Aturan Allah itu cantik

Salam.

Minggu depan saya dan teman-teman seangkatan yang ambil subjek yang sama dengan saya akan mula bertarung dengan test dan juga assignment yang panjangnya mencecah ribu-riban perkataan. Minggu yang seterusnya sekali lagi akan melalui benda yang sama. Wah wah terasa SERONOK sekali. Bila rasa seronok begini, seperti biasa, rasa macam hendak bercerita panjang.

Al-kisah…

Dulu, ketika saya di Tingkatan Dua, saya mula mengenali seseorang yang sampai sekarang tak pernah luput dari ingatan saya. Beliau mengajar subjek Sejarah untuk kelas kami. Masa itu, beliau menggantikan cikgu Sejarah kami yang sebelumnya sangat cool dan sangat best. Ramai orang pada mulanya sukar hendak melepaskan cikgu Sejarah yang lama itu. Dan hal ini tanpa disedari sampai ke pengetahuan cikgu Sejarah saya yang baru itu. Saya masih ingat akan kata-kata beliau pada hari pertama beliau mengajar,

Yelah, saya ini tak best macam cikgu A kamu yang dulu itu.

Dalam hati terdetik. Lembut hati orangnya cikgu ini ! Tapi betul seperti kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Saya mula suka akan cikgu Sejarah itu. Memang suka bangat. Saya berani kata yang beliau adalah salah seorang cikgu yang amat memberi kesan dalam hidup saya.

Namanya cantik. Cikgu T.

Orangnya juga cantik seperti namanya. Cantik sangat.

Solehah. Sejuk mata memandang.

Kata-katanya lembut.

Keibuan. Menusuk.

Patutla Ustaz H berkenan


Baru-baru ini, Cikgu T beraya di Kampung Durian Tinggi. Itu merupakan detik pertama bonda saya berkenalan dengan Cikgu T. Sungguh! Bonda saya sangat menyenangi Cikgu T! Tidak menghairankan memandangkan Cikgu T memang baik sekali orangnya. Mereka berbual panjang. Macam sudah kenal lama. Di akhir pertemuan, Cikgu T menyuarakan hasratnya,

Akak, boleh saya peluk akak?

Bonda saya terharu. Sungguh!

Beberapa tahun yang dulu, tak pernah sesekali saya terbayang

Cikgu T dan Ustaz H datang beraya ke rumah saya

Dan Cikgu T mahukan sebuah pelukan dari bonda saya

Sungguh aturan Allah itu cantik ! Segala yang berlaku itu cantik dan indah sekali! Merci beaucoup Ya Allah parce que j’ai la belle vie! Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku mengatur hidupku sendiri walau dengan kadar sekelip mata atau lebih pendek dari itu Ya Allah. Kerna hanya Engkau sahajalah sebaik-baik perencana!

Hujung semester ini saya mengharapkan lagi keajaiban-keajaiban untuk berlaku. Kalau tidak seperti yang dijangkakan, tidak mengapalah. Lapangkan dada. Senyumlah seperti biasa. Dan jangan merungut. Dah banyak sangat dah nikmat yang Allah SWT dah bagi. Syukurlah kamu wahai Diana!

*Bumi sudah semakin tua. Moga Allah memelihara Bumi bersama seluruh isinya! Ameen…

3 thoughts on “Aturan Allah itu cantik

  1. hehe menarik , ringkas, padat, terkesan entri ni…rase cam alam kanak2 balik..

    huhu bilalah nak jd cam cikgu T tu…baik , solehah, alim, pastu jumpa lak ngan org soleh cam ustaz H…

    apalagi..cam biskut cicah air milo, ops! silap !!!! cam pinang dibelah dua la/…

    xpe, Allah kan dan janji pmpuan baik utk lelaki baik dan begitulah sebaliknye…em TAK GITU KAN ENA?? =)=)..wink2*

    jd, saya doakan yg terbaik utk watak2 dlm cerita ni jugak si penulisnye…amin..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s