Kisah posting

Salam.

Penantian berakhir jua. Alhamdulillah, saya bakal ditempatkan di sebuah sekolah di Terengganu bermula Februari ini. Sekolah tersebut hanya bakal diketahui pada 7 Februari nanti. Debaran masih lagi terasa. Apapun, selamat maju jaya buat semua TESLian IPBA!

 

Merenung kembali kepada pengalaman berada di sekolah, saya menjangkakan banyak cabaran yang bakal ditempuhi. Tidak hanya menjadikan mengajar itu sebagai satu tugas hakiki, guru juga perlu menggalas pelbagai lagi tanggungjawab. Sepanjang praktikum, saya tidak pernah tidur lena. Saya takut. Banyak benda yang saya takutkan. Biarpun sudah berada di Tingkatan Dua, mereka masih belum solat sepenuhnya. Lagi memilukan, mereka tidak ingat Tahiyyat. Bahkan ambil wuduk pun tidak tahu.

 

Saya takut kerana kami berkongsi akidah yang sama. Saya tidak mengajar anak-anak ini tetapi itu tidak bermakna saya terlepas daripada tanggungjawab. Moga Allah ampunkan dosa saya atas kegagalan saya meluangkan masa dengan mereka dalam keterbatasan waktu itu. Saya hanya membantu sekadar yang termampu. Sungguh, mendidik itu tidak mudah. Masih aneh dengan mereka yang berpendapat jadi cikgu itu ‘Senang aje’. Padahal, tugas kami ini bakal melibatkan perhitungan dunia dan akhirat. Doakan kami wahai teman-teman! Doakan agar kami-kami ini tsabat, teguh dan kuat. Kami jua manusia biasa.

 

Di sini, saya berminat untuk memetik sebuah sajak. Sangat bermakna sekali buat saya.

 

Benar kata ayahanda suatu masa dahulu,

Bahawa seorang guru itu tidak akan mengumpul wang dan harta bertimbunan

Tidak akan dia mampu jadi sang jutawan, hidup mewah dalam gudang serba indah

 

Kerana kekayaannya dipersembahkan Allah dalam bentuk yang amat istimewa:

Pertama – dia akan terus menjadi guru kepada anak didiknya, sekalipun roh sudah lama meninggalkan badan.
Kedua – kebahagiaan melihat anak didiknya `menjadi’ tidak akan mampu diukur dan dibeli oleh harta segunung selautan.
Ketiga – bekalan masuk ke kuburnya : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh/solehah – sentiasa mengalir menjadi teman persemadian.

 

Nukilan: Prof Harlina Siraj

 

Terima kaseh Ani Hana kerana sudi ‘memperkenalkan’ Prof Har.

 

Ini gambar Clock Tower, The University of Otago, New Zealand. Tiba-tiba rasa mahu letak di sini.

Sekian lama memendam rasa. Kalau discan hati ini, entah mungkin sudah tiada rupa. Saya cinta akan Malaysia! Ayuh sama-sama doa agar Malaysia ini terpelihara daripada pemimpin yang berniat jahat, tidak amanah dan kaki seleweng. Ayuh doa sungguh-sungguh!

 

Sekian.

p/s 1: Pelajaran dalam hidup datang bersama tuntutan perubahan. Yuk sama-sama berubah jadi lagi baik!

p/s 2: Pesta Buku Antarabangsa bertempat di PWTC bermula dari 22 April sehingga 1 Mei ini.

 

5 thoughts on “Kisah posting

  1. congrates dear.. =) selamat bertugas demi agama, bangsa n negara.. we have the same fear la diana.. tp at least, i will try my best kat skolah rendah (hrp2 belum jd buluh lagi, kalau rebung snang nk luntur. hehe) so, bila g skolah menengah, xde la xtau al-fatihah tu apa.. lets serve our ummah..

    • Sebenarnya, saya plan nak mesej izy bagitau pasal ni. Tapi izy dah ter’tahu’ pulak dari sini. Huhu. Nanti, 7hb feb saya update dengan izy lagi deh. InshaAllah.

      Betul izy, memang kena guna pendekatan yang berbeza untuk sekolah rendah dan menengah. Dua-dua pun sama hebat cabarannya. Pernah dulu, masa saya ‘sibuk-sibuk’ suruh budak ni sembahyang, diorang jawab “Why you have to bother so much? You’re not ustazah”. Sedih. Tapi ada je budak-budak ni cakap elok-elok bagitau, “Cikgu boleh ajarkan saya ambil wuduk?”Lega hati saya. Lebih baik terus-terang daripada berbohong.

      Sama-sama berjuang sungguh-sungguh. Entah bila lagi boleh jumpa izy. Ada banyak benda sangat nak kongsi sama:)

  2. sgt sukatan quotation itu!!!🙂 tibe2 naik semangat nk jadi cg. bukan shj cg english, tp cg yg akan menjadikan anak murid lebih manusia🙂

    semoga maju jaya my dearest diana🙂

    • Quatation Prof Har ke? Best kan? Berderau darah masa mula-mula baca dulu. Entah, rasa diri ni tak cukup lagi nak jadi cikgu macam dalam sajak tu. Apapun, sama-sama kita usaha Cik Rory!

      Teringat kepada kata-kata Aristotle, “Pendidikan itu adalah bertujuan untuk memanusiakan manusia”. Wishing you a towering excellence, my dear!

      Selalu rasa nak tersenyum tengok komen Cik Rory. Ada banyak ‘smiley’.:)

      • aha’ yg tu. bce petikan tu, terus semangat nk jd cikgu. keje cg bukan mudah sesenang mkn kacang, tp jd cg ini ibarat menanam kacang. semai dr benih hingga ke besar. ia memerlukan byk pengorbanan dr pelbagai aspek. sy percaya Cik Diana mampu menjadi GURU yang CEMERLANG insha Allah, ameen🙂

        Teringat pulak kate2 aristotle tu. kata2 tu yg dihafal keika ‘mock’ interview spp hehe. thanks ena for the kata2:)

        hahaha, ini menunjukkan sy mmg suke hasil buah fikiran cik Diana utk entry ni🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s