Stop the RANGE talk please! (Webb, 2009)

Salam buat semua.

Moga para-para hati senantiasa dipenuhi dengan semangat juang. Ameen Ya Robbal Alameen.

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan dah masuk trimester baru. Juga merangkap trimester terakhir saya di sini. Dan syukur yang amat juga memandangkan trimester yang lepas berlalu dengan baik sekali. Dikurniakan nikmat sihat, nikmat ilham dan juga kesempatan masa. Makin bertambah-tambah pula rasa cinta pada keajaibanNya itu!🙂

Untuk trimester baru ni, saya ambil dua paper sahaja, ALIN 302 dan juga RELI 252. Tak banyak tapi workloadnya boleh tahan. Dan saya juga tak nak letak harapan yang tinggi sangat untuk kedua-dua subjek. Susah dowh ! Berdasarkan sejarah yang lepas, hidup saya selalu sahaja lebih ceria dengan kehadiran ALIN di sisi. Oh ALIN! Lebih-lebih lagi ALIN kali ni lebih kurang sama macam belajar EST zaman-zaman sekolah dulu. Too much technical words. Pagi tadi, saya menghantar Tugasan pertama untuk ALIN. Aduh! Ke kelas lewat 5 minit. Terjangkit dengan masalah disiplin barangkali. Ajari saya teman-teman. Macam mana deh bisa jadi teratur dan konsisten? Oh tidak!

POLITICAL ISLAM. Elektif saya untuk trimester baru ni. Tak sama dengan EDUC dan juga Linguistik yang saya biasa ambil sebelum ni. Terasa kerdil sekali bila duduk dalam kelas ni. Banyak sekali yang saya tak tahu dan kena belajar. Tapi kelasnya amat menarik sekali ! Mungkin lebih teruja dan menyeronokkan kalau tiada assignment ribu-riban perkataan dan juga test. Hehe.

Masa tutorial minggu lepas, ada dibincangkan artikel An Islamic Response to Imperialism oleh Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani. (Masih ingatkah pada nama ini?) Satu artikel yang bagus saya kira! Dalam artikel ni juga Al-Afghani ada mengkritik dan mencabar peranan ulama dalam pembangunan ummah. Menarik untuk dikongsi bersama.

A scholar is a true light if he is a scholar. Thus, if a scholar is a scholar he must shed light on the whole word, and if his light does not reach the whole world, at least it should light up his region, his city, his village, or his home. What kind of scholar is it who does not enlighten even his own home?

Dan sekarang ni, beberapa nama seperti Sheikh Muhammad Abduh, Sayyid Ahmad Khan, Muhammad bin Abd Al-Wahhab, Ibn Taimiyya, Rashid Rida dan Muhammad Iqbal mula menjadi high frequency items (pengaruh ALIN) dalam hidup saya. Terutama sekali untuk 15 Oktober yang akan datang.😀

Pendapat teman saya tentang subjek yang saya ambil ni,

You shouldn’t simply accept the things that they offer you. Do you still remember of what Ahmad Thomson said about current schooling and education system? They are part of Dajjal system. Yes, part of DAJJAL system.

Terkedu saya mendengarnya. Terkebil-kebil mata saya memandang salbiah saya yang seorang ini. Seraya itu juga beliau menyambung,

Oh no! You must think that this lady (merujuk dirinya sendiri) must be really obsessed with this kind of things. But believe me, you should go and search for what John Taylor Gatto thinks of our schooling and education system.

Dan ini yang saya dapat.

Walau apapun gelaran yang ingin diberi, saya bakal menjadi sebahagian daripada sistem ini tidak lama lagi. Ya, tak lama lagi.

Dua perkara yang bermain-main dalam fikiran saya sekarang:


  1. Better to be hurt by the truth than comforted with a lie (Khaled Hoseini).
  2. Lambakan maklumat kadang-kadang menakutkan.

Wahai Tuhan kami, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan bimbinglah kami ke arahnya, dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan jauhkanlah kami daripadanya. Ameen.

Wallahua’lam.

* Ramadhan bakal tiba. ^-^

2 responses

  1. salam kemaryaman,
    entry ni memang deep gile r boh.
    bagus gitew. deep thinker🙂

    kelihatannye abang stuart memberi kesan besar dlm hidupmu. moge die tidak merindui aku esok ari, hahaha. harap die tak pasan aku boh😀

    “Lambakan maklumat kadang-kadang menakutkan.”
    aku ingatkan lambakan ni is an imperative, rupenye a noun, oh malu :p

  2. salam kesuriaan,
    deep thinker kot celoh mane pulok?
    boh saloh faham ni.🙂

    beliau menjadi “high frequency item” sekarang ni. hehe. aku rase ye memang akan perasan kot. “If there’s no Suria in this class, there’ll be no HUNGRY student.” (automatically generated). Peace! Haha. Take care boh.

    Nak senang ingat,
    Lambakan= rummage sale (napok dok kaitannya?)😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: