K.E.A.J.A.I.B.A.N

Salam.

Ada dua highlights untuk hari ini.

Pertamanya, K.E.A.J.A.I.B.A.N besar terjadi! Gembira hati yang amat! Buat saya makin yakin dengan keAJAIBan! Alhamdulillah! Saya yakin ramai antara kami, Cohort 4, gembira hati menikmati keAJAIBan hari ini! Yuk kita berterima kaseh beramai-ramai! Terima kaseh Ya Allah!

Keduanya, saya selalu menangguh kerja. Buktinya seperti sekarang. Menerawang di sini. Padahal masih berbaki ribu-riban. Saya kira ini adalah penyakit yang sangat memerlukan preskripsi segera. Aduh mana bisa dicari penawarnya? Paling tak tahan, saya menerima tembakan bertalu-talu daripada pensyarah saya pagi tadi. Rasa macam rebah, lepas tu bangun balik. Rebah balik. Bangun balik. Beliau berkata,

I prefer process-based rather than product-based. Not like some of you. They didn’t even hand in their drafts.

Beliau melontarkan kata-kata ini sambil merenung tajam ke arah saya. Aduh! Memang kena!

Apapun, keAJAIBan hari ni yang lebih seronok. Selalu keAJAIBan itu datang tika tidak disangka-sangka. Dan keAJAIBAN Tuhan selalu mengingatkan saya pada Bumi New Zealand. Satu tempat yang palingggggggg AJAIB pernah saya temui sepanjang hayat saya. Rindu Bumi Kiwi yang amat!

Sangat rindu pada B5. Tempat kerjaku sehari-hari. Terima kaseh kepada Kak Ku kerana menyediakan accommodation yang best sebegini.

Waterfront. Tempatku meluahkan perasaan. Tenang sekali bila singgah sini. Satu bentuk escapism yang sangat berkesan bagi saya. Terima kaseh Ya Allah!

Rindu pada kesegaran dan kebersihan Bumi New Zealand. Memang sangat menakjubkan! Patutlah warga tua di sana cergas-cergas belaka.

Ini Newtown Primary School. Gambar ini diambil ketika musim luruh tahun lepas. Masa ini saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan mahu singgah sebentar di kedai Halal Butcher Pak Cik Yaakob. Oh rindu yang amat!

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya saya pada Masjid Kilbirnie! Saya rindu kelas Hari Ahad, saya rindu kepetahan Sister Rehanna, saya rindu kelas Tafseer Sister Rudayna, saya rindu solat Terawih di situ, saya rindu sambutan raya, saya rindu berkumpul dengan masyarakat di sana! Oh rindu semuanya!

Saya juga rindu untuk ke Newlands lagi bertemu dengan Sister Nanette sekeluarga. Rindu pada masakan mereka. Juga rindu pada perhimpunan hujung minggu kumpulan konspirasi kami. Seperti kata Sister Nanette.:)

Ini adalah Arty Bees Books. Antara tempat yang paling cool di sini. Lagi cool dari Borders. Terletak di Courtenay Place. Menjual dan membeli buku terpakai. Boleh dapat buku dengan kondisi yang masih elok pada harga yang murah di sini.

Bumi New Zealand juga mengajar saya erti sebuah persahabatan. Terima kaseh Ya Allah kerana menemukan daku dengan INSAN-INSAN baik ini! Terima kaseh juga kepada adek-beradekku! Betapa bertuah dapat kenal korang:)

Bergambar dekat dengan Lake Taupo. Tapi tak cukup sorang.

Aidilfitri 1430. Tak cukup sorang juga. Tukar turn ambil gambar. Huhu.

Bergambar di Lindale Farm, Kapiti. Poket Cik Suria penuh makanan itik.🙂

Antara moments yang saya enjoy! Membina Kassim Selamat!

Tempat ini sangat cantik. Tapi saya lupa namanya. Di mana ya?

Gambar ini adalah kenangan hari terakhir berada di perpustakaan VUW yang bertingkat-tingkat itu. Tapi tiada gambar yang proper. Yang pasti saya sangat merindui tempat ini. Dulu, saya pernah bercita-cita untuk menjadi librarian di sini. Alhamdulillah, permintaan saya dikabulkan Allah. Saya mendapat tawaran itu. Tapi aturan Allah itu lagi cantik. Saya tak sangka saya memilih untuk terus kekal di Ascott Motor Lodge sebagai housekeeper. Sebab jiwa saya lebih dekat di situ.

Ubah akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-18 pada 7 Mei ini. Dan saya tak bohong. Saya kini rindu pada Ubah.

* Ya Allah, kuatkanlah semangatku dan kawan-kawanku di sini…Ameen Ya Robb!


3 thoughts on “K.E.A.J.A.I.B.A.N

  1. ena, epearl! i miss nz too, i miss everything about NZ!! i miss every single thing and moment i had had there. and i couldnt believe when u finally admit, kakku menyediakan accommodation yg best :p

  2. i MISS NEW ZEALAND so much! very much! indeed! ia merupakan satu keajaiban. penuh peristiwa dan memori yg bukan senang utk diceritakan. hanya orang yg berada disekeliling, mengetahuinya. hehehe😀

  3. *suria jay

    uriyya! i thought u never miss nz, seems like u r damn happy to be in msia while enjoying the sunshine over here. hehe. (just want to provoke u.) oh suria, how can u forget about wut u’ve just said? i was only quoting from u, “kak ku has provided us the best accommodation ever”. well-said cik suria!:P

    *tania

    i miss nz too! so so much! i wish i could visit nz again sometime in the future. praying hard for da miracles to happen! ameen. yup2 setuju, hanya orang yang berada di sekeliling mengetahuinya. hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s