Bedah buku II

Salam.

Bedah buku datang lagi. Kali ini, empat buah buku lagi bakal dibicarakan dalam entri ini. Kalau ikutkan hati, banyak sekali yang mahu dikongsi tentang setiap buku ini. Tetapi mohon maaf, saya perlu bersikap selektif di sini. Saya hanya memilih mana-mana yang signifikan daripada setiap buku. But one thing, for sure, the following books really kept me hooked to the very last page. Ayuh kita mulakan bedah bukunya sekarang.

 

 

 

Melihatkan pada tajuk buku ini, saya pada mulanya menyangkakan bahawa buku ini mengisahkan tentang pengalaman seseorang menunaikan ibadah haji di Mekah. Tetapi ternyata saya silap. Travelog karya Muhammad Asad atau Leopold Weiss (nama sebelum masuk Islam) adalah sebuah karya yang kritikal dan mengandungi banyak unsur introspeksi diri. Buku ini juga menyelitkan pandangan peribadi tentang sesuatu isu dan senario politik di Timur Tengah pada era tersebut. Muhammad Asad merupakan seorang Yahudi dari Austria dan membesar dalam sebuah keluarga yang berada. Ayah beliau merupakan seorang peguam manakala ibu beliau pula merupakan anak seorang pegawai bank yang kaya-raya ketika itu. Beliau yang mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Muhammad Iqbal terlibat secara langsung dalam penubuhan negara Islam Pakistan.

 

Buku yang pertama kali diterbitkan pada 1954 ini menceritakan kisah pengembaraan beliau di negara Timur Tengah (Palestin, Iran, Iraq, Syria- just to name a few). Kisah ini diselang-selikan dengan sedikit imbasan kisah silam beliau. Sebagai contoh, beliau ada berkongsi kisah moyang saudara beliau yang telah ‘murtad’ daripada agama Yahudi. Tindakan ‘murtad’ itu adalah sebagai tanda protes akibat dipaksa menjadi seorang ‘Rabbi’ ketika di usia yang masih muda. Moyang saudara itu kemudiannya meninggalkan isterinya yang tidak pernah dicintai di Austria, berhijrah ke England, berkahwin dengan gadis pilihan hati (beragama Kristian) dan menjadi seorang pensyarah.

 

Bagi pendapat saya, riwayat hidup Muhammad Asad ini sangat menarik. Beliau sudah mula menguasai kitab Talmud sejak berusia 13 tahun. Dari situ, beliau mula ragu-ragu terhadap agama sendiri apabila kitab mereka lebih berkisarkan tentang keistimewaan bangsa Yahudi sebagai bangsa terpilih berbanding dengan konsep keTuhanan dan pengabdian manusia kepada Tuhan mereka. Beliau yang merupakan seorang jurnalis Frankfurter Zeitung, bersikap telus dalam melahirkan pandangan peribadi terhadap penubuhan negara haram Israel dan secara terang-terangan tidak bersetuju dengan agenda pergerakan Zionisme- even long before he embraced Islam. Antara kisah lain yang menarik daripada buku ini ialah bagaimana penerimaan keluarga beliau setelah memeluk islam, kisah ayah dan kakaknya yang menemui ajal di kem tahanan Nazi, kisah cintanya terhadap arwah isterinya, Elsa yang tidak pernah pudar dan bagaimana mereka sama-sama memeluk Islam, kisah Harut dan Marut, fahaman Wahhabi, pemahaman penulis tentang Dajjal, Riza Khan dan sejarah penyebaran fahaman Syiah di Iran, sedikit tentang Kemal Ataturk di Turki, dan pergerakan jihad di Timur Tengah. Dalam buku ini juga terselit peristiwa-peristiwa yang telah membawa kepada pengislaman penulis. Untuk mengetahui apa peristiwa-peristiwa tersebut, bolehlah mula merujuk buku ini.

 

It was not the Muslims that had made Islam great: it was Islam that had made the Muslims great (p.193)

 

 

 

Saya membeli novel ini selepas disarankan oleh sahabat baik saya, Cah. Novel ini merupakan novel pertama karya Habiburrahman El-Shirazy yang pernah saya baca. Apa yang dapat dirumuskan, saya suka akan gaya penulisan beliau meskipun jalan ceritanya kadang-kadang kelihatan terlalu idealistik. Terhasilnya novel ini berdasarkan tadabbur ayat 45-47 dari Surah Al-Anfal. Novel ini berkisarkan kehidupan seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas di kota Moskow yang penuh mencabar. Tugas Ayyas di Moskow adalah untuk melakukan sedikit kajian tentang sejarah Islam moden di sana. Cerita dikembangkan dengan pengenalan dua lagi watak penting iaitu Yelena dan Linor yang juga merupakan teman satu apartmen dengan Ayyas.

 

Novel ini bukan sekadar novel biasa. Ia bukannya bertunjangkan kisah cinta manusia semata-mata tetapi lebih kepada kisah mempertahankan akidah sebagai seorang Muslim di negara asing. Apa yang membuatkan novel ini menarik ialah pembentangan hujah dan fakta dalam menyokong setiap perbincangan yang dikemukan. Antaranya, hujah yang boleh digunakan untuk menjawab soalan yang biasa ditanya oleh bukan Islam (seperti kenapa sembah kaabah, kenapa perlu rukuk), jenis-jenis ateisme, Stalin dan Lenin, kisah Sabra dan Shatila. Antara bahagian yang paling menarik dalam novel ini adalah ketika Ayyas membentangkan hujah yang boleh membuktikan bahawa Al-Quran itu sememangnya kalamullah, and not merely a creation of a great human mind. Tiga hujah tersebut mencangkupi kisah pengislaman tiga tokoh terkenal, Dr. Gary Miller, Dr Maurice Bucaille dan Dr Keith Moore. Ayat-ayat berikut daripada Al-Quranul Kareem yang membawa kepada pengislaman mereka: Yunus 10: 61 (Dr. Gary Miller), Yunus 10:92 (Dr Maurice Bucaille), Al-Mukminun 23:13-14 (Dr Keith Moore). Kisah mereka juga mengingatkan saya pada kisah seorang pakar anatomi dari Thailand, Dr. Tagatat Tejasen yang memeluk Islam selepas mendapat hidayah menerusi ayat 56, Surah An-Nisa’ (4:56).

 

Selain mempunyai banyak kesalahan ejaan, jalan ceritanya boleh dikatakan menarik. Saya yakin sesiapa sahaja yang membaca novel ini pasti tertunggu-tunggu sambungannya nanti. Ke memang habis macam tu je?

 


 

Cik Suria pernah membedah buku ini di sini dahulu. Buku yang sangat menyentuh hati dan membuka minda. Cerita dimulakan dengan kisah persahabatan antara Amir dan Hasan ketika zaman kanak-kanak mereka. Amir yang berketurunan Pashtun, golongan bangsawan di Afghanistan berkawan baik dengan Hassan yang berketurunan Hazara, juga merupakan anak orang gaji Amir. Amir yang kehilangan ibunya sejak lahir sentiasa menagih kasih sayang dan perhatian daripada ayahnya yang sentiasa sibuk bekerja. Hal ini membawa kepada penyertaan Amir dalam satu pertandingan bermain layang-layang yang menjadi tradisi masyarakat mereka berzaman-zaman. Ketika itu, sesiapa sahaja yang menjadi johan pertandingan biasanya disanjung tinggi. Lebih menyedihkan apabila Amir telah melakukan pengkhianatan besar terhadap Hassan sebaik sahaja memenangi kejohanan tersebut sedangkan Hassanlah yang telah banyak berkorban untuk memastikan Amir muncul sebagai juara.

 

Amir dan ayahnya kemudiannya berhijrah ke California apabila Soviet Union mula mengambil alih pemerintahan di Afghanistan. Di sana, Amir sentiasa dibayangi oleh Hassan walaupun telah jauh meninggalkan tanah air sendiri. Di sana jugalah bermulanya detik-detik sukar dalam hidup Amir dan ayahnya. Ayahnya yang tidak pernah menjalani kehidupan yang susah terpaksa bekerja di stesen minyak bagi menyara kehidupan mereka berdua. Amir kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis Afghanistan yang bernama Soraya. Hubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada ayah dan ibu Soraya. Disebabkan keikhlasan Amir dan kesediaan beliau untuk menerima Soraya seadanya, mereka akhirnya disatukan bersama. Babak ketika Baba mahu khastegari (meminang) Soraya sangat menyentuh hati. Baba yang tidak berapa sihat, sangat bersemangat demi untuk menunaikan last fatherly duty. Baba digambarkan sebagai seorang bangsawan yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Baba yang pernah mengherdik para mullah percaya bahawa hanya ada satu sahaja dosa yang paling besar di dunia ini iaitu mencuri. Baba pernah berkata, “When you tell a lie, you STEAL someone’s right to the truth”.

 

Ironinya, Amir menerima sesuatu berita yang amat mengejutkan setelah bertahun-tahun kematian Baba. Hal yang berkaitan dengan dosa silam Baba. Amir perlu pulang segera ke Afghanistan. Itu sahajalah satu-satunya peluang untuk Amir menebus segala kesilapan-kesilapan lampau beliau dan juga Baba. Berjayakah Amir? Ececeh ayat. Antara isu lain yang dibangkitkan dalam novel ini ialah budaya, tradisi, politik, perbezaan kasta, dan sunni shi’ah.

 

Better to be hurt by the truth than comforted with a lie (Khaled Hoseini)

 

 

 

Buku ini boleh menjadi rujukan yang baik bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Gerakan rahsia Freemasonry. Buku yang tidak terlalu tebal ini dan dihiasi dengan pelbagai ilustrasi berwarna dapat menjanjikan pembacaan yang menarik. Pada awal bab membincangkan pengertian Freemasonry itu sendiri. Kemudiannya, penulis membicarakan matlamat utama penubuhan Freemasonry iaitu untuk membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjidil Aqsa. Bermacam-macam usaha telah dilakukan oleh mereka untuk menjayakan matlamat mereka. Ini jelas membuktikan bahawa Masjidil Aqsa sentiasa berada di bawah ancaman dan bahaya. Jangan pernah lupa wahai kawan-kawan. Untuk menitipkan gugusan-gususan doa kudus buat masjid yang pernah menjadi kiblat pertama kita dahulu. Mohon moga sentiasa di bawah lindunganNya, sebaik-baik Penjaga. Paling kurang, saya mohon agar sesiapa yang membaca ini boleh menyebarkannya pada yang lain.

 

Empat cabang gerakan Freemasonry juga disentuh dalam buku ini. Agak mengejutkan apabila saya baru sedar bahawa pertubuhan Bahaiyah itu adalah salah satu daripada cabang tersebut. (Terus teringat pada seorang rakan sekelas saya yang menganut fahaman Bahai semasa di Wellington dulu) Cabang lain bagi gerakan ini ialah Rotary, Lions dan Illuminati. Buku ini juga bersifat informatif kerana ada menyelitkan sejarah keluarga Rothschild, keluarga Yahudi yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem perbankan Yahudi. Melalui pembacaan ini jugalah saya mula sedar bahawa gerakan Freemasonry inilah yang bertanggungjawab di atas kejatuhan kerajaan Islam di Patani dan juga kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah di Turki. Penulis juga ada membentangkan secara ringkas sejarah pembentukan, kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Terasa sebak sekali membaca kisah kesungguhan Almarhum Sultan Abdul Hamid II mempertahankan khilafah. Semoga segala usaha baginda itu tercatat di dalam kitab amalannya. Ameen! Beliau kemudiannya dibuang negeri ke Salonika pada tahun 1909. Khilafah Islamiyah ini dihapuskan secara total oleh Mustafa Kamal Ataturk pada 3 Mac 1924. Betapa jijik sekali mereka-mereka yang bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan Islam ini. Moga Allah memberikan balasan yang setimpalnya kepada mereka-mereka ini. Ameen! Saya jua menyarankan buku ini kepada sesiapa sahaja yang masih kurang jelas dengan gerakan rahsia ini. Very enlightening book, I must say.

 

Sekian.

 

* The gift of writing is in the enjoyment in it

 

11 thoughts on “Bedah buku II

  1. wow!! bedah buku, bagus kakena ni rajen bace buku!!🙂
    saye rase rugi plak tak beli buku aghan women something yg awak ngan zack beli kat bookexcess aritu😦
    byk buku yg saye miss, insyAllah nnt saye gi KL saye nak gapai itu seme, amin, ehehe.
    wow, link ke blog saye? hahha, blog yang saye ngaruk tu? kekeke

    btw: pencarian ke link kek gule hangus maseh macam dulu? hehhe

  2. Rajin gane ngak kak su, isi masa lapang deh:)
    Saya tak baca lagi ‘The bookseller of Kabul’ tu. Tapi rasa macam best buku tu. Saya rindu sangat ke bookexcess. Tak tahula bila lagi boleh pergi.
    Bersemangat kak su nak gapai semua buku. Hehe. Haritu ada bincang dengan Cah, inshaAllah takde aral melintang nak pergi Book Fair tahun depan. Tu pun kalau fulus tebal. Jom saing! Apa-apa saya bagitau balik.
    Sapa ati kak su kata blog sendiri ngarut. Saya seronok baca blog kak su.:D

    Sampai sekarang saya terfikir, ada orang buat kek gula hangus hari-hari ke? Aneh.

    • hahahah, saye rase memang ade org buat kek gule hangus ari2 la na, ge ade org mandi ari2 la, gitu :p

      saye ngabang je na, nak wi pengajaran ge blog org lain, susah sekali :p

      • Sapa gitu me analogi kak su buat. Hebat ah kak su!

        Adala pengajaran. Sapa kata takdok? Rendoh diri pulok kak su kita. Eheh.

  3. ena, sgt ilmiah!:) suke sgt:) tibe2 teringin sgt nk bace pasal freemasonry. ena beli kat ane? kat mph k? dont sat kat nz hehe.

    aha’ book fair! hrpnye nye war mse cuti, leh gi. klu x pon mase weekend r. jom fathen! hayyabina ke book fair!:)

    sebenornyr, rindu pulak kat ena n fathen. rindu bincang psl buku2. nanti kte jupe nok? bile free:)

  4. Buku freemasonry tu beli dekat MPH. Kalau nak pinjam pun boleh, mari ah jalan dumoh ni. Bile lagi dok?:)

    Itulah. Harapnya Book Fair tu masa cuti. Takut2 dah kena posting dan tak dapat cuti, susah jugak tu. Boleh gi masa weekend jela.

    InshaAllah ada kelapangan nanti kita jumpa. Rindu bertemu semua orang.:D

  5. yes! leh beli🙂 betol gok ena, bile lg nok gi umah mu🙂 rindu r ena….esp mse mayang berjemaah subuh bace surah sajadah🙂 rindu sgt sgt tu. time kasih byk2 ena🙂

    bereh, kte tgk balik gane. harap dpt gi r insha Allah🙂

  6. Wah, banyaknya ‘smiley’! Penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan sekali. Huhu. Mari ah jalan sini. Nak mari, bagitau je. Memang sangat lapang sekarang ni.

    Merindui banyak momen bersama. Terima kaseh untuk segalanya, Cik Rory:)

  7. Malu saya kat izy. Saya kalau bercerita, memang tak ingat dunia:D But I still wish we could meet up again someday in the future. Semoga sama-sama dalam redha Allah. Ameen:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s