Integritas-

Salam.

Baru sahaja pulang dari Seminar Integriti Warga Pendidik 2010. Seminar ini mengingatkan saya pada sebuah filem yang pernah saya tonton semasa berada pada zaman foundation dulu. Filem yang diberi tajuk “The Emperor’s Club”. Bagi saya, filem sebegini perlu diperbanyakkan lagi sebab filem sebegini sarat dengan nilai dan pengajaran yang boleh diambil iktibarnya bersama.

Part 1

Part 2

Kepada yang belum pernah menonton, saya berminat nak kongsi sedikit sinopsis filem ini. Filem ini mengisahkan perjalanan hidup seorang guru yang berdedikasi, William Hundert, yang mengajar di St. Benedict’s School for Boys. Encik William ini suka mengingatkan pelajarnya tentang kepentingan nilai, prinsip dan moral dalam hidup manusia. Cerita dikembangkan lagi dengan pengenalan watak seorang anak ahli politik, Sedgewick Bell yang baru mendaftar di sekolah tersebut. Setelah membuat banyak masalah di sekolah, Sedgewick berjanji untuk berubah dan diberi peluang untuk menyertai pertandingan Mr. Julius Caesar, satu acara berprestij di sekolah tersebut. Sedgewick diberi peluang oleh Encik William untuk menyertai pertandingan ini sedangkan dia tidak layak pada mulanya. Here is where the integrity comes in (see part 1).

Padahal rakan sekelas Sedgewick, Martin Blythe lebih layak untuk menyertai pertandingan tersebut. Gagal tersenarai sebagai peserta akhir pertandingan memberi tekanan kepada Martin Blythe yang dibayangi oleh gelaran Mr Julius Caesar yang pernah disandang oleh ayahnya suatu ketika dulu. Namun Sedgewick, pelajar yang bermasalah itu telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Encik William dengan menipu  semasa pertandingan tersebut. Setelah bertahun-tahun Sedgewick meninggalkan sekolah, dia masih tidak berubah. Dia tidak pernah percaya pada kepentingan nilai dan prinsip. Tambah menggerunkan, dia sanggup melakukan apa sahaja dalam melayan keghairahannya berpolitik.

Kesimpulan?

Terpulang pada masing-masing untuk menilainya.

Sekian.

* Perlu wujud TRET bukannya STAT wahai Diana!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s