Salam 14 Ramadhan

Salam.

 

Tahun ini saya kurang membaca. Kurang membaca buku dan kurang membaca surat khabar. Bila kurang membaca, mula jadi kurang menulis. Terikat dengan tugasan di sekolah dan menyambung pengajian pada masa yang sama juga agak membataskan saya daripada “read for pleasure”. Rata-ratanya “read and get pressured”. Aduh.

 

Cuti semester yang lebih kurang 3 bulan ini telah ditargetkan untuk menghabiskan satu buah buku. Alhamdulillah tergerak hati untuk membaca buku bertajuk “TARIQ Penakluk Andalusia” karya Saudara Abdul Latip Talib. Saya ini kurang semangat jihad dan susah sekali mahu mujahadah walaupun atas perkara-perkara yang kecil sahaja. Ingin mengambil sedikit semangat dari kisah-kisah pahlawan Islam.

 

Image

 

Dan apa yang mampu saya katakan, buku ini memang sangat best! Tak dapat tahan air mata apabila membaca kesudahan buku ini. Allahu Akbar! Tariq bin Ziyad telah berjaya menawan Andalusia atas semangat jihad beliau dan tentera-tentera bawahannya. Beliau adalah panglima yang luar biasa. Tentera-tenteranya juga adalah tentera yang luar biasa. Cinta mereka terhadap bau Syurga Allah melebihi kasih mereka terhadap dunia. Mereka bertahajud sepanjang malam, mereka tak gentar pada musuh dan mereka ingat Tuhan setiap waktu. Tetapi apa yang lebih menyedihkan pada kesudahannya ialah niat Tariq untuk meluaskan empayar Islam ke seluruh Bumi Eropah tidak berkesampaian disebabkan oleh arahan Khalifah yang lebih “terliur” dengan ganjaran dunia oleh para kuffar. Khalifah yang mengarahkan tentera Islam berundur setelah ditawarkan dengan ganjaran dunia ini telah menjatuhkan agama sendiri!

 

Betapa pemimpin itu memainkan peranan yang amat besar. Pilihlah pemimpin yang lebih layak. We will be accountable for our every choice. *will bear this in mind*

 

Sekian.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s