Taggie bersama si akak

Pertama kali ditag oleh Kak Nur. Tara!

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

Saya setuju dengan Kak Nur. Soalan ini sangat tricky. Jawapan mungkin boleh jadi sangat cliché. Boleh simpan jawapannya untuk diri sendiri kan Kak Nur? Huhu.

 

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?

Saya sudah lupa apa yang saya beli dengan 20 dollar terakhir saya (duit gaji). Air ombak berperisa coklatkah? Tak mungkin pula habis 20 dollar.

 

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Biarlah rahsia.

 

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?

A.P.E.K.A.H?

 

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?

Memang tak agak-agak ya soalan ini.

 

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?

St John’s. Menunya ialah Veal fillet, bavois, dan beef fillet. Terima kaseh kepada TESOL Admin kerana meraikan kami!

 

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Becoming a person of influence oleh John C. Maxwell.

 

8. Nama penuh anda?

Menurut mi, sebelum saya dilahirkan, ada dua cadangan untuk nama saya.

Kalau saya bayi perempuan, nama yang ingin diberi, NURUL AKMAL.

Kalau saya bayi lelaki, nama yang ingin diberi, MUHAMMAD RAZI.

Tetapi…

 

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?

Mereka bilang saya ini anak yang kaya sekali dengan idea tika dibawa bicara. Ada sahaja yang bisa dingomong. Ye sungguh?

 

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?

Kalau lebih daripada seorang? Teringin untuk berjumpa beberapa orang sebenarnya. Kalau diberi kesempatan, banyak sekali yang ingin saya katakan pada mereka. Sungguh saya bersyukur atas kehadiran mereka dalam hidup ini.

Tapi ada seorang yang benar-benar saya ingin jumpa sekarang. Saya sangat sayang kamu! Ya kamu! Cinta bangat pada kamu! Sampai bila-bila pun kamu masih budak kecil bagiku.

I love you more than I can say, my dear. And let me assure you. Words wouldn’t be enough to describe that love. No matter how much I try.

 

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?

Alhamdulillah, Allah ketemukan saya dengan sahabat-sahabat yang paling baik pernah saya ada. Terima kaseh Ya Allah!

 

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?

Yup, cuci sendiri. Lepas angkat baju dari ampaian baru perasan masih ada kesan sabun dekat baju. Oh tidak!

Hang on. Does the answer make any difference? Hurm, I just wonder if it ever does. haha.


13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?

Doakan agar dapat juga saya ke SANA ya. Mahu yang amat! Siapa mahu ikut, angkat tangan. Yeah !

 

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.

Dear Kak Nur. Dah lebih setahun saya baca blog Kak Nur. Tapi semua tu tak cukup kan untuk menilai Kak Nur? Tapi ini apa yang saya rasa tentang Kak Nur.:)

1. Puitis bangat. Saya suka gaya penulisan Kak Nur!
2. Intelektual dan berpengetahuan luas. Mahu jadi seperti akak juga. Bolehkan?

3. Family-oriented. Suka bila Kak Nur bercerita tentang keluarga Cikgu Marwan.

4. Comel. Hehe.
5. Teguh. Wah susah nak explain yang ni. Doakan moga saya teguh juga ya. Terima kaseh Kak Nur.

 

15. 8 perkara yang saya gilai?

Kegilaan sekarang (sikit-sikit udah):

1. Membeli barang

2. Mengemas barang (jatuh hukum wajib sekarang ini)
3. Marshalling thoughts

4. ——————————–

 

16. Pelukan atau ciuman?

Argh! Sangat rindu untuk peluk mi dan adik-adik. Juga sangat rindu dengan ciuman abah di dahi. Nak balik dengan segera! Sudah parah dah ni!

 

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?

1. Palestin dijajah: Di manakah Solahuddinnya? (Zainur Rashid Zainuddin)

2. Making Malcolm: The Myth and Meaning of Malcolm X (Michael Eric Dyson)

3. Malcolm X For Beginners (Bernard Aquina Doctor)

4. Agenda to Change Our Condition (Hamza Yusuf dan Zaid Shakir)

5. Al-Ghazzali On Marriage

6. Al-Ghazzali On the Treatment of the Harms of the Tongue

7. Al-Ghazzali On Disciplining the Self

8. Al-Ghazzali On Knowing Yourself and God

 

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?

Saya mempunyai satu tabiat yang kurang baik iaitu sangat suka melayan lagu-lagu. Setiap kali buat assignment, mesti berulamkan lagu. Lepas 5 minit menaip, reward diri sendiri dengan mendengar lagu selama 15 minit. Wah sangat-sangat tidak produktif rupanya. Berikut merupakan lagu-lagu yang pernah menjadi peneman ketika ketensionan membuat assignment.

 

ALIN 301– Cerita Hati (Hafiz Hamidun)

EDUC 340– Sejuta Arif (Edcoustic)

RELI 252– Ketika Cinta Bertasbih (Melly ft Amie)

ALIN 302– InshaAllah (Maher Zain)

Sekarang ni layan Pencari JalanMu oleh Afgan (sayu sangat lagu ni)


Eh mintak 8 lagu kan tadi? Eheh.
Sekian dahulu Kak Nur.:)

3 thoughts on “Taggie bersama si akak

  1. Salams,

    Ah, trimas adikku, kerana sudi menjawap tag.

    Hebat nya adik ini! Melalui buku-buku yang dibaca sahaja sudah tahu, kamu ini memang seorang yang hebat. Malu la pulok teman!😀

    Aha, akak ini adik, jauh sekalik intelektual, comel lagik la jauh…ah, kamu yang mana satu ya? Fathen sudah ku kenal rupanya, kamu ini gimana?

    Sudah setahun membaca blog ku yang hampeh ini? Mengapa tidak memberitahu awal2? aduh…..blog ini banyak yang jiwang, ekekkeke, saja2 nak tease pembaca2 budiman ni…hahahaha…

    anyway, blog adik sangat memberi manafaat, alhamdulillah, teruskan menulis dik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s