Tag Bahasa Melayu

Salam.

 

Tag daripada Kak Su.

 

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

 

1. Bekas kekasih saya adalah :

Wah, tak agak-agak soalan ini.

 

2. Saya sedang mendengar :

Lagu Jepun, Sekai ni Hitotsu dake no Hana. Terima kaseh Ani untuk lagu ini.:)

 

3. Mungkin saya patut:

Cepat-cepat siapkan laporan Kajian Tindakan. PK1 sudah mahu tengok proposal sebelum pergi kursus.

 

4. Saya suka :

Banyak benda. Salah satunya, buku. Rasa super-duper gembira apabila terima hadiah dua biji buku daripada seorang sahabat. Maka, bertambah lagi koleksi Dan Brown saya. Walaupun tak pasti bila boleh habis baca semua ini. Terima kaseh wahai kamu untuk Angels and Demons dan The Lost Symbol!

 

Gambar ambil dari sini.

 

5. Sahabat-sahabat baik saya :

Adalah mereka yang sentiasa berada dekat di hati saya.

 

6. Saya tak faham :

Kenapa dua orang dewasa yang bergaduh susah sekali mahu berdamai?

 

7. Saya kehilangan :

Entah. Ada ke? Nanti fikir balik.

 

8. Ramai yang berkata :

Saya pendiam. Ye ke? Mungkin sebab belum kenal lagi tu.

 

9. Makna nama saya :

Ikut kata abah, ‘Diana’ bermaksud agama. Ye kot.

 

10. Cinta itu adalah :

KEKUATAN. Manusia patut jadi lebih kuat kerana cinta.

 

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

Menghadapi ujian yang jauh lebih besar daripada saya. Maka, bersyukurlah wahai Diana!

 

12. Saya akan cuba :

Menabung dengan sebaiknya demi masa depan.

 

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

Sampai bila-bila.

 

14. Telefon bimbit saya :

Sudah berumur setahun. Harapnya, lebih lama bersama dengan saya.

 

15. Bila saya terjaga dari tidur :

Saya akan terus mengemas katil. Macam sudah jadi satu habit.

 

16. Saya paling meluat apabila :

Pemimpin kaki belot dan cakap berbelit-belit.

 

17. Pesta/Parti adalah :

Majlis makan-makan yang penuh dengan orang.

 

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Antara yang paling comel, Llama. Tak pernah jumpa di Malaysia. Rasa macam seronok juga kalau boleh bela satu. Tapi nak suruh orang lain yang jaga.

 

2 orang rakyat Malaysia kelihatan ingin bermesra dengan Llama pelbagai warna.

 

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

Kanak-kanak. Penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.

 

20. Hari ini :

Hujan renyai-renyai lepas Subuh. Adik saya pesan supaya panjatkan doa bila hujan turun. Rahmat Allah melimpah, katanya.

 

21. Malam ini saya akan :

Tidur awal macam biasa.

 

22. Esok pula saya akan :

Ke sekolah seperti biasa. Sahabat saya kata sekolah saya cantik. Saya pun rasa sekolah saya cantik. Hihi. Indah tersergam di tepi Jalan Jerangau-Jabor.

 

23. Saya betul-betul inginkan :

Kesihatan yang baik dan kecemerlangan sepanjang tahun ini.

 

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

Tak rasa apa-apa yang luar biasa.

 

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :

Pusat membeli-belah.

 

26. Makanan Barat atau Jepun :

Selain daripada Sushi, tidak pernah merasa makanan Jepun yang lain.

 

27. Bilik yang terang atau gelap:

Terang apabila mahu buat kerja, gelap apabila mahu tidur.

 

28. Makanan segera adalah :

Fast food. And fast die. Ikut kata pensyarah saya.

 

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Pukul berapa mahu keluar?

 

30. Siapa yang anda nak tag?

Tiada siapa-siapa.

 

Sekian.

 

4 thoughts on “Tag Bahasa Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s