Teori itu dan ini

Salam.

Tugasan di sekolah semakin bertambah. Di kala begini, rasa mahu ngomong banyak-banyak. Macam sudah jadi satu tabiat.

Kami di sini pernah di‘hidang’ dengan pelbagai macam teori. Sudah tentunya, teori-teori pembelajaran. Pernah satu ketika terfikir, ‘Mana satu yang berguna ni untuk kelas?’. Dalam banyak kejadian, teori-teori ini banyak membantu untuk tujuan penganalisian. Ada juga yang tidak seiring langsung dengan sudut praktikalnya. Mungkin betul barangkali. Cakap mudah, buat susah deh.

TEORI SATU

Setelah berada lebih dua bulan di sekolah, teori “behaviorism” Pak Cik Skinner terbukti sangat berguna untuk kelas saya. Pak Cik Skinner mencadangkan bahawa penggunaan ganjaran seperti hadiah atau pujian sangat berguna untuk tujuan pengajaran dalam kelas. Dulu, saya mengira faktor umur juga memainkan peranan penting untuk keberkesanan teori ini. Coklat dan sticker warna-warni mungkin sudah lumayan bagi budak-budak yang berusia 14 tahun. Anak murid saya yang seorang ini sangat pandai. Tapi sedikit malas. Bila dipuji sedikit, dicampur dengan sedikit personal talk, terus jadi konsisten hantar kerja sekolah. Aneh juga kuasa pujian ini! Tapi terbukti juga yang “behaviorism theory” ini sangat berkesan untuk orang dewasa. Siapa tak suka ganjaran angkat tangan? Walaupun sekecil-kecil penghargaan, manusia memang sukakan penghargaan. Manusia itu suka sekali dihargai. Saya berpesan pada anak-anak itu biar jadi ikhlas.

What matters most is you do something with a sincere heart. Please remember that KINDNESS does not only come in material form, but in so-so-so many forms. And of course, peace at heart is one of them.

Entah mereka faham ke tidak.

Tapi yang lagi penting,

Cukup ikhlaskah diri yang menulis ini sebenarnya dalam sekian banyak benda?

Sungguh, ikhlas itu menuntut pengertian yang sangaattttttttt B-E-S-A-R.

TEORI DUA

Anak-anak itu masih sedang membesar. Tambah pula di zaman remaja sebegitu. Mereka perlukan perhatian. Remaja memang begitu. Pak Cik Elkind pernah memperkenalkan istilah “Imaginary audience” khas untuk para remaja. Istilah ini digunakan bagi menggambarkan perasaan yang dialami remaja di mana mereka berasakan bahawa setiap orang di sekeliling mereka memerhatikan segala pergerakan mereka. Dan kesannya, mereka mahu selalu kelihatan sempurna dari segi penampilan.

Kalau zaman sekolah dulu-dulu, budak-budak perempuan suka sangat bertandang ke tandas, mahu membetulkan tudung. Mungkin mahu kelihatan menawan agaknya. Di sini pula, kebanyakan pelajar-pelajar perempuan suka membawa sikat rambut bersama setiap masa. Kalau mahu ke tandas, mesti bawa sikat. Walau cuba sorok macammana sekalipun, cikgu tetap boleh nampak. Itu kisah budak perempuan. Kalau budak lelaki, mungkin lain pula gayanya.  

TEORI TIGA

Teori Pak Cik Bandura pula menekankan kepentingan pengaruh sekeliling dan komunikasi ke atas pembelajaran budak-budak. Teori ini dinamakan sebagai “Social Learning theory”. Budak-budak mudah sekali meniru atau mengambil apa yang dimodelkan kepada mereka dan kemudiannya menterjemahkannya sebagai satu tabiat. Sebab itu, penting sekali untuk seseorang itu membesar dalam persekitaran yang baik. Mempunyai keluarga yang baik, guru yang baik dan kawan yang baik. Ini sememangnya bukan mudah. Ada yang dilahirkan kurang bernasib baik. Seperti kata seorang pensyarah di VUW dulu ketika menceritakan pengalamannya sendiri,

I had no choice on the family that I was destined to be born into, but I still can choose what type of family that I would like to have in the future. It’s about own self, who can actually make a difference.

Kembali kepada topik. Anak-anak itu sering kali memerhatikan setiap gerak-geri cikgu. Kata-kata cikgu juga mahu diajuknya. Rasa geli hati juga bila salah seorang daripada mereka berkata kepada temannya sendiri,

Don’t you remember what teacher said last time? BLUFFING is sinful.

Setiap kali pun, itu sahaja yang mahu diulanginya. Betul juga kata orang. Mulut yang menyampaikan itu sebenarnya lebih dekat dengan telinganya sendiri.

*   *   *   *  *  *   *

Berada di sekolah juga mengingatkan saya kepada zaman-zaman sekolah dulu. Memudahkan saya untuk lebih faham akan sesetengah perlakuan aneh anak-anak itu.

Ini masa zaman saya sekolah dulu.

 

Besarnya anak panah Cikgu Rohana. Angka giliran pun takde. Kan dah kena. 

Ini masa Darjah 4. Betul ke wireless dieja sebegitu dalam bahasa Melayu?

Sesi penilaian masih berbaki dua lagi. InshaAllah esok dan Rabu. Mohon doa agar baik-baik sahaja. Terima kaseh:)

Sekian.

* How terrible wisdom is when it brings no profit to the wise.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s