan kali pertama saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha. One word that could best describe this is, M.E.S.M.E.R.I.S.I.N.G. Ustazah menyediakan panduan bagaimana seorang muslimah boleh mengenali bakal suami. Secara peribadinya, saya bersetuju dengan hampir kesemua isi penyampaian ustazah. Terima kasih ustazah atas pencerahan. Menurut ustazah, cinta itu boleh hilang seiring dengan sebab yang sementara. Jika cantik yang dipilih, maka cinta boleh hilang bila sudah hilang cantik. Jika harta yang dipilih, cinta juga boleh hilang bila sudah tidak berharta. HATI juga yang jadi nilaian utama.

 

Ustazah juga menerangkan betapa budaya ber’couple’ itu tidak membawa sebarang manfaat malah membawa ‘azab’. Saya mula teringat kata-kata seorang cikgu sekolah saya dulu, “Apabila kita mencintai Allah dan Allah juga cinta akan kita, inshaAllah cinta-cinta yang lain akan datang dengan sendirinya.” Kepada yang belum pernah ber”couple”, tak usahlah dimulakan. Untuk yang bertunang juga ada panduannya dan jaga batasannya. Sepanjang tempoh kami bertunang dahulu, saya tidak pernah keluar ber’dating’ bersama suami. Alhamdulillah, kami masih kenal dan lebih kenal selepas nikah. Sebab kami berkongsi fikrah yang sama. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik. Ihfazillah yahfazka. Jika kita menjaga Allah, nescaya Allah menjaga kita jua.

 

Buat mereka yang tidak ber”couple”,

 

“Orang yang tak bercouple bukannya tak laku tetapi mereka ini adalah limited edition. Hanya untuk yang satu” (missChaQMRChaD SARkastik)

 

Sekian.

 

* Bilangan subscriber mula melebihi +500 di laman Youtube tanpa disedari. Angka yang tidak terlalu besar tetapi benar-benar rasa terbeban. Sedikit yang amat, bisa saya tawarkan di situ. Adakah ini alamat bahawa  agenda “tamak” dengan tugasan perlu diteruskan lagi?

 

2 thoughts on “Escapism

  1. Waalaikumussalam hafiz,

    Awal tahun baruni John Macalister ada hantar email tanya nak join tak program MA TESOL VUW. Saya cakap saya berminat tapi yang ni hanya join satu sahaja dari banyak2 course untuk MA tu. Kami baru je balik dari Singapore sebab pergi course ni. Memandangkan program ni bawah tajaan, kami kena perform jugaklah. Bila dah lulus semua, VUW akan bagi Certificate of Proficiency. Haah yang UM tu M.Ed TESL. Mohon doa buat kami. Terima kaseh. All the best jugak untuk Hafiz!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s