Dalam Mihrab Cinta

Salam.

 

Sempena cuti pendek yang lepas, saya menyempatkan diri untuk menonton filem ‘Dalam Mihrab Cinta’. Ini adalah sebuah filem yang diadaptasikan daripada sebuah lagi novel karya Habiburrahman El-Shirazy. Walaupun belum lagi membaca novel tersebut, saya rasa tertarik untuk membuat sedikit ringkasan tentang filem ini. Mungkin terdapat kesalahan pada ejaan nama watak kerana saya hanya bergantung pada apa yang saya dapat daripada filem yang ditonton.

Filem ini mengisahkan watak utamanya, seorang pemuda yang bernama Syamsul Hadi. Syamsul Hadi menuntut ilmu agama di sebuah pesantren di Kediri. Syamsul menyangkakan, berada di pesantren merupakan satu peluang yang baik untuk mendalami bidang agama di samping dapat mentarbiyah dan mengislahkan diri. Nasib tidak menyebelahi Syamsul Hadi apabila dia difitnah oleh rakannya sendiri, Burhan dan menyebabkan dia dibuang daripada pesantren tersebut. Tiada siapa di pesantren yang percaya pada kata-kata Syamsul Hadi. Hanya Zizi, anak pemilik pesantren ini yang percaya tuduhan mencuri yang dikenakan terhadap Syamsul Hadi adalah tidak benar sama sekali. Zizi yang juga dalam diam-diam menaruh hati pada Syamsul Hadi percaya bahawa Syamsul Hadi tidak bersalah memandangkan Syamsul Hadi pernah menyelamatkan dia daripada satu insiden yang hampir meragut nyawanya.

Syamsul Hadi diuji lagi apabila ayah dan abang-abangnya juga percaya pada tuduhan mencuri tersebut. Dia akhirnya membuat keputusan untuk melarikan diri daripada rumah dan memilih untuk hidup berdikari. Di sepanjang pencarian ini, Syamsul yang sudah putus bekalan wang memilih untuk mencuri. Dia ditangkap ketika mencuri lalu dihumban ke penjara. Di penjara ini, dia dipertemukan dengan seorang banduan yang mengajarnya teknik-teknik mencuri. Berita penahanan Syamsul Hadi tersebar di dada akhbar. Walaupun menggunakan nama Burhan, adik perempuannya, Nadia percaya ‘Burhan’ yang ditangkap kerana mencuri itu adalah abangnya. Nadia terus mengikat jamin Syamsul Hadi apabila Syamsul Hadi berjanji untuk pulang ke rumah bersama dengannya.

Tetapi Syamsul Hadi melarikan diri lagi dan akhirnya benar-benar menjadi seorang penyeluk saku. Hendak dijadikan cerita, Syamsul Hadi telah mencuri dompet Sylvie, tunang rakannya, Burhan. Akibat masih menaruh dendam pada Burhan, Syamsul Hadi tekad untuk mendekatkan diri dengan Sylvie dan berpura-pura menjadi seorang guru agama. Di sinilah, tarbiyah yang sebenarnya bermula. Betapa Maha Kuasa Allah yang mengangkat darjat sesiapa sahaja yang dikendakiNya tanpa mengira betapa buruknya keadaan seseorang hambaNya. Syamsul yang dahulunya menyangkakan pesantren adalah tempat terbaik mendalami ilmu agama ternyata silap. Allah Maha Baik telah memberikannya tarbiyah secara langsung sepanjang dilema watak antara seorang penyeluk saku dan seorang guru agama.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada filem ini. Hanya sekadar berkongsi sedikit daripadanya.

  1. Ujian itu adalah satu bentuk tarbiyah. Ujian sebegini yang kadang-kadang mendekatkan kita dengan Allah
  2. Logik manusia itu terbatas dan logik Allah itu indah.
  3. Jangan mudah-mudah melafaz sumpah. Takut sumpah makan diri
  4. Pendidikan itu bukan hanya terhad di sekolah atau di sesebuah institusi pendidikan. Kehidupan ini pun sebenarnya adalah ‘sekolah’.
  5. Beristikharah dalam membuat pilihan
  6. Kalau sudah jodoh tak ke mana.
  7. Ikut kata Syamsul Hadi, Allah tidak buta. Allah tidak tuli. Allah Maha Melihat dan Mendengar
  8. Allah Maha Kuasa mengangkat darjat sesiapa jua yang dikendakiNya
  9. Hanya Allah yang mengetahui betapa buruk dan hina-dinanya keadaan seseorang hambaNya.
  10. Tazkiyatun Nafs atau pembersihan diri seharusnya berterusan sepanjang hidup.

 

 

Kepada sesiapa yang masih belum menonton, boleh menonton filem ini di Youtube.

2 responses

  1. nk tgk!!! mcm besti cite ni:)

  2. Yup yup setuju. Memang best cite ni.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: