Keranamu

Salam.

 

Masa zaman-zaman sekolah dulu, seingat saya, saya ini boleh dikatakan  pelajar yang agak pendiam dalam kelas. Rasanyalah. Tak tahulah kalau silap. Eheh. Apa yang diarah pasti dituruti dengan baik. Juga sejak dulu lagi sudah didoktrinkan bahawa mengumpat cikgu itu adalah berdosa dan sangat tidak patut dan juga boleh menjauhkan diri dari keberkatan. Dulu, bila terasa dengan cikgu, pendam dalam hati je. Apalah sangat perasaan kecil hati kalau nak dibandingkan dengan jasa-jasa cikgu yang menggunung sampai diri ini jadi cikgu pula.

 

Tapi sekarang zaman dah agak berubah. Pelajar dah agak verbal. Mereka meluahkan apa yang mereka rasa. Disebabkan perubahan ini, cikgu kena jadi lagi bijak. Menempis segala serangan verbal dari anak-anak murid sampai satu tahap kadang-kadang rasa diri ini sangat tidak matang bergaduh dengan budak-budak. Merangkap guru tingkatan 1K, banyak kerenah pelajar yang perlu dihadapi. Memang tak dapat nafikan, kadang-kadang budak-budak ini buat rasa geli hati. Ada sahaja kerenah yang memang tak tergambar dek akal logik ni. Kadang-kadang sakit jiwa juga memang tak dapat dihindarkan sama sekali. Setelah beberapa bulan bersama, sedikit banyak dapat membaca kerenah sorang-sorang.

 

Jamuan Hari Raya

Menu utama, Mi Kari yang ditempah jauh. Ingat mudah ke nak decide Mi kari ni. Ada yang mahu Laksa Penang, ada yang mahu Lontong, ada yang mahu Rojak. Memang tak larat nak layan. Mi kari je, habis cerita. Disebabkan jamuan ni juga, ada pelajar berkali-kali telefon bertanyakan pakaian yang sesuai untuk jamuan. Padahal berbuih dah terangkan dalam kelas. Kan best kalau ada yang telefon bertanyakan kerja sekolah. Oh mungkin dalam mimpi.

 

Memang tak boleh tahan gelak tengok budak-budak ni. Sebab tu , mungkin diorang tak takut dengan cikgu kelas diorang T_T

Saya suruh ambil gambar saya potong kek. Ya, inilah gambar saya potong kek yang diambil oleh pelajar kesayangan 1K. Cantik kan?:)

Dapatlah makan sate 4 cucuk sorang

Lawatan ke Kemaman

Merancang sebuah lawatan untuk kali ni adalah sangat mencabar. Setelah hampir 3 minggu, barulah berjaya juga membawa budak jalan-jalan. Sana-sini telefon untuk mendapatkan kebenaran melawat sekolah elit di Kemaman. Semua sekolah tak nak terima. Pengajarannya, jangan buat lawatan ke sekolah elit bila dah nak masuk akhir tahun macam ni. Semua sibuk dengan program SBT. Akhirnya, hanya dapat bawa pelajar ke Mini Zoo Kemaman sahaja. Itu pun ada yang kata, “Teacher tak pandai ngejas lah tu. Sebab tu semua sekolah tak nak terima”. Haih, sabar jelah.

Muka gembira sebab dapat pergi lawatan. Memang puas hati bila tengok pelajar pun gembira.

 

Kesian tengok anak gajah ni.

 

Cukup dulu repekan kali ini.

 

4 thoughts on “Keranamu

  1. I love this post! And love that cake!🙂

    keep on teaching with ikhlas and sabar, and insyaAllah, let’s that be our pahala and as our witness for the good deeds that we have accumulate in dunya!

    muahs…take care…and i’ll be back to the real world insyaAllah this tuesday, please pray for me.

    • My dear kak nur,

      I luv da cake too! But I luv my students more even they can be a bit annoying and give me a real headache, sometimes. Hehe.

      Having said that, I have always been reflecting on how well I have done so far, especially for my students. And may Allah always sustain my passion for what I am doing rite now. I just luv the teaching profession but teaching schoolchildren is really a challenge nowadays. They can make the teacher either to stay OR to quit the profession.

      Welcome back to Malaysia, sis!🙂

  2. salam kedianaan, kalo la saye leh jumpe awak kat zoo aka safari tu, misti saye suke sgt😀

    btw bestnye potong kek, awak buat ke? same canteq dgn awak buat, pandaila teacher ni😉

    • Salam keSURIAan!
      Saya mintak maaf dok bagitau pun pergi jalan Kemaman haritu. Kesian pulak kalau kak su nak mari jauh-jauh dari Kijal.

      Kek tu beli je kak su. Kebetulan ada student yang birthday dia haritu, 19 Sept. Nak sangat makan kek. Dok dang nak wak, kita beli je. Kan dok special pulak kalau cikgu kelas ye buat sendiri. Huhu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s