Pesona di jiwa

Assalamualaikum.
Entah ini kali keberapa entah saya memberitahu perkara yang sama. Barangkali sudah ketrijilion kalinya. Mungkin barangkali.

 

KEAJAIBAN. Bukan sekadar lexis biasa. Ya, saya suka akan keajaiban! TerSANGAAAAATTlah suka! Magis bukan? Bukan kuasa saya dan bukan juga kuasa kalian. Hanya milikNya semata! Terima kaseh Ya Allah! Hanya buat diri ini jadi makin malu. Waduh! Harapan saya, moga-moga KEAJAIBAN itu bertebaran ke seluruh alam. Agar bisa kita kongsi bersama. Ameen Ya Robb.

 

Sekarang kita masuk kisah lain…

 

KISAH PERTAMA

Semalam merupakan kelas terakhir Sister Rehanna buat saya dan adek-beradek. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk hadir kelas terakhir Sister Rehanna. Saya tak pernah bercerita tentang kelas Sister Rehanna di blog ini sebelum ini. Satu pengalaman yang tak akan pernah saya lupa sepanjang saya berada di Bumi Wellington. Saya pernah buat sedikit catatan nota kelas Sister Rehanna di sini dan di sini. Dan kali ini, saya berminat nak kongsi sedikit catatan dari kelas terakhir kami dalam blog ini. Moga bermanfaat buat semua. (mintak maaf sebab agak cincai)

 

1. Sister Rehanna ada berbicara tentang hati. Betapa hati itu sentiasa perlu diisi dengan zikrullah. Hanya dengan mengingati Allah, hati manusia itu hidup. Dan hanya hati yang hidup bisa mengHIDUPkan hati yang mati. Aiwah! Betapa hati itu perlu positif seiring dengan pemikiran kita. Ini apa yang Sister Rehanna cakap,

 

If the positivism goes away, the negativism will take place in your heart

 

Teringat juga pada yang ini,

“The Day whereon neither wealth nor sons will avail, but only he (will prosper) that brings to Allah a sound heart ” (26:88-89)

 

2. Makna kecantikan sebenar. Bukan terletak pada kecantikan fizikal. Usah gusar kalau kamu tidak cantik di mata manusia. Ikut kata Sister Rehanna, cantik pada pandangan Allah itu yang perlu diutamakan. Wahai sisters sekalian, apa definisi cantik sebenar bagi kalian?:)

 

Yang indah itu agama, akhlak dan budi…

 

3. Sister Rehana juga mengagumi bangsa Melayu kita. Pernah belajar beberapa tahun dahulu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mempunyai kelulusan dalam bidang perundangan, beliau bilang orang Melayu kita sinonim sekali dengan adab dan tatatertib. Jadinya, ayuh tunggu apa lagi? Yuk pertahankan adab dan tatatertib kita!

 

4. Masih ingat pada janji kita padaNya Ya Khaliq tika masih di alam roh? Takut sekali saya ingin berhadapan denganNya kelak. Bila fikirkan balik, entah apa sumbangan saya pada agama.

 

Siapa Tuhan kamu?

 

Kata Sister Rehanna,

“Jangan pernah lupa janjimu pada Tuhanmu tika di alam roh.”

 

Dalam diam, daku mengagumimu wahai Sister Rehanna. Ececeh…


KISAH KEDUA

Semalam juga, saya dan adek kedua bongsu saya makan-makan angin di Oriental Bay. Beberapa keajaiban terjadi pada saya dan beliau. Adekku ini kepingin sekali kayuh basikal. Tapi kami tidak cukup fulus. Lalu saya berkata pada si Pak Cik.

 

“Saya tak tahu saya ini cukup duit ke tak. Saya cuba dulu ya”


Aigo! D.E.C.L.I.N.E.D.

 

“Kalau saya gabung cash dengan EFTPOS boleh kan? Tapi tak pasti masih cukup ke tak”


Saya tersenyum kelat. Tapi masih tidak mampu menyembunyikan keexcitedan saya. Itu kelemahan saya. Hanya mengharapkan keajaiban semata-mata tika itu. Saya amat berharap agar permintaan adek saya mahu naik basikal itu dimakbulkan. Terima kaseh Ya Allah!

 

Adekku pemandu basikal beca berhemah.


Perbualan dua beradek.

Saya: Aku sangat suka laut. Sangat suka pantai. Sangat-sangat suka.

Si adek : Iya. Aku tahu.

Saya : Tak kira. Nak ulang juga. Aku sangat suka laut. Sangat suka laut. Sangat suka laut….

Si adek : Takde maknanya kalau tak pandai berenang.
Perlu ke?*wink*


Ini gambar A.J.A.I.B kami


Si adek : Assalamualaikum makhluk di bawah. Kamu bahagia nggak di bawah sana ?

Saya: Wah comel je soalan tu!

Si adek: Haruslah. Makhluk atas Bumi hanya pandai melakukan kerosakan. Kesian pada Bumi yang sudah tua.

* * * * *

Si adek: Na, kenapa laut diassociatekan dengan warna biru?

Saya: Entahlah, aku tak nampak pulak warna laut macam warna biru.

 

Soalan terakhir si adek


“Na, mesti Habiburrahman itu kaya kan di Indonesia sana?”

Entah. Kamu rasa?

 

KISAH KETIGA

Malam tadi, berbual dengan adek yang amatku sayang, A.

“Hari ni tak keluar mana-mana ke?”

“Baru je balik dari rumah kebajikan”

“Wah, besar dah adek kak ena yang sorang ni!”

* * * * *

“Kak ena nak apa?”

“Nak apa apa?”

“Nak bagi hadiah ni ke kak ena. Kak ena nak apa?”


Pipi rasa panas. Tahan sebak.

“Kak ena tak mahu apa-apa. Doakan saja moga perjalanan kak ena selamat deh. Boleh jumpa kamu dan peluk kamu”

“Yang itu memanglah. Haha. Tapi nak bagi jugak hadiah kat kak ena. Kak ena nak tak hadiah buku? “Aku terima nikahnya” glamour kat sini sekarang ni.”


Aduih kamu ini. Buat kakakmu ini terharu dan makin mahu pulang!

KISAH KEEMPAT

TANGGUNGJAWAB.


Saya gerun sekali bila mendengar perkataan ini.

 

Diana, I feel as though Allah ta’alah has chosen you to…

 

Bukankah ini sama ertinya dengan menggalas tanggungjawab?

Kuatkanlah aku Ya Tuhanku Yang Maha Baik.

 

KISAH KELIMA

Bila kamu sakit, saya rasa sakit. Kenapa dengan hati ini ya?

Saya tahu ini sangat lame.

 

Fasbir sabran jameela…

“Those who patiently persevere will truly receive a reward without measure!” (Al-Zumar 39:10)

Doaku moga kamu bahagia. Selalu dan selamanya.

 

Maka dengan keajaiban itu juga, jangan pernah putus dari menitipkan doa buat mereka, saudara-saudara kita di sana.

Moga doa-doa itu menjadi pembela bagi kita di hadapan Allah Azza Wa Jalla kelak.

4 thoughts on “Pesona di jiwa

  1. Salam kak ‘long’ ku yg kusayangi selalu..

    wah bermakna sekali entri ini. sangat comel. sangat suka. wah bisa mahu luruh jiwa deh…syahdu sekali. ke gini, mahu ngomong philosophy lagi sama lor..hehe

    satu lagi, nk ucapkan terimas sih kok update yg notes lecture sis rihanna..huhu sedih sekali deh,,.mesti kangan sama dia nannti,,kelas..masjid n semua suasana kat sini..

    Ketika cinta bertasbih..hehe sekali lagi jadi hot topic dkt ruangan ini ya…mahu ngatakan yg haruslah ustaz mujab antara org terkaya di bumi jakarta dlam industri penulisan n perfileman kok..tp papepun tahniah coz filem KCB masih mengekalkan nilai2 islamik yg sebenar setelah di layar perak,..n barisan2 pelakonnya mestilah amat dikagumi oleh kakakku yg ‘sulung’ ini kan?=p

    hehe, k itu saje kakakku.
    muah2 love uuuuuuuuuuuu

    sssshhh: aku doakan yg terbaik utk mu na…moga kamu suatu hari nnati akan mendapat apa yg mu ‘CARI” selama ni..InsyaAllah, ‘ianya’ sudah tersedia utk mu na. keperitan yg diakhiri dgn kebahagiaan lebih manis, n lebih bermakna drp kebahagian yg disusuli dgn penderitaan. Nauzubillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s