Aujourd’hui

Salam.

Entri rojak lagi.

 

[1]

Hari ini hari yang agak meletihkan. Tetapi keletihan terubat selepas dapat tahu satu berita gembira. Saya percaya sayalah manusia yang palingggggg GEMBIRAAAAAA hari ini. Ok, ini hiperbola. Saya baru sahaja menerima makluman bahawa penceramah yang amat saya  segani, Maulana Imran Hosein akan datang ke Kuala Lumpur pada 15 April ini. Walaubagaimanapun, saya agak terkilan kerana saya sendiri tidak pasti apakah saya mampu untuk menghadiri mana-mana sesi ceramah beliau. Kalau dapat pergi satu pun sudah cukup. Ya Allah. Mampukah? Rancangan ke Pesta Buku PWTC pun belum pasti lagi ni.

 

[2]

Kelmarin, seorang guru yang satu sekolah dengan saya tak dapat hadir ke sekolah. Sebabnya? Langgar lembu. Alhamdulillah, si cikgu baik-baik sahaja. Tetapi keretanya agak teruk. Kebetulan, pada hari yang sama, seekor kerbau telah terkorban di Ajil akibat dilanggar sebuah kereta. Saya mula rasa cuak. Doakan saya. Doakan saya. Saya amat-amat membutuhkan doa saat ini.

 

[3]

Cikgu homeroom saya di Dungun dahulu akan mendirikan rumahtangga pada hari Jumaat ini. InshaAllah, saya akan cuba menghadirkan diri memandangkan cikgu sudahpun menjemput saya untuk datang ke walimah beliau. Rasa segan pula mahu ketemu cikgu.

 

[4]

Sejak masuk sekolah, saya tidak sangka yang saya akan buat sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Sebagai contoh, saya ditugaskan untuk jadi hakim acara lempar cakera sepanjang minggu lepas. Sepanjang minggu ini pula, saya jadi hakim untuk acara merejam lembing. Percaya atau tidak, saya tak pernah lempar cakera. Tak pernah rejam lembing. Sekarang jadi hakim? Ajaib. Ajaib.

 

[5]

Ditanya oleh anak murid. “Cikgu sayang tak anak murid cikgu?”.

Jawapan, “Ya, cikgu sayang sangat”.

Dibalas lagi, “Kita pun sayang cikgu banyak-banyak jugak”.

 

Antara ketakutan paling besar: Tak mampu jadi seorang cikgu yang baik.

 

9 responses

  1. Salam, Diana.

    InsyaAllah, apabila seseorang insan itu (guru ke apa ke, tak kisah la~) sentiasa merasakan dirinya tidak cukup baik maka dia akan sentiasa berusaha untuk mencapai tahap kualiti yg lebih baik. Semoga “perasaan tidak puas @ tidak cukup” yg itu sentiasa ada, insyaAllah boleh menjadi seorang guru malahan seorang Muslim(ah) dan seterusnya Mukmin(ah) yg lebih baik. :’)

  2. ooh hati2 lembu itu!!!
    saye rindu awak!

    hfzdn, lupe nak balas, diana tatukar email. diana ade due email.huhuh.kan ena kan?😀

  3. *hafizchouji

    Waalaikumussalam hafiz,

    Terima kaseh untuk kata-kata. Saya setuju dengan hafiz. Memang rasa begini buat kita mahu usaha lebih. Satu lagi kekurangan saya, I wasn’t born with a creative mind. Dulu, ada member-member tolong bagi idea nak jadikan kelas menarik. Sekarang memang usaha kena dua kali ganda. Selamat bertugas Hafiz! I’m sure you can make a good teacher.

    *fathensj

    Rindu sangat kat kak su saya ni! Kak su pun mandu molek jugok deh. Kijal mencabar gok tuh. Bile lagilah boleh jumpa kak su. Miss every sisterhood moment:)

  4. hihi..kak su?? suti, memandu ke sekolah ke? ada budak tumpang skali takk? leyh save minyak giteww.. :p

    diana, btolak pepagi hati2 k. slalu ada kes keta lnggar lembu n kreta remuk teruk. huhu.. nauzubillah. n senang ati bile students ckp syg kite byk2 jugak!🙂

  5. Rasa macam best panggil kak su. Hee. Suti kata nak mula memandu dah.

    InshaAllah sara. Sara pun take care juge di sana ye. Sekarang memang terasa disayangi. Tapi rasanya diorang excited sebab cikgu baru kot.:)

  6. Diana, kini diriku amat berpengalaman dalam menjadi hakim melontar peluru, merejam lembing, lompat tinggi dan lompat jauh. cakera belum lagi. suke sgt dpat pengalaman tu sume hehe.

  7. Wah nampaknya cik rory sangat gembira dapat pergi jenagor! Saya pun tumpang gembira untuk cik rory. Cakera takde beza mana pun dengan lontar peluru. Bagi markah ikut jarak macam biasa. Sekarang saya pun kena buat skrip untuk speech choir. Last minute baru dapat tahu. ‘Kekeringan’ idea sekarang ini.

  8. haruslah gumbira. luas pemandangan🙂 btw, ena kene wat script? sgt saat akhir tu. takpe ena leh wat! kia kaha!:)

    1. Ha’ah kena buat script. Tadi baru hantar. Hihi. Tak senonoh. Ada sebulan lebih je lagi nak latih budak-budak ni. Sama-sama kita Kia Kaha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: