Menyingkap 2011

Salam.

 

Sekadar refleksi diri untuk apa yang berlaku sepanjang tahun 2011.

 

Januari

 

Melalui kehidupan sebagai seorang pengganggur. Menunggu-nunggu kiriman surat penempatan dengan penuh tanda tanya. Untuk memanfaatkan ‘cuti’ sementara ini, masa sebahagiannya diluangkan dengan membaca buku dan surat khabar. Peristiwa bulan Januari yang sangat menarik minat saya ialah tercetusnya Revolusi Bunga Melur di Tunisia. Mana-mana rakyat pun akan meluat dengan pemimpin negara seperti Ben Ali yang penuh dengan korupsi dan isterinya, Leila Ali yang lebih sudu daripada kuah.

 

Februari

 

Kesan domino merebak ke Bumi Anbiya’ Mesir. Bulan yang menyaksikan kejatuhan rejim Hosni Mubarak yang tidak mubarak. Tunggulah Hosni! Hukuman dan pengadilan Allah sedang menantimu di akhirat sana. Atas dosa-dosamu pada rakyat Mesir dan anak-anak Palestin. Yuk doakan yang baik-baik untuk Mesir. Gempa bumi di Christchurch, Wellington juga sangat meruntun hati. Pernah berada di Christchurch selama 2 kali dan masih tertanya-tanya adakah masih wujud Kedai Cenderahati murah Three Floor di sana. Christchurch, sebuah tempat wajib lawat di New Zealand dan gempa bumi berlaku pada ulang tahun kelahiran saya.T-T

 

Mac

 

Dunia sekali lagi dikejutkan lagi dengan peristiwa Tsunami di Jepun. Siapa-siapa sahaja yang melihatnya pasti akan mengalirkan air mata. Tertarik dengan satu kenyataan yang penuh kontroversi yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin di sana. Beliau bilang, salah satu sebab bencana ini berlaku kerana orang muda sudah mula tidak sayang pada orang tua. Beliau juga sudah memohon maaf atas kenyataan tersebut yang telah mengguriskan hati banyak pihak. Pernah tanya diri sendiri, bagaimana layanan terhadap ibu bapa kita? Apapun, selamat bangkit lagi, Jepun!

 

April

 

Masuk dua bulan berulang alik dari Bukit Payong ke sekolah. Tiap-tiap hari mengembara sejauh 100km pergi dan balik. Sampai tertanya-tanya, sekolah-sekolah rendah sepanjang perjalanan ini beroperasi atau tidak. Lengang. Sunyi. Mana tidaknya bertolak seawal 6.15 pagi dan akan tiba di rumah paling awal pukul 4. Kalau ada program petang di sekolah, sampai rumah pukul 6 atau 7. Pergi ke sekolah bertemankan radio IKIM dan pulang pula  bertemankan stesen Suria.fm. Adik saya bilang ini berbeda 180 darjah.

 

Mei

 

Menghadiri Majlis Konvokesyen di IPBA setelah berhempas-pulas selama hampir 6 tahun untuk memegang ijazah TESL ini. Kegembiraan ini juga dikongsi dengan 5 adek-beradek yang lain. Berasa sangat bersyukur walaupun tidak mempunyai ramai kawan, kawan-kawan yang sedikit ini yang sentiasa berada di sisi susah dan senang. Terima kaseh semua!

 

Jun

 

Terpilih untuk menghadiri Persidangan Malaysian English Language Teaching Association (MELTA) di bawah tajaan penuh pihak sekolah. RM300++ seorang. Sebuah persidangan yang berstrategikan ceramah, pembentangan dan perbengkelan. Persidangan ini banyak memberi saya idea-idea baru yang boleh digunakan untuk membaikpulih strategi pengajaran Bahasa Inggeris saya dalam kelas. Melihat penceramah-penceramah yang hebat dari dalam dan luar negara membuatkan saya terasa sangat bersemangat untuk sambung belajar lagi. InshaAllah, sambung belajar lagi satu hari nanti. Mahu jadi seorang hamba Allah yang menyumbang. Dengan izin Allah. Ameen.

 

Julai

 

Semakin serius memikirkan pengurusan kewangan. Mula mengambil pakej insurans dengan tujuan kesejahteraan hidup. Ejen jual insurans bagitahu, dia akan bagi saya hadiah istimewa kalau saya mendirikan rumahtangga pada usia 26 tahun. Wah hadiah kahwin. InshaAllah, kalau udah bertemu jodoh. Satu lagi, jom kumpul duit beli dinar atau dirham! Oh ya, daftar haji belum?

 

Ogos

 

Menyambut Ramadhan yang pertama sebagai seorang yang bekerjaya. Memang lain benar rasanya dengan Ramadhan ketika masih belajar. Diharap, Ramadhan pada masa yang akan datang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Dan Alhamdulillah juga, akhirnya dipanggil untuk menghadiri temuduga SPP untuk urusan pelantikan. Oh yeah, akhirnya.

 

September – Oktober

 

Apa ya?

 

November

 

Menghadiri mesyuarat penyelarasan pemeriksaan tempatan yang pertama. Dengan kata mudah, dilantik jadi pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris SPM. Cuti sekolah diluangkan dengan menanda beratus-ratus skrip jawapan dan Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terima kaseh kepada Ketua Pasukan yang banyak membantu orang-orang baru seperti kami. Alhamdulillah juga, telah secara rasminya dilantik jawatan secara sah. Diriku seorang cikgu.:)

 

Disember

 

Menghadiri taklimat Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di sekolah. Rasa-rasanya saya seorang je kot antara teman-teman seangkatan yang memilih pencen pada usia 58 tahun. Rata-rata pilih 60. Memang kagumlah. Duit bonus akhir tahun pula dihabiskan untuk pembaharuan cukai jalan dan insurans untuk kereta yang sudah masuk usia 2 tahun. Tayar kereta juga telah ditukar kerana hampir pecah. Ralat sungguh, macammana boleh tak perasan? Terima kaseh Ya Allah kerana masih bagi peluang untuk hidup. Walau berulang-alik ke Dungun.

 

Satu lagi perubahan besar untuk tahun hadapan. Secara rasminya, saya telah dilantik menjadi warden asrama. ‘Senang’ sahaja nak ‘jadi’ warden. Asal cukup dua syarat, paling ‘adik’ dan bujang. Hati ini kering. Mungkin ini antara takdir Allah yang terindah buat saya. Kia Kaha, Diana! InshaAllah, rezeki Allah yang lagi besar menanti tiba! Ameen Ya Robb!

 

 

* Mohon doa untuk temuduga saya Januari ini! Terima kaseh! Moga yang baik juga untuk kalian!

 

 

 

4 responses

  1. aku doakn mu kuat di sane na, semoge Allah mudahkn urusan tahun depan selepas kepahitan tahun ni, amin…

    1. Ameen. Terima kaseh ten. InshaAllah, sedang bertabah hati. Semoga Allah permudahkan untuk kita semua.:)

  2. salam diana

    huhuuhu… kite terasa nk komeeennnn sangat bulan disember tuh..

    so confirm mmg dilantik lah neh diana?? mmg dia tak bawak runding?
    huhuhu…apa2 pun sabar k diana.
    i really understand ur situation. mmg kalau bujang n termuda, calon terhangat lahhh…huhu
    t kalau xde aral, kite call diana tomorrow night, insya ALLAH. ritu diana call kite mandi.huhu

    1. Waalaikumussalam sara,

      Baru sekarang faham perasaan sara. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila kot. Memang secara sah telah dilantik. Sori tak balas mesej sara. Kita call rumah sara haritu. Nak cerita pasal ni. Tapi ayah sara cakap sara ada kat Kampung Gajah. Nanti kita cerita kat sara. Bila fikirkan balik, logik kita terhad, logik Allah yang paling indah. InshaAllah, ada hikmah. Mesti ada hikmah. (sedang menyedapkan hati sendiri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: