The First International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE)

Salam.

Saya gemar menghadiri seminar. Terutamanya apabila ditaja. Siapa nggak suka donk? Tahun lepas, saya pernah menghadiri Malaysian English Language Teaching Association (MELTA) Conference yang bertempat di Terengganu sekitar akhir Mei. Sungguh tak sangka setahun kemudiannya berkemampuan menghadiri sebuah lagi seminar: The First International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE). Kali ini jauh lebih bermakna kerana penyertaan ini ditaja oleh pihak Universiti Malaya dan telah berpeluang menyertai secara langsung melalui pembentangan kertas kerja. Mohon doa agar kertas kerja saya dapat diterbitkan dalam jurnal pendidikan. Sikit lagi mahu jadi impian. Doakan saya.

 

Secara khususnya, seminar ini telah memfokuskan pada paradigma dalam menawarkan pendidikan yang lebih berkualiti. Alhamdulillah telah berpeluang mendengar pembentangan dari tokoh-tokoh akademik yang hebat walaupun menghadapi kesukaran memahami pembentangan yang disampaikan dalam Bahasa Indonesia. Baru saya sedar betapa saya ini lemah Bahasa Indonesia. Paling menarik minat saya ialah pembentangan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya sendiri, Prof. Saedah Siraj. Saya amat mengagumi Prof Saedah atas keperibadiannya sebagai seorang pendidik yang lebih bersifat murobbi. Dalam pembentangan kertas kerjanya, Prof ada menyebut tentang isu moral ummah yang agak ‘tenat’ dan beliau telah mengusulkan sebuah pendidikan yang memfokuskan pada tazkiyah an-nafs (penyucian hati). Beliau juga ada menjelaskan tentang empat elemen utama yang penting dalam perkembangan spiritual seseorang manusia. Elemen-elemen ini merangkumi:

 

  • The power of intelligence (al-quwwah al-aqliyyah)
  • The power of anger (al-quwwah al-ghadabiyyah)
  • The power of desire (al-quwwah al-shahwiyyah)
  • The power of imagination (al-quwwah al-wahmiyyah)

 

Dalam bidang pendidikan, kita ada Taxonomy Bloom di bawah bidang pengetahuan intelek yang merujuk kepada elemen pertama di atas. Walaubagaimanapun, tidak banyak kerangka pendidikan yang menyentuh kepada tiga elemen yang lain. Dengan itu,  Prof Saedah bersama-sama menyeru agar diwujudkan satu subjek di sekolah yang akan memfokuskan terhadap subjek penyucian hati. Jika diperhatikan, ketiga-tiga elemen ini berkait rapat dengan kawalan nafsu diri seseorang manusia. Alangkah bertuahnya diri ini sekiranya hawa nafsu lebih terdidik. Huh, susah sungguh mahu mujahadah. Target bulan Ramadhan  kali ini, mahu baca balik buku yang bertajuk “Purification of the heart” oleh Hamza Yusuf. Sebuah buku yang bagus yang telah meyediakan perincian tentang penyucian daripada penyakit-penyakit hati.

 

Berikut merupakan beberapa kosa kata Bahasa Indonesia yang telah saya belajar sepanjang berada di Jakarta:

  • Dosen – pensyarah
  • Penyaji – pembentang
  • Macet – trafik sesak
  • Sisa pulsa – baki kredit

 

Saya suka obral: jualan murah. Tapi saya paling suka GRATIS (PERCUMA!)

Sekian.

 

*Selamat menyambut Ramadhan buat semua! “Tetamu” yang sangat dinanti-nantikan….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s