Kesan domino

Salam.

 

Dunia sekarang sudah sedia maklum. Mula-mula Tunisia. Lepastu, Algeria dan Jordan. Tapi yang agak panas sekarang, Mesir. Orang kata, macam kesan domino. Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir menunjukkan rakyat sudah muak tahap paling tinggi dengan corak pemerintahan negara masing-masing. Pengangguran, jurang luas antara miskin dan kaya, inflasi. Rasanya, tiada siapa kot yang boleh tahan dengan pemimpin yang sama untuk berdekad-dekad lamanya. Ditambah pula dengan pemimpin yang hanya meletakkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat. Pernah juga dulu terfikir, lama betul Hosni Mubarak ni jadi Presiden. Dari mula-mula Anwar Sadat kena bunuh pada tahun 1981, sampailah sekarang. Saya mula tahu yang ini pun selepas belajar subjek Political Islam.

 

Revolusi Bunga Melur pula tercetus di Tunisia disebabkan wujudnya pemimpin macam Ben Ali. Mula-mula dulu, orang ramai sanjung sangat dengan Ben Ali yang mengambil alih tampuk pemerintahan Habib Bourguiba yang sudah mula nyanyuk. Habib Bourguiba, satu lagi nama baru yang saya mula kenal lebih setahun yang lalu. Habib Bourguiba terkenal dengan pemerintahan republik yang bercorak sekular. Beliau pernah mengharamkan puasa ketika bulan Ramadhan kerana berpendapat bahawa puasa boleh menjejaskan produktiviti kerja rakyat. Lagi ‘berani’, beliau tanpa segan silu pernah makan pada waktu siang di bulan Ramadhan dan boleh ditonton oleh rakyat Tunisia ketika itu melalui kaca TV. Itu yang saya belajar. Wallahu a’lam. Tapi lama-lama rakyat jadi muak juga dengan Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi. Ada juga yang menggelar Leila Trabelsi ini dengan gelaran Lady Macbeth. Siapa yang pernah baca Lady Macbeth, mesti boleh bayang bagaimana gerangannya Lady Macbeth ni.

 

Habib Bourguiba. Gambar dipinjam dari Wikipedia.

 

Saya juga tumpang simpati dengan nasib pelajar Malaysia di Mesir. Rasa macam takut untuk dibayangkan dengan keadaan kacau-bilau sebegitu. Ayuh sama-sama doakan, sama-sama solat hajat mohon moga mereka semua berada di bawah perlindungan Allah! Kalau berminat untuk tahu tentang nasib pelajar Malaysia di Mesir, boleh rujuk sini.

 

Kebaikan juga boleh membawa kesan domino. Saya percaya itu.

 

 

Video di atas menunjukkan hasil lukisan seorang teman saya. Ajaib! Saya sendiri tidak tahu melukis sebegini. Nak buat macammana, tak berbakat. Huhu.

 

Sedikit tentang insan yang melukis ini. Pernah jadi guru di Korea Selatan, mempunyai impian sama seperti gadis-gadis biasa yang lain, memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik agama dan budi pekerti, sentiasa kuat semangat dan telah BERJAYA mengubah cara saya melihat dunia ini. Sungguh, banyak yang saya telah belajar daripada beliau! Mana tahu, kot-kot kita juga boleh jadi sumber inspirasi untuk orang lain? Lagi kesan domino.

 

Sekian.

 

* Akan ke sekolah 8 Februari ini. Sekolah mana? Oh berdebar!


4 thoughts on “Kesan domino

  1. Salam, Diana.

    Amat menarik entri ni. Terkesima kejap masa baca. Speechless sbb rasa pengetahuan sendiri tentang bidang ni sangat cetek. Thanks for the knowledge.

    By the way, da confirm masuk sekolah 8 Feb eh? Kitorang di Kedah masing terkontang-kanting tanpa sebarang maklumat selain “taklimat pada 7 Feb”. Itu je yg JPN Kedah bagitau pun,

    • Waalaikumussalam Hafiz,

      Saya pun cetek sangat pengetahuan. Banyak benda lagi nak kena belajar. Tapi alhamdulillah, kiranya bermanfaat untuk hafiz.

      Haritu JPN call. Memang confirm lapor diri kat sekolah 8 Feb. Gaji sudah dikira mulai 7 Feb. Eh ingat dapat Penang. Cuba call JPN Kedah. Ada JPN murah hati siap bagitau nama sekolah skali.e.g.JPN Johor.

  2. kite pon cam sedih ngan keadaan students2 , rakyat m’sia kat sana . hari2 keluar brite pasal mesir. and video lukis bunga tuhmenarik lah. cam dalam corak ada corak.. very nice leyh wat design henna.. 😀

    • Itulah sara, kite pun rasa bimbang tengok keadaan kat sana. mesti mak ayah diorang risau sangat sekarang ni. sama-sama kite doakan diorang semua deh.

      ha’ah,menarik kan lukisan? kite rasa kagum sebab simetri. memang cantik buat corak henna.sara pun kenal pelukisnya kan?:)

Leave a comment