C’est tellement troublant, laissez-moi dormir

Salam.

 

Kehidupan baru selepas masuk sekolah.

 

[1]

 

Rutin hidup berubah. Keluar rumah seawal 6.25 pagi dan tiba di rumah kembali sekitar 4.00 petang. Kadang-kadang pukul 5.00. Kadang-kadang pukul 6.00 lebih. Lebih dari waktu pejabat. Apapun, pagi-pagi suka tengok keindahan alam. Subhanallah, sangat cantik. Memandangkan Subuh semakin awal, langit sudah mula cerah sekitar pukul 6.50 di Kampung Tok Dor. Tak tergambar dengan kata-kata. Tapi tak boleh tengok langit sahaja, lembu juga kena jaga.

 

 

[2]

 

Sepanjang minggu ini hujan. Selasa lepas, hujan memang lebat. Sungguh, memandu di kala hujan lebat sebegitu mengundang sedikit rasa cuak. Penglihatan di usia sebegini mula jadi kurang jelas. Kalau ditanya, antara nikmat yang paling besar pastinya mata. Dari sudut lain, tersembunyi seribu rahsia. Saya selalu tenung mata dalam-dalam. Dari situ, boleh ‘baca’ banyak benda. Ikhlas tak ikhlas, gembira tak gembira, harapan. Tapi tak adalah merenung semua mata. Itu mengundang bahaya namanya.

 

 

[3]

 

Saya suka berada di sekolah ini. Saya suka budak-budak. Kadang-kadang mereka buat saya gelak sampai sakit perut. Kadang-kadang mereka juga buat saya sakit jiwa. Sakit perut dan sakit jiwa. Juga, terasa satu kepuasan bila mengajar dan anak-anak murid mula meningkat dari segi pencapaian. Saya gembira bila sesetengah daripada mereka mula mengunakan bahasa Inggeris. Walaupun tak semua. Cuma agak terkilan dengan tugasan-tugasan lain di sekolah yang tiada kena mengena langsung dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oh ya, mungkin saya ini hanya suka berada di dalam kelas.

 

 

[4]

 

Saya mengajar anak-anak murid Tingkatan 1, 2 dan 4. Mengajar subjek Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Sivik. Satu tingkatan ada empat kelas. Satu kelas ada sekitar 25 orang. Saya mengajar semua kelas Tingkatan 1. Tidak ambil masa yang lama untuk ingat semua nama pelajar Tingkatan 1. Sebab tak ramai. Sekolah di kawasan Felda. Mak ayah di sini lain. Rasa hormat pada cikgu masih menebal. Tak kira berapa pun usia cikgu itu. Muda atau tua.

 

 

[5]

 

Tadi dalam kelas, saya tengking tiga orang budak. Sampai sekarang tak boleh lupa. Cikgu pula yang rasa bersalah. Mana tak marah. Main baling-baling pembaris dekat kawan. Kalau budak lelaki boleh tahan lagi. Kita marah-marah, jumpa tengah jalan, dia sengih-sengih ibarat takda benda yang pernah terjadi. Kalau budak perempuan ni sensitifnya lain sedikit. Sebelum pulang, budak perempuan minta maaf. “I’m sorry, teacher. I’m sorry, teacher.” Dengan mata yang berkaca-kaca. Lalu saya peluk dia. Arghhhh, rasa bersalahnya!

 

 

[6]

 

Ramai yang meletakkan harapan yang tinggi buat saya di sekolah ini. Walau ‘serapat’ mana sekalipun cuba simpan rahsia pernah belajar di luar negara, lama-lama orang akan tahu juga. Ijazah tak akan boleh tipu. Seorang dari pentadbir tertinggi sekolah pun harap saya boleh bawa budaya MRSM masuk sini. Memang tak dapat nafikan, agak terasa sedikit tekanannya. Apapun, cuba yang terbaik. Teringin sangat mahu bawak orang lain datang melawat sekolah ni. Siapa nak ikut, bagitau. Ada kelapangan, inshaAllah saya bawak melawat sekolah. Semangat ‘Gemilang’ sedang menebal sekarang ni. Apa yang diperlukan sekarang, hanya sedikit rehat.

 

* Rindu mahu belajar Bahasa Perancis

 

8 responses

  1. Nama tajuk entri ni apa teacher? tak faham..

  2. Ha’ah lupa nak bagi terjemahannya. Lebih kurang begini maksudnya.

    ‘It’s really troubling. Just let me have a sleep’.

    Ini untuk No.5.

  3. ena, ginilah kehidupan seorang guru. rse mcm kerja kat pej huhu. rase mcm nk cuti pjng huhu

    tp x mengape ena, minggu ni minggu cuti. bole berehat😉

  4. Itulah rory. Bila dah masuk sekolah, baru tahu realitinya. Rasanya cuti seminggu ni akan terasa pendek je. Sebab ada banyak kerja sekolah nak kena buat.

    Tapi bolehla bernafas sikit bila cuti macamni:)

  5. sgt pendek kan? rse nok cuti lame sikit huhu. Insha Allah, Allah permudahkan segala urusan kte ameen🙂

  6. InshaAllah, moga Allah permudahkan bagi kita. Ameen Ameen. Cuti ni kan. Marilah jalan dumoh.:)

  7. saye bole hisu nilai kecikguan dalam entry ni, same hebat dengan yg ade dalam naluri awak, bgaus la tu kakena🙂
    saye nak gi sekolah awak. buleh dop? nak tgk gop lembu kaki pak tah katah. hahaha.

    na, saye rindu gop nak belaja french!! ^^,

  8. Mana ada, kak su. Tak sampai tahap tu lagi.

    Ye sungguh nak mari jalan sekolah saya? Mesti lepas ni, kak su jadi makin yakin untuk memandu sendiri ke sekolah. Jalan di sini benar-benar mencabar. Lembu tersadar tepi jalan dengan keempat-empat kaki ke atas tu pemandangan biasa je tu.

    Oui, je veux apprendre à parler le française!^-^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: