Tashakkur-

Salam.

Ini adalah entri saya yang ke-222. Waduh, suka deh nombor ini.

Malam ini juga malam Isra’ Mikraj. Saya sangat percaya sekali, doa mudah termakbul sekali malam ini. Boleh doakan saya sekali? Boleh kan?

Saya sudah memulakan pengajaran di minggu pertama ini. Masih berbaki beberapa belas minggu lagi. Alhamdulillah, saya rasa selesa berada di sekolah. Alhamdulillah, cikgu-cikgu di situ juga banyak membantu. Terima kaseh semua. Saya telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas Tingkatan Dua. Satu daripada kelas tersebut tiada pelajar Melayu langsung. Rata-rata mereka juga fasih berbahasa Inggeris. Macam sudah jadi makanan ruji mereka udah. Selain daripada comel, mereka juga agak aktif. Sama ada dari perlakuan. Juga percakapan.

Sebelum masuk mengajar, bermacam pesanan, amanat, nasihat dan segala macam petua perlu diingat. Pak Cik Crabbe pernah cakap,

 Teaching is experiential. What works best for you today might not work well in the future.

 

Benar sekali wahai Pak Cik Crabbe! Ada juga pesanan lain yang buat saya rasa geli hati. “Jangan banyak senyum ok. Ingat tu”. Pesan seorang teman saya. Bila mana senyum dilabel sebagai satu kesalahan. Aneh sekali. Setelah masuk ke kelas, saya semakin percaya MENGAJAR itu bukan mudah. Sungguh mencabar. Perlu perancangan yang amat teliti. Kami di sini belajar cara untuk mengajar. Dua hari lepas, saya mula sedar perancangan yang cantik atas kertas tidak semestinya mudah untuk dilaksanakan.

Pada hari saya perlu mengajar, hujan mula turun. Wah saya memang suka hujan! Bau hujan wangi. Rahmat Tuhan melimpah. Waktu yang sangat sesuai untuk berdoa. What a perfect timing! Saya melangkah ke kelas penuh semangat. Moga selalu bersemangat begini. Selamanya. Ameen. Kelas dimulakan dengan set induksi. Ikut pada apa yang kami belajar, set induksi bertujuan untuk menarik perhatian pelajar supaya mereka jadi lebih fokus pada apa yang akan diajar. Untuk kelas tersebut, saya mengajar topik “Health”. Masuk-masuk sahaja terus mengajar. Tiada sesi berkenalan langsung. Untuk set induksi, saya buat teka-teki.

 Okay class. I have something nice in this paper bag. The person, who can make a guess of what is inside this bag, will have it as a present.

 

Tujuan buat teka-teki, mahu mereka praktis buat soalan untuk bertanyakan clues. Semuanya berebut mahu bertanyakan clues dan ada juga yang mahu meneka terus. Dah nama pun hadiah. Semua jadi semangat. Dalam hati mula terdetik, inilah masa terbaik untuk memperkenalkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada dalam kelas saya. Ini penting sekali. Saya mahu mereka angkat tangan kalau mahu menjawab. Baru kelas nampak terkawal. Saya sudah siap tulis peraturan atas flash card. Baru sahaja tangan nak gapai flash card, saya terdengar jeritan.

I know! It’s an apple!

 

 

Terkejut sekali saya! Rasa mahu pengsan. Hanya beberapa saat sahaja membelakangi mereka, pantas sekali mereka merampas beg kertas itu. Mahu lihat apa yang ada di dalamnya. Paling tak tahan yang mengambil beg itu adalah pelajar yang berada di tempat duduk belakang. Momentum apa yang mereka pakai? Jadi laju begitu. Saya cuba menahan marah. Saya berlagak tenang. Set induksi sudah gagal. Natijahnya, tiada siapa yang dapat epal. Sudah cukup adil saya kira. That’s the price they have to pay. Kejam benar bunyinya.

Apapun, saya cukup bersyukur memandangkan kelas hari itu berjalan dengan baik. Tiada apa-apa masalah melainkan set induksi itu. Tapi sungguh Allah itu Maha BAIIIKKKKKKKKK sekali! Dalam perjalanan pulang, saya mula perasan akan sesuatu. Epal yang ingin dijadikan hadiah itu rupanya berlubang di bahagian bawah. Macammana boleh tidak perasan? Saya bersyukur sungguh dengan keajaiban Allah yang ini. Terima kaseh Ya Allah! Allah itu Maha Baik kan kawan-kawan?:):):)

Saya mengajar untuk sesi petang. Sepanjang saya bersekolah dahulu, saya tidak pernah belajar di sesi petang. Baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Rupanya, mengajar di sesi petang ada kelebihannya juga. Boleh siapkan lesson plan dan material sebelum ke sekolah. Banyak benda rupanya cikgu perlu fikir. Bercakap tentang jadi cikgu, kebetulan pula, seorang rakan sekolah saya ketika saya belajar di Dungun dahulu mengajar di sekolah yang sama dengan saya. It’s quite surprising when I saw him around the school, carrying the textbooks. Siapa sangka.

Masih berbaki berbelas minggu lagi. Semoga saya dan teman-teman yang lain sentiasa diberi kekuatan untuk berada di jalan yang kami pilih ini. Sailing through the journey WITHOUT sinking. Hopefully. Hati saya juga tersentuh apabila seorang daripada teman saya memilih untuk terus mengajar sebuah kelas yang bermasalah (baik dari segi akademik dan juga sahsiah) meskipun diberi peluang untuk bertukar kelas. Kata beliau,

Aku lebih melihat praktikum ini sebagai satu peluang untuk tolong budak-budak tu. Bukannya penilaian dan juga gred untuk aku. Aku tidak kisah dengan semua tu.

 

Moga kebaikan itu tercatat dalam kitab amalanmu. Ameen.

Ayuh cikgu-cikgu semua! Aja aja fighting!

*Hanya hati-hati yang mengingati Yang Satu akan bisa bersatu….

5 responses

  1. Ah, memang benar, mengajar itu sangat manis mula-mula, harap-harap akan berterusan sehingga ke liang lahad!

    InsyaAllah, kalau niatnya kerana Dia, hanya kerana memburu redha-Nya, apa-apa pun, enteng belaka…:D

  2. Itulah akak, saya rasa saya hanya bernasib baik. alhamdulillah, saya takde banyak masalah kat sekolah setakat ni. kawan saya ada yang sampai nangis balik rumah sebab tak tahan dengan budak.

    akak doakan saya kuat ye kak bila diuji sebegitu. mungkin giliran saya pula lain kali. Harap gagah perkasa di kala itu..:D

  3. kakena..big apple!!hehe…kakena jadi teacher yg baek ek =)

  4. kakena,..big apple..moga jdi teacher yg baek..luv u!!!=)

  5. Dear iiizzahkamal:)

    Ameen! Doa buat kakena banyak2 deh. hihi. Big apple? Yummy! Luv you too sweetie!=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: