Sifir silam

Salam.

 

Tertarik untuk berkongsi dua video tentang kaedah silam untuk sifir.

 

 

 

 

Video pertama

 

Tidak dapat dipastikan tentang asal-usul kaedah sifir ini. Ada yang mengatakan bahawa kaedah ini asalnya diajar oleh pedagang Arab kepada pedagang Cina di Tanah Besar China. Kaedah ini digunakan semasa berlakunya urusan jual beli sutera. Wallahualam.

 

Saya pernah ajar kaedah ni kepada anak-anak murid saya yang lemah subjek Matematik (Ini sekadar suka-suka). Pelajar-pelajar saya ini hanya ingat sifir 2, 5 dan 10. Bila ditanya, “1 X 6 = Berapa?”. Jawabnya, 7. Tanya berkali-kali pun, itu jugalah jawapannya. Lalu saya berkata kepada diri sendiri, ‘’Jadi cikgu, perlu banyak bersabar’’.


 

 

 

Video kedua

 

Yang ini pun menarik dan mengagumkan. Satu teknik yang telah  ‘menghidup’kan sistem perkomputeran hari ini. Menunjukkan bahawa secanggih mana pun teknologi komputer, tak akan bisa menandingi keajaiban otak manusia. Sungguh, Allah Maha Kuasa.

 

 

* Mungkin ~A.K.S.A.R.A patut tukar nama jadi “Blog Cikgu Sekolah” pula selepas ini:)

 

2 thoughts on “Sifir silam

  1. hahaha… cikgu memang kene banyak bersabar 🙂 cikgu seperti ibu bapa yg perlukan kessabaran utk menjadikan anak2 seorng manusia 🙂

    ena, video kedue tu, sgt mengagumkan!

    Ena, skrg ni byk sgt bencana alam… Berdoa agar kte berada dlm selamat ameen 🙂

  2. Ha’ah kan. Memang kena banyak bersabar. Bila fikir balik, banyak benar cikgu-cikgu zaman sekolah dulu bersabar dengan kerenah anak murid. Terutamanya sekolah rendah, dengan hypernya, ada yang menangis, ada yang kencing dalam kelas. Tambah pulak, kena ulang benda yang sama je. Dah bagitau, siap tulis kat papan putih, ada lagi yang tanya, “Kena wat mende, teacher?”. Hihi. Sabar jelah.

    Baru Ahad lepas ada 9 gegaran kat pinggir Christchurch. Semalam pulak gempa 8.9 richter kat Jepun. Menunjukkan Bumi ini sudah tua yang amat dan hanya menunggu waktu saja.

Leave a reply to dianakamal Cancel reply