Rawak

Salam.

Entri ini sangat rawak dan tidak teratur.

[1]

National Bank di Australia gempak dek berlakunya kerosakan pada sistem perkomputerannya. Natijahnya, berjuta-juta rakyat di negara itu tidak dapat mengeluarkan wang pada hujung minggu yang lalu. Gerun bukan? Sistem monetari yang tiada integriti, kalau ikut kata Ahmad Tomson dan Maulana Imran Hosein.

[2]

Esok, dua orang adik saya sekaligus akan menduduki ujian memandu. Semoga lulus dengan jaya. Ameen. Kalau benar-benar lulus, ini bermakna akan ada lima orang drebar di rumah ini.:)

[3]

Ini satu berita gembira yang perlu dikongsi bersama. Dua bulan terakhir berada di IPBA, saya menyedari kewujudan sebuah toko buku yang SANGAT-SANGAT best. Book excess ini terletak di tingkat paling atas Armcorp Mall. Betul-betul terletak di hadapan restoran McDonald. Toko buku ini menawarkan harga yang sangat murah dan kadang-kadang boleh dikatakan unreasonably cheap. Sebagai contoh, saya hanya perlu membayar sebanyak RM17.99 untuk buku Blink karya Malcolm Gladwell. Di kedai lain, buku ini dijual pada harga lebih RM30. Tetapi limitasinya masih ada. Kedai ini hanya menjual buku-buku dari luar negara dan pilihannya agak terhad.

Ini Blink. Yeah.

 

[4]

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya baru sahaja mendirikan rumahtangga pada hari raya Aidiladha yang kedua minggu lepas. Bila terkenangkan kisah beliau, saya yakin Allah SWT Maha Baik sekali kawan-kawan! Semoga sahabat saya ini berbahagia bersama zaujnya sehingga ke akhirat sana. Ameen Ya Robb!

[5]

Nampak baik dan benar-benar baik adalah dua perkara yang berbeza.

[6]

Saya mula rindu pada sahabat-sahabat saya di IPBA. Insan-insan baik seperti ini tak akan saya lupa sampai akhir hayat. Moga mereka-mereka ini berbahagia sepanjang hayat mereka. Mohon maaf atas segala kekurangan diri ini, wahai teman-teman. Saya juga mula terkenangkan insan-insan baik yang pernah hadir dalam hidup ini walau seketika cuma. Harap-harap diri ini tidak dilupakan walaupun tidak berfacebook, tidak berskype dan sudah tidak berYM lagi. Besar sekali harapan ini.

[7]

Duit simpanan tamat belajar tidak mencapai target yang disasarkan. Kurang RM1000. Itulah, dulu tidak merancang betul-betul. Mana mahu cari wang sebanyak ini? Melainkan keajaiban terjadi. Adik saya yang seorang ini bilang, kalau beliau menang pertandingan itu, bukan setakat RM1000 dia mahu bagi, tapi RM3000. Pemurah kan adik saya ini? Tapi macam mustahil saja untuk menang. Huhu.

[8]

Baru berjinak-jinak dengan penulisan JK Rowling? Di bawah ini, saya sediakan turutan bagi siri novel Harry Potter.

1. Harry Potter and the Philosopher Stone

2. Harry Potter and the Chamber of Secret

3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban

4. Harry Potter and the Goblet of Fire

5. Harry Potter and the Order of Phoenix

6. Harry Potter and the Half-Blood Prince

7. Harry Potter and the Deathly Hallow

Dalam kesemua novel di atas, saya rasa novel keenamlah yang paling best! Tetapi sayang, pengakhirannya agak mengecewakan. Oh, ini hanyalah pandangan peribadi semata-mata. Ramai sahaja di luar sana yang suka dengan pengakhiran sebegitu. Apapun, saya fikir siri Harry Potter ini sebenarnya mengandungi mesej yang tersirat sekali. Ah, tak sudah-sudah dengan teori konspirasi!

[9]

Selasa lepas, saya bersembang dengan seorang pensyarah saya. Beliau bilang, “Hidup ini perlu banyak berdoa”. Ya, DOA, DOA dan DOA. Yuk tadah tangan sama-sama memohon dariNya yang Maha Mendengar dan Maha Dekat.

[10]

CINTA itu penyuluh kehidupan, bukannya membinasakan. Oh, sila jangan sempitkan skop CINTA itu.

Sekian.

6 responses

  1. “Nampak baik dan benar-benar baik adalah dua perkara yang berbeza.”

    saye suka quotation ini. nampak gah, tp saye pun takot kalo saye hanye jatuh ciri pertame, ooh takot!

    saye rindu awak dan cerite2 awak yang tak penah kering gusi juge ideas yang bernas dan wow!🙂

    dan saye tade kredit, make saye gunekan ym (kadang2), fb (agak selalu) utk kontek, tp awak tade😦, so ni alamat umah saye utk menghadiri kenduri nnt, eh? hehehe

    3042, jalan melati, gong pauh, 24000, chukai,kemaman. trg🙂

  2. Salam keSURIAan!

    Kak Su jangan risau. Saya kenal kak su. Kak Su memang cantik luar dan dalam.:)

    Tak pernah kering gusi? Gayanya macam saya ni penglipurlara pula ya.

    Beradong sapa sini Kak Su bagi alamat rumah. Lain kali hantar email je takpe. InshaAllah, buka. Asal mintak alamat je, terus ingat kenduri. Padan ah kalu gitu. Memang Kak Su ni wajib kahwin doh ni. Saya dok terfikir pun ke arah tu. Bayang pun dok napok lagi.

    1. hahahah, biar r, nop suke gop :p

      p.s. na, saye rindu awak!

      1. nop suke ke mende kak su? hairan saya.:p

        saya rindu kak su jugop!!!!!!!!!!

  3. saya paling suke quotation yg terkahir pasal cinta hahaha. which is very true! jgn skopkan maksud cinta😉 miss u heaps ena. jupe kejap jer td kat giant.

  4. Ya, CINTA itu indah tapi sayang, berapa ramai yang sanggup mencemar kesucian cinta. Padahal skop cinta itu juga luas (Eh berfalsafah pula.) Mintak maaf tak sempat bual lama baru ni. Takut gelap mata nak drive. Miss u too my dear!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: