Suatu hari di Somalia

Salam.

Masa kecik-kecik dulu, pernah juga berangan untuk jadi sukarelawan. Sangat kagum dengan mereka-mereka yang berjiwa besar yang sanggup berkorban nyawa demi kebajikan orang lain. Tetapi itu adalah satu impian. Ya, impian yang kekal impian. Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul yang telah kembali ke rahmatullah. Yang sanggup berkorban nyawa buat saudara seagama jauh di Somalia sana.

 Sebut sahaja Somalia, mula terbayang keadaan rakyatnya yang kebuluran, kanak-kanak yang kurang nutrisi dan sangat kurus. Masa sekolah dulu, fikiran mula melayang kepada rakyat di Somalia dan negara Afrika lain apabila melihat gambar kanak-kanak kurang zat di buku teks Biologi. Macam menjadi satu conditioning. Tidak banyak yang saya tahu tentang Somalia dan kisah penderitaan rakyatnya. Perkenalan saya dengan beberapa rakan Somalia memberikan sedikit gambaran tentang mereka walaupun tidak banyak. Ini sedikit perihal rakyat Somalia.

[1]

Bangsa Somalia yang saya kenali adalah bangsa yang sangat memuliakan tetamu. Pantang berkunjung ke rumah mereka, banyak manisan yang pasti dihidang untuk tetamu. Itu belum termasuk hidangan berat seperti nasi yang sampai sudah tidak diketahui namanya dan sangat sedap. Pernah satu ketika rasa mahu menangis kerana sudah terlalu kenyang ‘disogok’ dengan nasi. Apabila pinggan hampir sahaja kosong, ditambah lagi mereka ini nasi ke dalam pinggan. Mahu menolak, takut dikatanya tidak sopan. Kalau orang Melayu kita akan memberikan angpau duit raya sempena sambutan Aidilfitri sebelum tetamu beredar pulang, orang Somalia pula akan membekalkan tetamu dengan sedikit gula-gula dan manisan termasuklah gula-gula Cadbury. Yeah, saya suka.

[2]

Bangsa Somalia sayang akan negara mereka tapi lebih memilih untuk tidak pulang ke negara asal memandangkan pergolakan antara puak-puak yang tidak berkesudahan. Di negara yang majoritinya beragama Islam, ramai di kalangan mereka yang sebenarnya tidak begitu mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Mengikut kata teman saya ini, “They are just Muslim by name, but they don’t really practise Islam and we hardly find any MUSLIM home there”. Teman saya ini juga berpendapat, segala masalah dan konflik ini akan berterusan selagimana puak-puak ini tidak kembali kepada ajaran yang sebenar dan berdamai antara satu sama lain.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan.

Hidup ini tidak pernah mudah. Sekadar memetik dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, “Jangan diminta hidup yang mudah. Tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.”

Sekian.

*Beraya ke rumah anak-anak murid Khamis lepas. Maknya bilang, “Cikgu datang rumah ni. Pergi hidang air Ribena tu”. Tersenyum seorang diri teringat ungkapan iklan di TV “Kelas kau Jah”.

2 responses

  1. kelas kau jah minum air ribena :p
    haha
    na, rindunye nak makan nasik diorg masak! sedap!
    btw sape noramfaizul?

    1. Kali pertama tu minum air ribena. Kesiankan.:p
      Rindula masakan kawan-kawan semasa di NZ termasuklah masakan adek-beradek Sixthsense. Bila lagi kak su nak masok ke saya ni?
      Arwah Noramfaizul adalah seorang wartawan merangkap ketua misi kemanusiaan ke Somalia masa bulan puasa haritu. Arwah syahid ditembak penyerang hendap. Alfatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: