Isikan tajuk-

Salam.

Saya mula mengenali nama Azizi Ali semasa saya di Tingkatan 5. Itupun melalui cikgu Bahasa Inggeris saya. Cikgu saya berpendapat bahawa dengan membaca artikel-artikel yang ditulis oleh Azizi Ali, pelajar-pelajar tingkatan 5 Al-Farabi ketika itu dapat meningkatkan lagi pengunaan Bahasa Inggeris mereka. Wah saya kagum betul dengan cikgu saya ini! Artikel-artikel Azizi Ali yang menghiasi ruang kolumnis sebuah majalah kewangan peribadi inilah yang menjadi salah satu bahan pengajaran dalam kelas Bahasa Inggeris kami dulu. Saya tidak pasti dengan pelajar lain tapi saya berpendapat artikel-artikel tersebut banyak membantu saya untuk belajar Bahasa Inggeris. Selain menggunakan bahasa yang simple dan mudah difahami, kami juga boleh belajar sedikit “wisdom” dari beliau. Dua dalam satula ni kiranya. Huhu.

Lahirnya seorang Jutawan


Sumber

Di sini, saya berminat untuk berkongsi sedikit petikan dari buku beliau Lahirnya Seorang Jutawan. Di dalam buku tersebut, beliau ada memberikan cadangan tentang bagaimana untuk menjadi pekerja yang cemerlang (Walaupun masih belum menempuh alam kerjaya, tak rugi rasanya membaca buku ini). Pada pandangan beliau, menjadi pekerja yang cemerlang adalah salah satu kunci ke arah kewangan yang mantap.

1. Belajarlah mengenai bidang kerjaya anda

Jika anda membaca bahan yang ada kaitan dengan profesion anda untuk selama sejam dalam sehari, anda akan menjadi salah seorang pekerja yang paling berpengetahuan dalam syarikat anda. Secara tak langsung, anda telah meningkatkan ‘harga pasaran’ anda.

* Makanya Diana, silalah rajin-rajinkan diri untuk mentelaah segala subjek CS 400, ES 401, ES 402, ES 421, dan ED 431.

2. Menjadi lebih produktif

Jika hasil kerja yang biasa dibuat ialah 20 produk sehari, cubalah untuk menghasilkan 25 pula. Jika anda biasa melakukan sesuatu kerja dalam masa tiga jam, cubalah untuk menyiapkannya dalam masa sejam pula. Anda mungkin terpaksa mendapatkan peralatan baru untuk bekerja dengan lebih baik dan lebih pantas. Ini selaras dengan tujuan kehidupan untuk sentiasa memajukan diri, bukannya terlalu mudah berpuas hati dan mengikuti cara kerja yang sudah usang.

* Gane gok nok jadi produktif?

3. Teruskan usaha menimba ilmu di dada

Adalah penting untuk anda meneruskan pendidikan anda. Ini mungkin bererti membaca buku, melanggan jurnal perdagangan, mendengar pita rakaman pendidikan, menghadiri seminar, dan mungkin juga balik semula ke sekolah untuk memperoleh sijil atau ijazah lanjutan. Apabila anda melakukan ini, anda sebenarnya melabur untuk diri anda sendiri.

4. Perluaskan kemahiran anda

Dalam pasaran pekerjaan sekarang, anda perlu terus memperluaskan kemahiran untuk memastikan anda sentiasa mempunyai pekerjaan. Dengan berkembangnya bidang teknologi terkini, kebanyakan jawatan sekarang TIDAK AKAN WUJUD lagi dalam masa 10 tahun akan datang dan sudah tentunya 20 tahun berikutnya. Jika anda hanya tahu satu perkara atau tahu satu kemahiran sahaja, masa anda sedang berdetik. Pada zaman ini, mempunyai satu kemahiran sahaja adalah mudarat untuk diri dan kebahagiaan hidup.

* Ada kemungkinankah sekolah tidak memerlukan cikgu lagi di masa hadapan? Bila mana teknologi mengambil alih segalanya?

5. Memajukan diri anda

Anda perlu sentiasa mengembangkan kebolehan anda supaya anda menjadi insan yang lebih baik. Antara lainnya, ia bermakna mengekalkan tahap kesihatan diri, menghapuskan tabiat buruk dan memperoleh tabiat baru yang baik.

Ingat, tujuannya di sini bukan untuk menjadi seseorang yang sempurna, tetapi untuk memajukan diri. Apa yang anda harus lakukan adalah untuk menjadi lebih baik.

6. Rangkaian

Mulalah memperluaskan rangkaian kawan-kawan, rakan-rakan kerja dan kenalan-kenalan baru. Hakikatnya adalah anda tidak boleh menyangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Tambahan, adalah dipercayai bahawa sehingga 80% jawatan kosong tidak diiklankan. Ini bermakna sebahagian jawatan kosong dan jawatan yang terbaik tidak diketahui umum. Jika anda hanya bergantung pada iklan, anda mungkin ketinggalan sesuatu yang besar. Jika anda hanya terperenyuk di dunia kecil anda, anda akan terus kekal di situ selama-lamanya.

Artikel dan penulisan

Saya masih ingat akan satu artikel Azizi Ali yang pernah saya baca semasa di Tingkatan 5 dulu. Beliau ada menyebut tentang sikap orang kita yang terlalu mementingkan gaya yang kadang-kadang melebihi kemampuan sebenar. Beliau sendiri yang merupakan seorang jutawan tidak akan menggunakan mana-mana barang berjenama yang beliau sendiri tak tahu nak pronounce macammana. Dengan kata lain, beliau bukannya seorang yang brand-conscious. Gunting rambut pun kat kedai yang cikai-cikai sahaja.

Beliau juga ada menegur tentang sikap kebanyakan orang yang terlalu gemar menukar kereta. Beliau berpendapat tabiat menukar kereta tidak patut dijadikan satu kebiasaan memandangkan kereta adalah aset yang mudah susut nilai. Selain itu, beliau lebih menekankan kepada pemilikan hartanah dan juga pelaburan saham yang mana lebih kukuh nilainya. Ok saya berhenti setakat ni saja dulu. Sebab itu saja yang saya ingat.:)

Sekian.

* Seorang kawan mencadangkan buku Wang, anda dan Islam oleh Ustaz Zaharuddin.

One response

  1. Apa yang lebih indah
    dari harumnya mawar berembun
    yang tumbuh di tepi danau,
    ketika dinginnya pagi beranjak dengan sopan
    saat semburat tipis mentari mengintip di cakrawala?

    Waktu purnama semalam permisi untuk pergi,
    meninggalkan senyum tipisnya yang cantik dalam hatimu?

    Yaitu saat engkau tahu
    di balik semua keindahan pagi itu,
    ada bahagia dari seorang sahabat
    yang sedang tersenyum mengingatmu.

    Ia antarkan harimu itu dengan lantunan doa indah
    yang menghubungkan engkau, dia,
    dan Tuhanmu,
    dalam satu tali cahaya yang menyala.

    Kemudian ia biarkan doa itu terbang berarak dengan riang ke langit.

    Maka purnama, embun, mawar, danau, dingin, dan semburat mentari
    saat itu berbicara bersama:

    Hari ini engkau akan tersenyum,
    sebagaimana Tuhan tersenyum pada engkau dan dia, saat itu.

    Herry Mardian, 7 Mei 2006,
    http://suluk.blogsome.com/2006/05/07/doa-untuk-sahabat/#more-98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: