Apabila qasidah dialunkan

Salam.

Berehat sebentar daripada “kecelaruan” di tempat kerja. Sambil itu cuba pujuk diri sendiri. Kerjalah kerana Tuhan. Kerana itu lebih menenangkan. T-T

 

* * * * * Isnin, 8 Oktober 2012

 

Ketika sedang cuba menyiapkan tugasan subjek “Second Language Acquisition”, tiba-tiba laptop tidak dapat dihidupkan. Mula terasa sangat cuak. Terasa sangat terbeban dengan tugasan sekolah dan juga urusan belajar. Lalu saya diam. Sepanjang perjalanan, saya tidak tahu apa yang mahu dibicarakan. Kepala mula ligat berfikir satu demi satu masalah. Itu memang ‘sangat saya”. Ataupun kadangkala, saya akan mula banyak bicara daripada biasa atau dengan kata lain, membebel.

 

Sebaik sampai di surau yang berhampiran dengan rumah suami, kami menyedari ramai orang hadir malam tu. Kami tidak tahu rupa-rupanya malam itu ada sesi ceramah oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjiri Al-Makki. Itu kali pertama saya mendengar secara live ceramah Sheikh Nuruddin. Sebelum sesi ceramah, qasidah dialunkan oleh kumpulan Al-Mawlid dan krew-krewnya.

 

Tiada topik khusus untuk ceramah malam tu. kalau tak silap saya. Tuan Sheikh ada sedikit menyentuh soal pengorbanan. Apakah nilai bagi pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang hidup. Apakah untuk manusia, untuk pangkat, untuk kemewahan, atau untuk apa lagi. Ceramah itu benar-benar menyentuh hati ini. Saya mula refleksi diri atas pengorbanan hujung minggu saya: Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, waktu lapang, waktu bersama keluarga. Untuk apa sebenarnya? Untuk apa? And am I being true to the north in my practices? Benar, hanya Allah yang tahu lipatan hati manusia yang paling dalam. Kalau bisa discan hati ini, entah apa rupanya.

 

Saya juga sudah jatuh cinta dengan qasidah-qasidah ini. Benar-benar menenangkan hati.

 

Ya Hanana – Betapa beruntungnya kami

Ya Badrotim – Wahai purnama

 

Terima kaseh kepada suamiku kerana selalu membawaku ke surau setiap kali diizinkanNya.

Dan terima kaseh Ya Allah kerana mengabulkan permintaan hambaMu ini. Alhamdulillah.

 

* Dirimu = antara takdir yang terindah dalam hidup 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s