Cinta tak bersyarat

Salam.

Entri ini banyak mengimbau kenangan lalu.


Berikut merupakan perbualan saya dengan Mi masa kecik-kecik dulu. Masa ni tak masuk Darjah Satu lagi.

a) Perbualan pertama

Mi: Diana sayang Mi tak?

Saya: Sayang!

Mi: Sayang sikit ke banyak?

Saya: Banyak!

Mi: Banyak mana?

Saya: Banyak ni. (sambil menunjukkan kesemua sepuluh jari tangan)

Mi: Laa, banyak tu je ke?

Saya: Oklah, banyak ni. (tambah sepuluh lagi jari kaki)

Mi: Wah banyaknya!

Lalu tersenyum kegembiraan…

b) Perbualan kedua

Saya: Bila dah besar nanti, kak ena nak bagi Mi banyak duit.

Mi: Gembiranya Mi! Kayalah Mi nanti.

Saya: Kak ena nak bagi Mi duit yang banyak sangat. $50. Lepas tu, mi mesti kaya.

Mi: Wah banyaknya! Boleh beli macam-macamla mi nanti.

Kulihat beliau tersenyum lebar. Hatiku berbunga.

Bagi sesetengah orang, $50 itu apalah sangat.


Masih belum terlambat rasanya.

Selamat Hari Ibu, Mi.

*   *   *   *   *   *   *

Abah ada banyak cerita. Dan saya memang suka dengar cerita abah. Sebab saya boleh belajar banyak benda. Pernah dulu abah cerita pengalaman abah belajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh di Klang. Ikut kata abah, atuk saya di Kampung Merbau Patah tidak pernah tahu di mana lokasi sekolah tersebut. Sampaila sekarang tak tahu. Orang dulu jarang-jarang ada kereta. Nak melawat anak yang belajar jauh bukannya senang sebab tiada pengangkutan. Berbeza sungguh dengan orang zaman sekarang yang rata-ratanya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk sebuah keluarga. Malah kadang-kadang lebih dari itu. Seperti orang kampung saya cakap, “Jualan kereta sekarang laris macam jualan goreng pisang Lan Banana kat Kampung Wakaf Beruas”.

Sudah tersasar jauh. Kembali semula kepada cerita. Abah selalu fikir yang abah bukannya orang yang sudah sedia pintar. Sebab itu abah selalu usaha lebih. Selalu kerja lebih. Abah sedar tanggungjawabnya selaku anak lelaki sulung. Pernah satu ketika, abah belajar lebih had. Tidur pukul 2 pagi. Bangun pukul 4 pagi. Hanya dua jam tidur.  Setelah beberapa malam abah begitu, abah pengsan di muka pintu tandas. Sebaik sedar, ramai kawan heboh bercerita. Abah pun tak berapa ingat masa itu. Yang abah tahu, abah perlu rajin belajar. Aduh, saya malu dengan abah! Saya selalu cemburu dengan tabiat abah yang ini. Kenapa tidak diwarisi sifat ini? Belajar pun acuh tak acuh sahaja. Doakan saya wahai kawan-kawan agar saya lekas “dewasa”.

Abah cakap anak-anak sekarang senang. Kadang-kadang terlebih senang. Dulu, kami adik-beradik pernah bertanya kenapa rumah tak dipasang Astro. Abah dengan machonya berkata, “Tak apa tak ada Astro, yang penting ada internet”. Sekarang saya mula faham kenapa. Kita masuk cerita lain. Dulu, abah bercita-cita nak jadi Tok Kadi. Kenapa? Entah, saya pun tak tahu. Lepas habis belajar, abah susah nak dapat kerja. Bermacam jawatan yang dipohon. Abah diuji. Termenung jauh abah ketika itu. Setahun abah menganggur. Lepas itu, abah dapat tawaran temuduga di Kuala Lumpur. Di sini bermula perjalanan kerjaya abah. Betul juga cakap orang. Biar lambat asal selamat. Walaupun tak jadi Tok Kadi, abah gembira dengan apa yang abah ada sekarang. Seperti kata abah, “Abah sangat gembira dengan kerja abah. Itu abah tak nafi. Beribu rahmat Allah bagi”. Moga Allah SWT merahmati segala usaha abah. Ameen.

Saya rindu satu momen masa kecil. Bila kejut bangun Subuh, terdengar sayup suara abah, “Diana Kamal, bangun sembahyang Subuh”. Siap sebut nama sendiri. Dan sungguh, saya terasa sangat disayangi.

Abah…

Selamat Hari Lahir.

“…Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil” (17:24)

8 responses

  1. huhu..cerita yg mnarik!!!hehe..kami anak2 kamal..proudly..hahaha..yg xleh blaa,bandingkan dgn lan banana..hek3..cayang family!!!muaahhh

  2. chanteqsangat ;) | Reply

    🙂

    “tak perlu estro tu, dakyah …. seme tuh” kate ayahku pule. lalu sentap semua/..hahah

  3. *izzah kamal

    Wah cik izzah komen di sini! macam tak percaya.:D
    luv u too, dear. syukur yang amat untuk segala!

    *chanteqsangat;)

    huhu. mantap alasan yang diberi! mungkin ini yang disebut Dr Chandran sebagai “kurikulum ibu bapa untuk anak-anak”:)

  4. huhu..wellllll…bese..hee~

  5. Salam, Dyana.

    Suka entri ni, Mengingatkan saya pada kasih sayang tak bersyarat dari kedua ibu bapa, terutamanya arwah mak saya. :’)

  6. *izzah kamal

    well well well! bestnya kalau balik kampung. hee~

    *hafiz Chouji

    Waalaikumussalam hafiz,

    Tak mungkin ada insan lain sepanjang hidup kita yang sayang kita macam mak ayah kita sayang kat kita. Cinta yang tak bersyarat kan? Al-Fatihah jua untuk arwah bonda Hafiz. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Ameen.

  7. me too! very indeed love dis entry! kalu igat mse dulu, byk dh kte blajar tnpe kte sedari. ena, ak rse kte sume dh matang skit compared mase kecik haha.

    ayah ak kalu cite zaman dulu2, mesti ade rase sedih dan sebak. jd die jarang cite.once ayah ak dh bercerita, sume insaf dan menangis!

    Alhamdulillah, hidup kte senang skit compared zaman mak ayah kte. harapnyer kte dpt balas jase mereka sehingga ke titisan teraknhir mereka. kadang2 kte lupe akan jase mereka esp bile kte berkeluarga. nauzubillah…

    Ena, again, suke sgt2 entry ni. thank u so much 4 sharing my dear :)))

    1. Ha’ah. Betul2. Setuju! Dah banyak benda rupanya kita belajar. Bila teringat balik dari mula kita berkawan zaman foundation dulu, dah banyak dah perubahan yang kita lalui. Makin matang dah sket. Eheh.

      Ayah aku seorang yang pendiam. Dia tak banyak bercerita dengan orang lain. Tapi kalau dengan kitorang adik-beradik, ayah aku ada banyak menda nak kongsi. Aku suka sangat sebab banyak benda boleh belajar.

      Kalau ikutkan memang beza ah zaman mak ayah kita dengan zaman kita sekarang. Ayah aku dulu sekolah asrama, bukan main susah nak dapat duit $10 dari kampung. Kena tulis surat dulu, tunggu tokki balas surat, lepastu kena tukar wang pos dekat pejabat pos pulak. Bukan main susah. Tapi aku rasa tiap-tiap zaman pun ada cabarannya tersendiri.

      Orang sekarang bukan setakat tunggu berkeluarga baru nak lupa mak ayah, even yang baru bercinta pun dah ketepikan mak ayah. Nauzubillah! Aku berharap kitorang adik-beradik boleh jadi anak yang terbaik buat mak ayah kat kampung. Ameen Ya Robb!

      Terima kaseh juga Nisah sweetie. For everything:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: