Bedah buku

Salam.

Esok, 23 April adalah Hari Buku Sedunia. Tetapi entri kali ini ditulis bukannya bersempena dengan sambutan tersebut. Ini lebih bersifat kepada perkongsian. Juga, moga boleh dijadikan rujukan peribadi lagi pada masa hadapan. Berikut merupakan sedikit ringkasan tentang buku-buku yang pernah saya baca dan berminat untuk dikongsi bersama.

Buku ini merupakan buku yang terakhir yang saya pinjam daripada perpustakaan Victoria University of Wellington (VUW). Alhamdulillah, kenangan terbaik yang saya tak akan lupa. Buku ini berkisarkan kisah hidup dan perjuangan seorang insan bernama Malcolm X atau nama Islamnya Malik El-Shebbaz. Pengarang buku ini yang juga Afro-American memilih pendekatan mengulas buku-buku yang pernah ditulis tentang Malcolm X seperti The Death and Life of Malcolm X (oleh Peter Goldman) dan beberapa buku yang lain. Ulasan-ulasan ini kemudiannya dijadikan perbincangan utama dalam buku. As the title itself suggests, Making Malcolm: The Myth and Meaning of Malcolm X.

Buku ini juga mencatatkan perubahan seorang samseng jalanan kepada seorang tokoh yang disegani. Sungguh Allah Maha Kuasa boleh mengubah hati manusia sekelip mata! Buku ini mengisahkan bagaimana beliau dipenjarakan, di mana ini menjadi titik permulaan kepada perubahan beliau dan kemudiannya beliau menyertai jemaah Nation of Islam (NOI) yang berada di bawah pimpinan Elijah Muhammad. Namun kepincangan yang wujud dalam NOI menyebabkan beliau memilih untuk keluar. Selepas itu, Malcolm X yang bergerak solo menubuhkan Muslim Mosque dan Organization of Afro- American Unity (OAAU). Malcolm X yang juga dikenali dengan tag line “By any means necessary” akhirnya dibunuh oleh ahli Nation of Islam sendiri. Namun, pada pendapat saya, pembacaan buku ini mungkin lebih menarik sekiranya ditulis dari perspektif seorang Muslim. Teringin juga tahu lebih lanjut tentang kisah Allahyarham menunaikan ibadah haji di Mekah.

Ini pula merupakan buku pertama yang saya beli sebaik sahaja tiba di Malaysia, di Books and Magazines KLIA.  Buku ini merupakan garapan seorang penulis muda yang terkenal dengan blognya, Langit Ilahi. Mungkin dah ada yang serasi dengan penulisan beliau. Saya juga memilih untuk membeli buku ini setelah disarankan oleh seorang kenalan di New Zealand. Buku motivasi ini antaranya mengisahkan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka Bumi ini, peranan dan matlamat sebenar hidup kita, pembersihan hati, 10 sifat peribadi mukmin (10 muwassafat tarbiyah), kepentingan solat dan penghayatannya, ukhwah islamiyyah, seerah dan kisah para sahabat dan juga ketinggian Islam sebagai rahmatan lil a’lamin. Isi kandungan buku ini mungkin familiar bagi mereka yang menyertai tarbiyah. Buku ini juga menarik untuk dibaca sebagai sumber motivasi di kala terasa down sepertimana penulisnya ada menyebut “Tuhan tidak pernah lupakan kita”.  Tuhan tidak pernah lupakan kita. Owh iya, saya juga ada tiga biji buku yang serupa. Ada sesiapa yang nak satu?

Buku ini pula merupakan buku yang kedua saya baca selepas Langit Ilahi. Buku ini ditemui hasil daripada usaha menggeledah rak buku di rumah kat kampung, (kepunyaan adik saya). Secara jujurnya, saya asyik nak tergelak bila baca buku ini. I know it’s not supposed to be funny. Tapi lakaran kartun kreatif oleh Rose-Man menjadikan buku ini bahan bacaan yang menarik dan sangat santai. Tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini juga boleh dijadikan bahan bacaan wajib bagi remaja-remaja Islam sekarang dalam memahami konsep cinta yang sebenar memandangkan terlalu banyak kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini. Seperti rakan saya ada menyebut, “Kalaulah manusia itu sedar dan takut bahawa bermula dengan sekecil-kecil zina itulah yang membawa kepada permasalahan begini”. Mohon berlindung dengan Allah! Nauzubillah. Buku ini juga menekankan CINTA KELAS PERTAMA iaitu cinta kepada Allah dan juga menyediakan peraturan bercinta menurut Islam. Kesimpulannya, buku ini sangat sesuai bagi mereka yang belum bercinta, sedang bercinta dan juga untuk mereka yang frust bercinta.

Teringat pula pada kata-kata Jalaluddin Al-Rumi,

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.

Saya sedang membaca buku ini sekarang, Palestin tak pernah gentar. Half more to go. Kedua-dua penulis adalah anak kelahiran Terengganu (wah, nak juga bagitahu yang ini). Buku nipis ini padat dengan maklumat dan pengetahuan baru. Dan yang paling penting, ada banyak gambar. Sangat membantu untuk insan seperti saya yang visual learner ini. Di permulaan buku ini, penulis ada menghuraikan secara ringkas 12 jenayah yahudi yang ada tercatat dalam Al-Quran. Ada juga disebut tentang konsep pemerintahan Zionisme dan struktur gerakan Freemason. Semua yang berlaku dalam sejarah seolah-olah sudah dirancang. Namun begitu, ia juga berlaku dengan izin Allah. Sekadar mengambil beberapa contoh, pengisytiharan Deklarasi Balfour 1917, Holoucast di Eropah dan penghijrahan Yahudi beramai-ramai ke Bumi Kan’an, Palestin. Dalam buku ini juga ada menyebut keganasan ajaran Kitab Talmud yang boleh menjadi penjelasan kepada kekejaman dan kezaliman bangsa Yahudi di atas muka Bumi ini. Pada pengakhiran buku pula ada disediakan 12 langkah praktikal untuk terlibat dalam jihad Palestin. Langkah pertamanya ialah “Memantapkan diri dengan Islam” seperti disarankan oleh Majma’ al-Fiqh al-Islami pada 1422H.

Teringat pada kata-kata Sheikh Hamza Yusuf,

The power of Islam is in the power of personal transformation. The personal transformation leads to social transformation.

Sekian.

*Saya amat membutuhkan sekali doa itu. Kerana ia selalu termakbul buat saya.


5 thoughts on “Bedah buku

  1. *sara

    hehe, menarik ya? bagus-bagus! nanti kita buat delivery. huhu *smiling broadly*

    *tania

    eh takdokla banyok gitu me boh. banyok boh lagi baca buku. huhu. berminat dengan “tentang cinta”? bereh, bole pinjam sayang. ang mesti suka.

  2. Waalaikumussalam kak nur,

    ah rindu juga sama akak!:D

    Terima kaseh akak sebab inform pasal link terbaru. Dan terima kaseh jugak sebab sudi share pasal buku. inshaAllah nanti saya cuba cari. ada juga yang recommend buku Khaled Hoseini. saya rasa mesti akak suka kan buku-buku macam buku Khaled Hoseini:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s