Not a couch potato

Salam.

 

Saya suka akan seni lukisan. Insan pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia seni, adalah Abah. Seawal usia 5 tahun, Abah telah belikan saya drawing block dan pensil warna. Lalu, saya akan melukis dan Abah akan hadiahkan bintang-bintang untuk lukisan ‘kanak-kanak’ saya itu. Kadang-kadang Mi juga akan tolong warnakan lukisan-lukisan itu untuk saya. Tapi sayang, tidak disimpan drawing block itu. Pastinya dapat dijadikan satu kenangan indah, bukti kasih sayang seorang IBU dan seorang AYAH.

Minat saya terhadap seni lukisan terbawa-bawa sehingga ke hari ini walaupun saya sangat jarang melukis dan tidak pandai melukis. Kadang-kadang saya cemburu melihat mereka-mereka yang dapat melukis dengan sangat baik, sangat kreatif dan yang paling penting original dan asli. Ajaib deh bakat yang macam ini. Melukis itu sudahlah ajaib. Dicampur lagi dengan adunan warna yang sepadan. Hasilnya memang menakjubkan!

Disebabkan minat ini juga, saya telah menyertai Pertandingan Melukis Mural “Negeri Bersih Rakyat Sihat” anjuran JPNT. Memang tak dapat dinafikan, susah untuk mencari idea dan maklumat tentang mural ini di Internet. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit kaedah yang telah saya gunakan untuk melukis mural. Yang pertama sekali, saya melukis gambar terlebih dahulu di atas kertas lukisan biasa. Kemudiannya, saya scan gambar tersebut. Memandangkan saiz kertas lukisan agak besar, saya lipat dua kertas lukisan dan scan sebelah-sebelah.

Bahagian pertama

Bahagian kedua

Sebaik sahaja selesai scan, saya pancarkan gambar ini ke dinding menggunakan LCD. Dengan cara ini, memang boleh jimat banyak masa. Bila gambar dah terpancar di dinding, boleh minta tolong orang lain sekali lukiskan. Masa lukis haritu, tak sampai 3 jam dah boleh siap. Satu lagi tip untuk melukis mural, tuliskan terus moto atau tema yang ingin digunakan atas lukisan mural tersebut. Untuk bahagian mewarna pula, pilih berus yang bersesuaian. Untuk bahagian lukisan yang lebih besar dan luas, pilih berus yang agak tebal dan besar. Boleh juga guna span untuk memudahkan lagi proses mewarna. Pilih berus yang agak muncung hujungnya untuk bahagian yang bersudut. Untuk adunan warna, pilih 5 warna asas sudah cukup. Hitam, putih, biru, merah, kuning. Tak perlu beli terlalu banyak warna. Untuk mural ini, saya guna cat mural jenis Pelaka dan D’arte. D’arte lagi murah rasanya. Dah tak ingat dah.

1. Biru+Kuning = Hijau

2. Biru+Merah = Ungu

3. Kuning+Merah = Oren

4. Kuning+Merah+Hitam+Putih = Coklat

Untuk proses mewarna, saya telah mengupah 4 orang ‘buruh’ untuk membantu saya memandangkan saya amatlah tidak bagus sekali dalam bab-bab mewarna. Dan yang paling penting, warnakan moto / tulisan yang ada dalam lukisan terlebih dahulu untuk kesan yang lebih memuaskan.

Dua orang paling Kanan saya

Dua orang lagi pembantu

Sayang warna moto jadi campur-aduk sebab lupa nak warna awal-awal

Siap 100%

Walaupun tak menang, saya sangat berpuas hati sebab dah cuba yang terbaik. Ini sahaja yang kami mampu. Mengikut kata juri, mural ini akan bertambah elok sekiranya lukisan tidak dilorek semula setelah siap diwarna. Adunan warna juga mungkin kurang baik dan lukisan juga kurang mempunyai sudut perspektif yang jelas. Dah tak tahu nak letak kat mana gambar Bas Cas Ligas itu. Tahu maksud Cas Ligas? Bahasa orang tua Terengganu dulu-dulu yang membawa maksud cergas dan aktif.

Untuk tahun 1433H dan 2012 ini, ayuh sama-sama lakukan yang terbaik!

Memetik kata-kata Rita Angus, seorang pelukis terkemuka di New Zealand.

In my will to work is my will to live

 

 

* To err is human, to forgive is divine.

 

 

10 thoughts on “Not a couch potato

  1. thanks 4d tips diana
    the mural looks so nice! pretty n neat
    cam best je amik gmbar latar blakang ur mural..hehe

    and kite rasa lagik cantik kalu ikut line balik. kenapa juri kata itu kurang ok pulak?
    huhuhu

    • Thanks sara. Tapi kita rasa macam padat je lukisan mural ni.
      Huhu, kena pergi belajar lagi ni. Jomla datang sini, kita ambil gambar sama-sama:)

      Ikut kata juri, kalau ikut line balik kurang seni. Menunjukkan gambar tu tak timbul secara semulajadi. Huhu, tu mujur budak-budak ni nak tolong warnakan. Dah tak de orang dah.

  2. Salam Dyana.

    Sungguh menarik sekali mural ni. For me, this is already awesome (of course, I have no talent in drawing at all. Ehehe).

    Anyway, just informing you that there is a new website for Muslim teens launching mid-December, called Muslim Teen Digest. It has a number of columns such as Jiwa Remaja, Pengalaman Hidup and Karya, just to name a few (and yes, most articles will be in BM). So if you are interested to contribute, please lemme know? This project is 100% non-profit, only aimed to bring teenagers closer to true Islam insyaAllah. :’)

    • Waalaikumussalam hafiz,

      Thanks for the compliment. And alhamdulillah, I am really thankful to HIM for helping me throughout the way. It was during the month of Ramadhan and you could just imagine how the situation was. I took about 1 month for this. But still, there’s a heap to improve.:)

      Okay, thank you Hafiz for sharing this with me. You’ve just reminded me of ILuvIslam. I reckon this is the same sort of website. I’ll get to you through email once I’m done with my marking. InshaAllah.:)

  3. Diana,

    cantik!
    awk mmg bgs!

    lame xjupe awk!
    sy lame xtopup mxs or celcom.
    nati sy topup..
    sy msg awk yea..
    kite update cite..

    teringat zaman blaja..
    sy paksa awk melukis..
    g jual lukisan awk..

    sedihnye..
    jahat tol sy..
    huhu

    • Fadhilah!

      Lamanya tak dengar khabar! Last time, saya mesej awak tak balas. Saya ada terfikir juga kot-kot awak tukar nombor lain. Saya mesej ketiga-tiga nombor yang saya ada. Sori dah lama tak ber’update’ dengan awak. Bila cuti, datangla rumah saya.

      Huhu, lucula bila teringat pasal zaman sekolah. Memang entah apa-apa kan kita. Partner in crime:D

  4. diANA, salaaaam!!! ya ampun!! canteq bangat lukisan awak n, seriously u should add art as your elective class which u can teach!!! bangge dengan awak!!🙂

    rindu lukisan liteyo awak… and btw saye sedang red herring, gi mane mau sipakan lagi satu skolah, O Tuhan, kuatkan aku, SMIAG😉

    • Salam keSURIAan!

      Wah, idea yang menarik. Tapi nak ke orang ambil saya mengajar Seni? huhu. Saya juga bangga dengan kak su!:)

      Liteyo tu kisah lama. Sekarang dah matured dah. Satu sekolah tu dah tak banyak dah. Meh sinila tolong sambung mana yang ada ni.

  5. pembetulan: juri mengatakan bhw x perlu ade line hitam pada setiap gambar, sb itu bukan visual tetapi grafik.. sekadar berkongsi🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s