Ironi tahun baru

Salam.

Alhamdulillah tugas saya sebagai pemeriksa PMR sudah selesai. Ini kali pertama dan mungkin juga yang terakhir. Tahun depan adalah tahun yang terakhir untuk peperiksaan PMR. Satu sebabnya, kami sekarang sudah punya PBS “Penilaian Bertambah Susah”.

 

Sekarang, isu Palestin kembali hangat. Bumi Palestin diserang dan diceroboh tanpa belas kasihan di awal-awal tahun 1434 Hijrah. Waktu di mana ramai di kalangan kita mengharapkan permulaan yang baik, saudara-saudara kita di Palestin sana bermandi darah dan air mata. Betapa kejam rejim Zionis. Sadis. Tidak berhati perut. Zalim.

 

Sultan Salahuddin Al-Ayubi pernah dipetik berkata:

 

Saya yakin ketika Tuhan mengurniakan saya bumi Mesir, Dia juga mengurniakan bumi Palestin kepada saya. Saya juga yakin ketika Tuhan mengurniakan saya jawatan khalifah, Dia juga memberi tanggungjawab kepada saya bagi membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Disebabkan itu saya menyerahkan seluruh diri saya berjuang pada jalan Allah.

 

(Sumber: Buku Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem tulisan Abdul Latip Talib)

 

Saya bukan “Salahudin”. Malah bukan siapa-siapa.

Saya hanyalah saya. Dan moga segala usaha kecil saya diterima Allah.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: