Entri rojak

Salam.


MUSIM BUNGA

Bumi Wellington cantik. Memang cantik. Tambahan pula ditemani angin yang bertiup kencang. Angin dijangka bakal bertiup lebih kencang Oktober ini. Pesanan penaja: Jangan lupa berdiri dekat dengan tiang lampu isyarat jikalau mahu melintas jalan. Takut-takut tersembam ditiup angin. Tak bohong. Benar ni.

Pokok di depan rumah saya mula berbunga lebat. Sejak tahun lepas lagi berhajat nak ambil gambar “pokok bunga cantik yang tidak diketahui namanya” itu. Tetapi dek kerana menunggu pokoknya berbunga lagi lebat, saya terlepas peluang itu. Saya tak tahu. Rupanya pokok itu cepat sekali berbunga. Dan cepat pula ia luruh. Tahun ni saya tak mahu terlepas peluang itu lagi. Peluang pula bukannya datang berkali-kali.


P8310046Ini bukan pokok depan rumah saya. Tapi spesiesnya sama seperti dengan pokok depan rumah saya. Dengan kata lain, ini pokok depan rumah orang lain.

PERMATA HATI

Sedang saya membelek-belek baju raya yang dikirim oleh bonda dari kampung, saya mula menyedari sesuatu. Seraya itu saya tertawa seorang diri. Berapa kali dah pesan, tapi buat juga.

“Mi ingat tu. Kak ena nak baju warna gelap je tau”

“Iye, jangan risau”

“Satu lagi, mi jangan tokok tambah apa-apa dekat baju kak ena tu. Nanti, kak ena malu pulak nak pakai”

“Iye, jangan risau. Tak tambah apa-apanya”

Aigo ! Udah berapa kali bilang, masih buat juga !🙂


P9140103Hujung lengan baju rayaku bertatahkan manik jahitan si adek kecil.

Adindaku bilang,

“Mi, nak jugak jahit manik kat baju kak ena ni. Tak kira. Kak ena mesti tak kisahnya. Dia mesti suka punya”

Huish kamu! Yakin bangat ya kamu ini? Tapi takpe. Memang suka sangat ! Terima kaseh adek kecilku ! ^-^

Tempoh hari, ayahandaku bilang,

“Na, mi belikan baju yang paling ‘comel’ sekali ke Na.”

Geli hati dengar yang ini. Ya memang comel! Terima kaseh mi abah ! Juga pada kamu-kamu wahai “partners in crime”ku!

KISAH COMEL

Lokasinya Kampung Durian Tinggi. ‘Unik’ bukan main nama kampung!

Hadiahnya adalah oven.

Wah udah besar rupanya adek-adekku! Siap boleh kasi hadiah lagi! Banyak duit ye? Kakakmu ini mahu mintak duit rayala kalau macamni.

Owh iye! Bondaku bilang. Mesin jahitku bakal dapat mejanya sendiri nanti. Wah terharu campur gembira !

Terima kaseh yang amat ! Terima kaseh Ya Wadud kerana menghadirkan mereka semua dalam hidupku ini!

Ya POSITIF ! Memang udah positif sekarang ! Saya dilanda penyakit RINDU !

Terima kaseh yang amat juga kepada adek-beradekku di sini! Kalian sememangnya permata hatiku jua! Oh sila jangan terlalu baik padaku. Takut rasa sakit pula untuk melepaskan korang kelak…

* Sesibuk mana sekalipun kita, mak ayah jangan pernah dilupakan. Kerana mereka sahajalah insan yang tak mungkin pernah lupa akan kita dalam doa mereka.

4 thoughts on “Entri rojak

  1. Kisah benar jatuh tersembam ditiup angin? Wow~ Pengalaman sendiri ke? :’P

    Tapi hati-hati jugak selindung sebalik lampu isyarat tue, takot kena timpa. Angin Welly sangat liar. Ada tiang lampu isyarat yang patah dan terbalik ditiup angin kat Vivian Street.

    Dan owh, manik-manik tue memang chumil! Lagi chumil adek-adek kamu tue. :’D

  2. kepade awak pemilik lengan baju bermate kelip2, saye sayang awak.
    janganla menghalang saye begini, awak terlalu baik🙂

    dari saya yang sayang awak selalu. mmuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s