1001 perkara

Salam.

Rasa mahu bicara panjang.

 

[1]

Sekarang adalah musim menanda kertas jawapan pelajar. Membaca skrip jawapan mengundang banyak rasa. Rasa gembira, sedih, marah, lega, rasa mahu gelak. Macam-macam hal pelajar tulis. Dicampur pula dengan kesalahan tatabahasa yang pelbagai. Ada yang satu ini menulis, “That dog face is like Mr Bean face. I think Mr. Bean will angry if he saw that dog face”. Mungkin si pelajar ini terlalu kerap menonton filem Mr Bean dua tiga menjak ini. Apapun, masih gembira kerana mereka masih mahu menulis.

 

[2]

Dulu, rasa sangat gelisah kalau satu hari tak baca surat khabar. Sanggup berjalan kaki bersama seorang member ke Stesen LRT Kerinchi setiap hari Ahad semata-mata untuk membeli surat khabar. Sebab tak tahan menghadap skrin komputer riba lama-lama kalau nak baca online newspaper. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Membeli hanya 2 kali seminggu. Itupun bukan main liat nak habiskan. Si adik penjual surat khabar pun mula perasan,”Akak ni beli surat khabar 2 kali seminggu je kan?” Ok dia panggil AKAK. Kena terima sebab adik tu nampak macam tak sampai 20 tahun.

 

[3]

Dah lama benar tak buka YM. Memang lama yang amat. Entah penangan apa yang datang menyinggah, tiba-tiba sign in balik YM baru-baru ini. Ada lambakan offline message yang sudah terlalu lama dan sampai boleh jadi aneh kalau nak dibalas setelah sekian lama tidak terjawab. Akhirnya dibiarkan sahaja. Cukup kisah YM.

 

[4]

Seorang cikgu berkata pada saya, “Patutlah tak kahwin-kahwin lagi. Sebab tak ada Facebooklah tu”. Owh ada kaitan ye Facebook dengan jodoh? Tak tahu pula. Orang dulu-dulu bertemu je jodoh walau tiada Facebook. Eh emo pulak. Hehe.

 

[5]

Seorang pelajar bertanya, “Boleh kaya tak kalau jadi cikgu?” Saya tanpa berselindung menjawab, “Taklah sampai kaya. Bolehlah hidup”. Jarang kot dengar cerita cikgu jadi jutawan. Lainlah kalau melabur jongkong emas banyak-banyak. Huhu. Beli jangan tak beli.

 

[6]

Seorang pensyarah dulu pernah berkata,“Orang yang dapat mengahwini orang yang dicintainya adalah orang yang sangat bertuah”. Satu pendapat terbaru yang saya dengar,”Orang yang dapat mencintai orang yang dikahwininya adalah orang yang sangat bertuah”. Dua pendapat yang berbeza. Yang mana satu lebih tepat? Entah. Belum bercinta dan belum kahwin.

 

[7]

Sekarang, plat kereta terbaru di Terengganu adalah TBE. Kereta saya yang berplat TAX pula sudah mula banyak ragam. Raya lepas baru tukar lampu spotlight dan harini buat hal lagi. Aduh. Bikin pusing deh.

 

[8]

Setiap kali memandu, saya teringatkan seseorang. Tiap kali memandu juga terbayangkan wajah yang seorang ini. Wajah adik bongsu saya. Berazam memandu dengan lebih berhemah demi adik yang seorang ini yang cintakan kakaknya.

 

[9]

Sayalah manusia yang paling gembira apabila melihat soalan Bahagian A Kertas 2 PMR. Mujur Allah terlintaskan dalam hati untuk buat kelas tentang bagaimana mahu menulis karangan “Giving opinion” dua hari sebelum peperiksaan sebenar. Oh Allah itu Maha Baik sekali bukan? Kan kan? Harap pelajar beroleh markah yang sebaiknya. Ameen Ya Robb!

 

[10]

Mahu sambung belajar. Tapi tak pasti bila.

 

 

6 responses

  1. im looking for the #1001 hehehe :p
    salam kakena,
    macam mane? sudah siap tande form 4? saye baru habiskan post trial spm, agak luga ye menande :p
    tahan gelak pun ade😉
    hurm, #6, mungkin pilihan ke 2 kot yang best, tp tak tau la tak penah alami :p

    apa izzah kate pasal pemanduan kakena?😀

    1. Salam keSURIAan!
      Sampai no.10 je, tak cukup 1001:)
      Alhamdulillah, tinggal 1 kelas lagi tak tanda. Dah berpinar-pinar mata saya baca esei panjang-panjang. Tiba-tiba, students suruh pakai contact lens. Entah apa kaitannya.
      Pasal no.6, kak su pilih yang kedua ye? Baguslah kak su ni. Tapi kalau kak su nak pilih yang pertama pun boleh belaka:)
      Ramai dah yang tegur pasal tabiat memandu ni. Tapi Izzah punya yang paling terkesan. Perlu lebih mematuhi had laju. Bila dah ‘speed’ memang tak sedor diri doh.

  2. waa kakena!! awak sangat berintung!! saye belum siap tande djue kelas lagi😦 saye ade (44+26) X 2 + ( 32+28) essays lagi, sengsare!! tolong saye!😦

    kakena jangan speed2 lagi dah, sy pun kalo speed serious tak sedar diri, lagila kalo jalan tade kete, kalo ade kete main potong cam nak join F1, ok saye sedar saye tk patut buat begitu😦

    1. Harap-harap beruntunglah. Siap Form 4, ada Form 1 dan Form 2 pulak yang bakal exam tak lama lagi. Lepastu kena buat analisis untuk semua keputusan peperiksaan daripada Tingkatan 1 hingga 5. Dan lagi, ‘bermanja’ dengan E-Pantau lagi. Owh ‘bahagia’nya!

      Trying hard not to speed. Teringat pernah baca dalam majalah Solusi, ada mufti menfatwakan bahawa melebihi had laju itu adalah haram sebab menunjukkan seperti tidak menghargai nilai nyawa. Sama-sama kak su kita tidak speed. Sesungguhnya saya dan kak su sangat disayangi! Ececeh!

  3. Jadi cikgu boleh kaya. Kaya pahala di akhirat kelak. InshaAllah.

    Nilai profesion dari mata akhirat.

    1. Ameen Ya Robb! Terima kaseh ani. Harap-harap begitu. Tapi yang takutnya, boleh dapat pahala sama banyak dengan dapat dosa (Kalau tak amanah sepenuhnya). Doakan saya, ani. Doakan saya. Rindu mahu berborak panjang dengan ani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: