Kek gula hangus

Salam buat semua.

 

Di kala ketensionan begini, sindrom penyakit datang lagi. Rasa seperti ingin bercerita panjaaaaaaaaaaaanngggg sekali. Semua ini gara-gara ketensionan akibat assignment.

 

Al-kisahnya…

Semasa berada di bumi Wellington dulu, ada banyak benda yang boleh buat di kala ketensionan begini. Antaranya BUAT KUIH, BUAT KUIH dan BUAT KUIH (Amat mustahil sekali nak buat kuih di sini). Apabila ketensionan datang bertandang, momentum membuat kuih juga mula bertambah. Terasa rajin untuk bakar biskut walaupun musim raya lambat lagi atau baru sahaja lepas raya. Idea untuk resipi kuih juga datang mencurah-curah walapun saya sepatutnya memikirkan idea bagaimana untuk menyiapkan assignment yang mencecah ribu-riban perkataan itu. Gara-gara terlalu suka buat kuih, saya juga pernah ditegur oleh tuan rumah saya, Kak Ku (semestinya bukan nama sebenar).

 

Kata Kak Ku,

Now I know what real entertainment means for you.

 

Ya, saya sedar. Saya ditegur gara-gara perbuatan saya mencabut plug TV di dapur semata-mata untuk menggunakan hand mixer. Kak Ku juga merungut tentang bil dapur yang semakin meningkat. Glurp! Tidak cukup dengan itu, kebanyakan warga IPBArian di Wellington juga gemar membakar cheesecake. Boleh dikatakan ramai di antara kami suka BUAT dan suka MAKAN kek yang boleh dikatakan menelan kos perbelanjaan yang agak tinggi itu. Salah siapa semua ini? Mungkin boleh salahkan Cik Suria. Dengar cerita, Cik Surialah pelopor kepada pembuat cheesecake di sana. Ehehe.

 

Pernah juga saya seperti tidak sedarkan diri. Balik dari tempat kerja sahaja, terus buat bakso. Sepatutnya mentelaah pelajaran tetapi sepanjang petang buat bakso. Memang aneh sekali. Buat bakso terlalu banyak sampai rasa gembira seorang diri. Oh sangat suka hati! Boleh rujuk resipi bakso di sini kalau berminat.

 

Rasanya macam dah bercerita terlalu panjang sangat dah ni. Niat sebenar nak update resipi kek gula hangus di sini. Kek gula hangus ini adalah kegemaran saya dan juga Cah. Siapa Cah ni? Huhu. Kek ini simple dan juga sedap untuk santapan keluarga.

 

Inilah rupa kek gula hangus. Tapi saya guna gambar dari blog orang. Resipinya juga agak lain daripada resipi yang saya guna. Boleh je nak guna mana-mana resipi.

 

Kek gula hangus

Bahan-bahan:

1 mangkuk gula pasir

1 mangkuk air

1 mangkuk tepung

5 biji telur saiz A

2 sudu teh soda bikarbonat

2 sudu besar marjerin

1 tin kecil susu pekat manis

* Guna mangkuk yang bersaiz kecil sahaja. Sebesar cawan minum biasa itu pun tak apa juga.

Cara-cara membuatnya:

1. Masak gula dalam kuali sampai hangus. Padamkan api. Tuangkan air perlahan-lahan ke dalam kuali dan sejukkan. (Hati-hati sebab ia boleh meletup)

2. Dalam bekas lain, pukul marjerin dan telur sehingga kembang.

3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit.

4. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan juga susu pekat manis.

5. Bakar dalam acuan yang disapukan dengan marjerin. (Sila guna api bawah sahaja, padam api atas oven itu)

Selamat mencuba !

* * * * * * *

 

Teman saya bilang,

 

Ada sesetengah orang suka tahan marah. Sampai satu tahap, bila dia dah marah sangat, mengalir air mata dia.

 

Rasa macam terkena kat batang hidung ni.