~A.K.S.A.R.A

Salam.

Rasa ingin bercerita. Hasilnya, entri ini jadi rojak.

Al-kisah pertama

Sekarang ini musim cuti sekolah. Ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung. Sama juga dengan anak cucu jiran rumah saya. Dua tiga hari ini saya melihat kelibat kereta mewah keluar masuk kampung saya. Saya tersenyum sendiri. Saya percaya Allah itu Maha Pengasih sekali. Jiran saya pernah bercerita betapa susah sekali membesarkan anak-anak selepas kematian suami. Ketika itu, anak bongsu baru berusia empat bulan. Anak yang empat bulan itu kini sudah jadi pensyarah. Juga sudah punya keluarga sendiri. Anak yang lain pula berjaya sebagai doktor gigi, jurutera dan kakitangan kerajaan. AJAIB sungguh kuasa Tuhan itu!

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94:6)

Saya bertambah percaya, yang baik itu selalunya MENANG jua akhirnya.

*  *  *  *  *  *  *

Al-kisah kedua

Sangat menakjubkan sekali kebijakan bangsa Yahudi ini! Saya terjumpa ini dalam “The blood of Abraham: Inside the Middle East” oleh Jimmy Carter, bekas Presiden AS. Betapa bangsa Yahudi ini bijak dan mempunyai penguasaan teknologi yang canggih. Bagaimana mereka mampu menghasilkan tanaman epal yang subur di tanah yang bergurun itu? Tidak lupa juga pada kejayaan mereka mendapatkan hasil susu daripada haiwan ternakan seperti lembu sebanyak tiga kali sehari. Jarang dibuat oleh orang! Mengikut pembacaan saya (ini pun daripada buku itu), proses milking ini hanya biasanya berlaku dua kali sehari. AJAIB!


Tiba-tiba, teringat pula pada penulisan Ustaz Hasrizal dalam Solusi isu ke-18 (kalau tak silap saya). Lebih kurang begini bunyinya. Pencapaian yang baik dalam sesuatu bidang belum tentu menjamin kelulusan kita dalam subjek AKHLAK 101. Bisa deh nampak kaitannya di sini?

Rasa agak terkilan kerana tidak membeli banyak buku yang bagus dulu. Banyak buku yang dicari sekarang tiada di pasaran Malaysia. Kalau ada pun, harganya mahu tidaknya mencecah $100. Oh tidak!

*  *  *  *  *  *  *

Al-kisah ketiga

Saya sedang mencari dokumentari yang bertajuk “The fundamental question”. Masih belum ketemu. Saya pernah menontonnya semasa belajar “Political Islam” dulu. Teringin menonton sekali lagi. Apa yang menarik tentang dokumentari ini:

  • Rakaman video Anwar Sadat, bekas Presiden Mesir dibunuh
  • Pergolakan politik di Turki
  • Tuntutan emansipasi wanita di Algeria
  • Revolusi Iran

Masih ingat pada alasan yang diberikan dalam dokumentari itu oleh seorang wanita Mesir atas pilihannya untuk tidak memakai hijab. Katanya, “Kalau saya pakai hijab, lepastu saya buat dosa, dosa saya jadi berganda. Nanti boleh mencalar imej wanita berhijab. Jika begitu, lebih baik saya tidak memakainya” Bagaimana deh boleh fikir sebegitu?

Menurut pensyarah saya dahulu, dokumentari ini adalah hak milik sebuah universiti di Chicago. Kelihatannya agak susah nak cari semula dokumentari ni. Kalau boleh jumpa balik, memang AJAIB!

*  *  *  *  *  *  *

Al-kisah keempat

Pernah suatu ketika ditanya. Ada tiga orang sahaja pelajar Muslim dalam kelas “Political Islam” ketika itu. Itu sudah termasuk saya.

“Can anyone here define the word da’wah?”

Pensyarah itu mengajukan soalan sambil mengelip-ngelipkan matanya ke arah kami, pelajar Muslim. Hanya mereka yang pernah belajar dengan pensyarah ini sahaja yang boleh membayangkan ekspresi muka beliau ketika itu. Beliau kaya ekpresi. Saya ambil itu sebagai isyarat wajib jawab. Teman sekelas mula memandang. Mengikut fahaman saya, kata mudah bagi dakwah itu ialah “a call”. Entah macammana lain pula yang saya jawab hari itu.

Da’wah is equivalent to the word outreach in English”

Beliau menepuk tangan persis saya ini baru sahaja menang Piala Dunia.

“Yes, the best word ever to describe!”

Sungguh, saya amat berterima kaseh sekali dengan Sheikh Hamza Yusuf. Daripada beliau, saya belajar perkataan ini. Jujurnya, sampai sekarang saya masih kurang arif dengan penggunaan outreach itu. Apapun, saya lagi berterima kaseh kepadaNya. AJAIB sekali dengan kuasanya yang memegang hati manusia dan lisan manusia!

*  *  *  *  *  *  *

Al-kisah kelima

Saya amat tersentuh dengan kata-kata seorang teman saya.

“Kadang-kadang, Allah mentakdirkan kita untuk berbuat dosa agar kita jadi lebih baik daripada semalam”

Oh indah sekali cinta Allah! Kadang-kadang, Allah itu menyedarkan hambaNya dengan dosa yang dilakukan mereka. Buat mereka makin sedar yang Allah mahu mereka makin dekat denganNya. AJAIB sekali!

Buat para-para hati yang mahu berubah, jadi lagi baik, moga Allah permudahkan bagimu. Ameen Ya Robb!

Amantu billah!

Sekian.

* Sudah masuk Rejab ^-^

5 responses

  1. Ah, anda ini, memang ajaib…:)

  2. Sungguh AJAIB entri ini~ :’)

  3. *kak nur

    mana ajaibnya? huhu. terima kaseh akak, saya belajar perkataan AJAIB ini dari akak.:D

    *hafiz Chouji

    mungkin boleh tukar tajuk entri jadi AJAIB pule.:D

  4. salam keajaiban nurdi😉
    hihih,
    ena, thanks for sharing wonderful story,
    really reminds me to the good old days with anna🙂
    n lastly, i hope i’d be strong as u (“,

    1. Salam keSURIAan!😀
      it’s really such a great blessing to get to know Anna. and my perception has never changed from the day I met her, she’s astonishingly BRILLIANT!
      oh dear, i hope i can be as strong as the way u see me.
      sometimes, what u see is not necessarily what u get.
      frankly speaking, u are much stronger than me:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: