Bahasa

Salam,

 

Entah bagaimana anak-anak murid saya menilai saya di dalam kelas. Seringkali juga saya berpesan kepada mereka supaya belajar Bahasa Inggeris dengan sungguh-sungguh. Supaya mereka tidak ketinggalan nanti. Supaya mereka tidak rasa malu sebab tidak mampu berbahasa Inggeris. Kalau yang lemah itu, memang lemah yang amat. Boleh dikatakan tidak logik kalau mahu semuanya berbahasa Inggeris dengan lancar. Kalau membaca dalam Bahasa Melayu pun masih merangkak, inikan pula dalam Bahasa Inggeris. Amat sedih melihat mereka. Ada apa-apa cadangan?

 

Teringat pada kata-kata Pak Cik Jonathan tempoh hari. Too much focus on fluency will lead to fossilisation while too much focus on accuracy will lead to learners’ reluctance in using the language. Mungkin inilah masanya untuk menilai kembali sama ada pembahagian empat cabang yang dicadangkan oleh Pak Cik Jonathan itu seimbang atau pun tidak.

 

Ini kisah lain. Berkesempatan berada dalam sebuah majlis. Seorang kenamaan membaca sebuah teks yang sudah siap ditulis dalam Bahasa Inggeris. Teks disusun dengan baik. Selesai teks dibaca, beliau mula cuba berbahasa Inggeris. Kali ini tanpa teks. Sekadar bertutur satu ayat. Beliau berkata,

 

YAB was agreed to ….

 

Saya melihat orang yang berada di sekitar saya mula gelak. Mungkin yang gelak-gelak itu terus-terusan pandai berbahasa Inggeris sejak lahir. Atau mungkin juga kesalahan yang dibuat itu tidak bisa di’ampun’kan kerana ia datang dari seorang yang bergelar kenamaan. Ya barangkali.

 

Sana-sini, orang berbicara tentang kesantunan berbahasa. Ketepatan berbahasa. Kalau cikgu Bahasa Melayu saya zaman sekolah dulu membaca entri saya di sini, berapa agaknya cikgu akan menilai saya? Ya ampun cikgu kerana tidak mengamalkan apa yang cikgu sudah ajar.

 

* I’m not a grammarian police. As long as you have that courtesy.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: