Parle-moi 2

Salam.

 

Berehat sebentar daripada tugasan sekolah. Makin pening pula bila ditatap lama-lama.

 

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Pengalaman dua kali Ramadhan di Bumi Kiwi adalah antara saat-saat paling indah dalam hidup. Banyak yang istimewa dengan dua kali Ramadhan ini. Salah satu antaranya ialah pengalaman bersama-sama dengan kenalan baru di Auckland. Itu adalah kali pertama mengenali mereka tetapi pertemuan yang singkat itu membawa perubahan yang amat bermakna sekali. Sejak detik itu, saya memilih jalan ini.

 

Mereka mengajar saya banyak perkara. Betapa saya kagum melihat mereka. Mereka ibarat Iron Lady. Agama tip top, pandai masak, pandai melayan tetamu, dan juga arif memandu di Bumi Kiwi yang berbukit-bukau itu. Kata mereka, “Kami memuliakan tetamu kerana kami beriman pada Allah dan Hari Akhirat” (Hadith Arba’in yang ke-15). Malu. Betapa jauh sekali tarbiyah saya jika dibandingkan dengan mereka.

 

Dalam satu sesi, seorang teman mengulas tentang ciri-ciri Ibadurrahman. Ciri-ciri yang ada tercatat dalam Surah Al-Furqan 25 :63-74. Dan satu daripada ayat-ayat ini menjadi favourite doa Brother Nouman Ali Khan.

 

 

Ada kesempatan, ambillah masa untuk menonton video ini. Mungkin ini apa yang anda cari.

 

 

*   *   *   *   *   *   *   *

 

Saya selalu menawarkan buku-buku saya untuk dipinjamkan kepada anak-anak murid di sekolah. Tidak ramai yang berminat. Mungkin kerana ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ada seorang dua sahaja yang merajinkan diri untuk pinjam buku-buku daripada saya. Antaranya, buku Harry Potter dan juga Malcolm X. Alang-alang mintak buku sejarah, terus bagi buku tentang Malcolm X. Cikgunya memang tak agak-agak. Sempat juga saya mempromosikan buku ‘Tentang Cinta’ karya Pahrol Mohd Juoi kepada mereka. Terus-terus sahaja, mereka bertanya, “Teacher, ada tak buku tu? Cop nak pinjam”. Oh laju sahaja bila berbicara tentang cinta ya.

 

*Jika tidak bercinta itu dilihat sebagai satu kegagalan, maka ‘gagal’lah saya pada sudut pandangan mereka.

 

2 thoughts on “Parle-moi 2

  1. wow!! suatu layout yang hebat dari awak. saye imressed ;D
    ena, saye share link ni kat wall and i miss his talks. awak sehat? anak mured sehat? buku2 seme sehat? of course yg tu memang sehat😉 saye rindu awak🙂

    dan awak juga adelah salah orang iron lady tu! ^^

    • Saya baru tukar layout, kak su. mana boleh kak su sorang je layout lawo😀
      Alhamdulillah, gembira saya kalau awak suka talk ni. Alhamdulillah saya sihat. Physically. But mentally, so-so. Huhu. Banyak tugasan nak kena beres. Anak murid sihat-sihat. Ya Allah, rindunya saya ke kak su🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s