Cerita penghujung bulan Mei

Salam.

[1]

Alhamdulillah, penghujung bulan Mei tahun ini membawa banyak kegembiraan. Yang pertamanya, majlis konvokesyen TESLian di IPBA Sabtu lepas. Tak tergambar dengan kata-kata perasaan pada hari tu. Rasa macam baru semalam berhempas pulas dengan assignment ribu-riban perkataan dan juga test dan exam paper. Nak mengharungi segala macam cubaan memang tidak mudah. Tahniah kepada semua! Tak mungkin sama sekali sampai ke tahap ini tanpa sokongan mak ayah dan adik-beradik di sisi. Rasa syukur yang amat juga kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di waktu susah dan senang. Walau tak mempunyai ramai kawan, sahabat yang sedikit inilah yang menjadi pendorong selama ini. Moga Allah jua membalas segala jasa-jasa cikgu zaman sekolah dan pensyarah-pensyarah yang telah banyak menabur bakti selama ini. Jasa kalian amat dikenang. Bila sudah jadi cikgu, barulah faham macammana perasaan seorang cikgu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

 

Betul kata orang, bila dah berjaya jangan sesekali lupa pada mak ayah. Masih ingat lagi masa kecil dulu, pernah kena cubit sebab dapat nombor 16 dalam kelas. Pernah kena cubit sebab liat mengaji Al-Quran. Kena cubit lagi sebab pura-pura bersembahyang. Tapi semua inilah yang buat saya jadi orang. Sangat bersyukur sebab dikurniakan mak ayah yang sangat menitik-beratkan pendidikan anak-anak. Sampai bila-bila pun tak akan mampu balas. Dan sangat sedih melihat keadaan warga emas di sebuah Rumah Kebajikan baru-baru ni. Alhamdulillah, sempat bawa pelajar-pelajar Tingkatan 5 melawat ke Rumah Kebajikan yang tak jauh dari rumah saya ini. Rata-rata warga emas ini dihantar ke sana kerana tidak ‘dikehendaki’ oleh anak-anak. Zaman memang sudah berubah. Mungkin kebanyakan orang lebih sayang kanak-kanak berbanding orang tua. Moga moga  diri ini tidak jadi begitu.

 

[2]

Alhamdulillah, juga rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghadiri Persidangan MELTA (Malaysian English Language Teaching Association) yang buat julung kalinya diadakan di Terengganu bermula 30 Mei hingga 1 Jun. Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini berstrategikan perbengkelan, pembentangan dan juga forum. Ramai para professional dan pensyarah-pensyarah daripada universiti luar negara dijemput membentangkan kertas kerja mereka. Dan salah seorang daripadanya adalah pensyarah saya ketika di Wellington dulu, Jonathan Newton. Persidangan ini juga memberi peluang kepada para guru dan pensyarah Bahasa Inggeris untuk berkongsi dapatan kajian tindakan yang dijalankan oleh mereka. Sangat gembira berada di persidangan ini memandangkan terlalu banyak input yang telah dipelajari dan diharap dapat dipraktikkan dalam kelas selepas cuti nanti. Terima kaseh juga kepada SMK J…….  yang sanggup menaja RM300 kos penyertaan persidangan ini. Rezeki rezeki.

 

Juga rasa gembira bila dapat jumpa balik cikgu-cikgu sekolah lama. Memang tak sangka boleh jumpa balik lepas sekolah. Ada yang dah jadi pensyarah dan ada yang jadi freelance writer. Hebat belaka cikgu-cikgu ini. Saranan akhir, rebutlah peluang menghadiri MELTA tahun depan sekiranya berkemampuan pergi dari segi jarak, masa dan juga kewangan. Sangat-sangat enlightening, resourceful dan informative.

 

Berminat berkongsi sebuah analogi daripada seorang penyampai forum, Deborah Eyre, Education Director of Nord Anglia. Beliau membuat analogi tentang underachiever dan high achiever di dalam sesebuah kelas.

 

It’s like taking driving test. Some of us may pass at once but some of us may have to go through the test for so many times in order to get the license. But passing at once could not necessarily make us the best driver in the long run.

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

 

Boleh juga berkunjung ke blog Guru Cemerlang Bahasa Inggeris di sini. Cikgu ini memang sangat rajin sebab banyak material yang beliau buat sendiri. Boleh juga rujuk LITProject beliau. Pembentangan beliau tempoh hari pun memang sangat impressive.

 

Sekian.

 

*Gembira juga sebab sudah dapat laptop baru.

 

5 thoughts on “Cerita penghujung bulan Mei

  1. Tahniah Diana, akhirnya sume dh berakhir dgn cemerlang🙂 Alahmdulillah🙂

    Best nyer ena gi MELTA. suke sgt. btw, kene daftar ke klu nk mengikuti MELTA?

    dan sgt suke quote tu! mmg hidup ni unexpected. so, husnul zhon dgn Allah selalu🙂

    wah, laptop baru🙂 jenis ape?:)

    • Tahniah juga buat cik rory! Alhamdulillah semuanya dipermudahkan🙂

      Memang sangat best join MELTA conference ni. Kalau nak participate next conference, memang kena daftar. ni dia punya website. Selalulah lawat sini tengok latest update.

      http://www.melta.org.my/home/

      Quote tu sangat terkesan untuk diri sendiri. Mula teringat sekian banyak rahmat yang Allah bagi selama ni.

      Huhu. Laptop jenis sama macam dulu. Laptop lama tu dah bergantung 100% dengan power supply. Susah nak bawak pergi sekolah.

  2. Salam Diana,

    Best nyer dpt pergi MELTA… Saya baru nak terpikir nak join jd ahli MELTA… nie semua cikgu2 Terengganu pergi ke?? Sbb Joe pon pergi…

    tp nk tnyer eh.. MELTA nie byk bincang psl English for secondary pupils ke?? ke ada jgk utk primary kids??

    p/s: link cikgu cemerlang tue Teacher Fadzleen… my English teacher from form 1 until 2… dia mmg best and bcoz of her lah I want to be an English teacher…😛

    • Waalaikumussalam suhaimi,

      Alhamdulillah memang best sangat pergi MELTA. Mujur tahun ni buat di Terengganu. Ada rezeki boleh pergi. Tak semua cikgu pergi. Saya dan Joe pergi sebab sekolah bermurah hati nak taja.

      MELTA cover semua. From primary up to tertiary level. Kita boleh pilih sesi mana yang relevan untuk kita. Siap ada workshop lagi. (Maybe I sound quite exaggerative here because that was my 1st experience.huhu)

      Owh cikgu suhaimi ke dulu? Tengok presentation dia hari tu, memang superb! Madam fadzleen must be touched if she happened to know what you have said about her.🙂

      • 🙂 Yeah T. Fadzleen mmg best… rajin sngt2 dia🙂 she was awarded as GC and become the youngest GC in Johor.. bngga sgt2 dia🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s