Zendagi migzara

Salam alaik!

Di mana-mana sahaja di sini, saya melihat kelibat mereka yang sebangsa dengan Rahim Khan. Dengar cerita, kerajaan Australia telah menaja mereka untuk belajar Bahasa Inggeris di sini. Tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bilangan mereka mungkin tidak ramai tetapi sudah cukup mencuri perhatian kami. Lantas mereka mengingatkan saya pada Rahim Khan. Juga pada kata-kata beliau dalam ‘The Kite Runner’.

Zendagi migzara.

 

Walau apa pun yang terjadi.

[1] 

Dalam beberapa hari lagi, laptop ini akan mencecah usia 4 tahun 2 bulan. Satu tempoh yang agak lama buat saya. Laptop inilah peneman di kala susah dan senang. Walaupun sudah agak berusia, laptop yang sudah masuk tiga tahun tidak dilindungi oleh mana-mana agen anti-virus ini, tidak pernah mengecewakan saya dalam menyiapkan esei-esei saya yang mencecah ribu-riban perkataan dahulu. Semoga laptop ini terus ‘panjang umur’ dan bisa menjadi peneman setia buat saya. Saya juga berdoa moga-moga segala kesalahan atau khilaf yang saya lakukan bersama laptop ini tidak kira pada masa lepas, sekarang dan akan datang, diampunkan oleh Allah SWT yang Maha Baik itu. Jam di laptop ini juga masih belum ditukar kepada waktu Malaysia. Meskipun sudah lebih lapan bulan meninggalkan Bumi Wellington.

Wahai Diana,

Zendagi migzara.

[2]

Tahun ini juga sudah masuk tahun keempat saya berblogging. Pertama kali berblogging pada Julai 2006. Blog yang pertama itu sudah hilang entah ke mana. Saya membaca semula entri-entri lama di sini. Kadang-kadang rasa mahu ketawa. Rasa juga mahu menangis. Semuanya kenangan yang menjadi sebahagian dari diri. Seiring dengan masa, wujud sedikit perubahan pada gaya penulisan. Mungkin begitu saya kira. Dari segi kemodenan atau kecanggihan, saya rasa saya ini amatlah terkebelakang. Salah satu buktinya, latar blog ini sudah tidak ditukar selama setahun. Pastinya bosan sekali melihat latar blog ini yang kelabu kusam dan  dihiasi dengan sedikit hijau usang. Apapun, ia amat bermakna sekali buat saya. Harapan saya, moga-moga entri yang lepas, sekarang dan mendatang membawa kebaikan buat siapa saja pengunjung meskipun sekelumit cuma.

Zendagi migzara.

[3]

Sudah 6 minggu tidak pulang ke kampung. Rasa tidak sabar mahu pulang dengan segera. Saya bersyukur dikurniakan rasa sebegini. Rasa di mana rumah di kampung itulah tempat yang paling ‘best’! Ayuh kita bersama-sama panjatkan kesyukuran pada Allah yang Maha Pengasih itu jika kalian juga dikurniakan rasa sebegini. Ia adalah satu nikmat. Berada di kampung sangatlah seronok. Ditambah pula sekarang ini musim durian. Kebetulan, kami menyewa kereta awal minggu lepas. Dapatlah juga kami membawa balik sedikit durian ke sini. Terima kaseh adik-beradekku sekalian kerana sudi bersama-sama berkongsi pengalaman manis itu. Terima kaseh korang semua! Walau apa pun yang terjadi,

Zendagi migzara.

[4]

Sudah bertahun-tahun saya tidak mengambil air berkarbonat atau lebih dikenali sebagai ‘air gas’ di kalangan orang kampung saya. Sebut sahaja ‘air gas’, saya sendiri sudah lupa bagaimana rasanya. Kawan saya cakap ini budaya sihat. Tetapi beliau kurang bersetuju dengan tabiat saya yang gemar makan coklat. Kata beliau, makan coklat seperti makan nasi amatlah tidak baik. Ini juga satu masalah. Saya perlu buat sesuatu. Perlu kurang makan coklat. Memang perlu mujahadah yang amat-amat. Doakan saya wahai kawan-kawan. Sungguh hidup ini tidak mudah.

Zendagi migzara. Walau apa pun yang terjadi.

[5]

Esok sudah masuk minggu keenam untuk praktikum saya. Alhamdulillah, banyak benda yang boleh saya belajar daripada mereka. Hatta anak murid saya sendiri. Mereka buat saya jadi lebih celik tentang erti hidup sebenar. Terima kaseh Ya Allah kerana pilih daku jadi guru!

 Nota ini buat saya tersenyum:)

 

Oh, sangat comel kan?

 

Walau apa pun cabaran yang mendatang, hidup mesti diteruskan!

Zendagi migzara!

[6]

Beberapa hari lagi, Ramadhan akan bertandang tiba. Dengan itu, saya ingin tinggalkan satu ceramah di sini buat tatapan bersama. Meskipun ceramah ini sudah agak lama, tapi isinya sentiasa relevan sepanjang masa. Mungkin ini yang kita perlukan sebagai persiapan untuk Ramadhan. Juga disertakan bersama terjemahan Bahasa Melayu. Moga-moga bermanfaat buat semua.

Saya juga mohon maaf kepada sesiapa yang telah menerima makluman sebelum ini berkaitan dengan kedatangan Maulana Imran Hosein ke Malaysia 26 Disember ini. Maulana telah membatalkan program tersebut memandangkan beliau didatangi komitmen yang lain. Mohon maaf sekali lagi. Sesiapa yang masih berminat untuk bertemu dengan Maulana (dan juga mempunyai duit lebih), inshaAllah Maulana akan menganjurkan satu program di Afrika Selatan pada Mac tahun hadapan. Untuk butiran lanjut, boleh rujuk sini.

Saya juga ingin memohon maaf atas segala salah silap atau keterlanjuran saya di sini. Mohon maaf yang amat. Moga-moga Ramadhan kali ini membawa makna dan rahmat yang besar buat semua. Lebih-lebih lagi pengunjung di ~A.K.S.A.R.A ini. Ameen Ya Robb! Ayuh bersama-sama kita tingkatkan amalan, gandakan pahala! Ini juga peringatan buat saya sendiri:)

Jika aku mengajak mereka berbuat sesuatu, maka AKUlah yang pertama yang melakukannya (Tariq bin Ziad)

 

Sekian.

* Bukan Abdur Ramadhan tetapi ABDULLAH…

4 responses

  1. Zendagi migzara Diana! Hidup mesti diteruskan! walaupon kite sudah jatuh tersenbam!

    Ena thanks for always be there for me. Ena byok doh ajor saye, menjadi contoh yg terbaik, tanpe ena sedari. Thanks dear.

    Banyok memori doh sepanjang idup ni. kte teruskan hidup berbekalkan kekuatan yg Allah berikan, Alhamdulillah..

    btw, bile nok sewe kete agi? haha

  2. Yeah, zendagi migzara! Hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi.:)

    Astaghfirullah, I do not think I deserve any those plaudits, my dear. Kamu juga telah ajari saya banyak benda. Sangaaatttttt banyakkkk sekali! Untung sekali boleh kenal insan bernama Tania ni. thanks heaps, sweetie for every single thing you’ve done for me:):):)

    Sudi ke lagi nak naik kete sama? hehe

  3. Salam, Diana.

    Zendagi migzara, ketetapan dan perancangan Allah tetap juga yang terbaik untuk kita semua. Jadi sentiasa berusaha untuk menjadi perbaiki mana yang kurang dan kekalkan mana yang dah elok, zendagi migzara, kerana itu adalah jalan orang yang benar-benar beriman [3:139]. :’)

    Dan AKSARA stands untuk apa ya? Pernah dulu terfikir nak tanya tapi tak pernah terkeluar-keluar pula soalan tu. Ahaha.

  4. Waalaikumussalam hafiz,

    InshaAllah, zendagi migzara. Masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Moga Ramadhan kali ini dapat dijadikan peluang untuk pentarbiyahan dan pengislahan itu. Ameen.

    Yang ni ramai jugak yang tanya. Kalau tak silap, maksud AKSARA tu abjad atau huruf. Oh ya, buku ‘The Kite Runner’ tu best. Sampai sebak baca. Memang banyak pengajaran sangat. Sampai terfikir ‘Ada ke orang sebaik Hassan atas muka Bumi ni?’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: