Buat para pendidik

Salam kebaikan buat semua.

Moga-moga barakah itu sentiasa mengiringi kalian walau di mana jua kalian berada. Ameen Ya Robb!

Entri ini lebih bersifat ‘keCIKGUan’ tetapi inshaAllah sama-sama kita ambil manfaat daripadanya.

* * * * * * *

Kata beliau,

Cintailah ilmu kerana ilmu itu sendiri.

Nescaya, kamu akan berbahagia dengan begitu.

Ditambah lagi dengan satu cerita.

Pernah rasa tidak yakin dengan profesion perguruan yang anda pilih? Pernah rasa letih atau terfikir untuk berhenti takat itu? Pernah rasa begitu? Beliau ada berkongsi satu cerita yang menarik. Moga-moga cerita beliau ini dapat menjadi satu inspirasi buat kita. Lebih-lebih lagi buat diri yang menulis ini.

Si X bilang dia sudah penat mengajar agama. Rasa tidak dihargai juga adalah puncanya.

Lalu si Y berpesan,

Jangan begitu sahabat. Teruskan sahaja dengan apa yang telah kamu berbuat.

Meskipun masyarakat sudah tidak menghormati kamu dengan apa yang kamu buat,

Kamu masih punya keluarga yang sentiasa menghormati kamu.

Jika keluarga kamu juga tiada hormat atas apa yang kamu buat,

Kamu masih punya diri kamu yang sentiasa menghormati diri sendiri.

Jika diri kamu sendiri sukar berbuat sebegitu,

Percayalah bahawa,

Allah itu Maha Mengetahui,

Apa yang kamu buat itu adalah kebaikan yang nggak bisa putus sampai bila-bila.

* Beliau adalah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, pensyarah di UIAM.

Di sini segalanya bermula!


Wallahu a’lam.

* Berbuat baik terhadap orang lain= Berbuat baik kepada diri sendiri

4 thoughts on “Buat para pendidik

  1. ramai anggap keje cikgu senang. tapi susah..nak ngajar kene menarik, bahan kene bagus, tetiap hari kene prepare bende berbeza untuk esokan hari. bila ngajar pulak kene hadapi respon dari puluhan orang, kene ajar untuk suit puluhan kepala…susah wooo..huhu…..
    TAPI,
    “Apa yang kamu buat itu adalah kebaikan yang nggak bisa putus sampai bila-bila.”šŸ˜€

    • betul-betul sara. jadi cikgu kena banyak berfikir. nak kene jaga pelajar lagi, nak kena jaga amanah mak ayah lagi, nak kena kuatkan diri sendiri lagi. satu ja harapan, moga sentiasa kuat je bila jadi cikgu esok-esok.

      teringat pada kata-kata ustaz rahmat dalam cerita Sang murobbi,

      “Guru itu justeru hartanya banyak, ngasi ilmu aja kerjaannya”

      * Nak kasi ilmu, diri sendiri kena mantap dulu dok?:)

  2. benar itu sara. jangan dipiker kerjaya guru itu mudah,
    guru itu tugasnye pembentuk insan.
    bentuk manusia mungkin mudah,
    tapi tidak insan.

    tima kaseh cikgu.
    smoge kite seme kuat!šŸ™‚

    • Aristotle cakap,

      “Pendidikan adalah satu proses meMANUSIAkan manusia”

      Dunia sekarang pun dah kacau bilau sebab ada manusia yang kurang MANUSIA.

      Moga sama-sama kuat cikgu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s