Fikirkan tajuk-

Salam kebaikan.

Berikut merupakan hasil karya seorang teman yang amat saya sayangi. Dan saya telah diamanahkan untuk memikirkan satu tajuk untuknya. Oh saya insan sup tulang, bisakah saya?

I
ada satu daya menarik jarinya.
si kecil bermata sepet tersenyum kelat.
comot tapi kulitnya halus dan jernih.
baju putih berbias coklat.
seluar hitam terjerut di pinggang.

mahumu apa si kecil?
tangannya pegang pipi cengkung itu.
ini wang untuk kamu.
penuhkan perutmu, basahkan tekakmu.

abang.
ibu pergi tadi pagi.
setelah demam yang lama.
tangan ibu dingin.
mata ibu ada air jernih.
ibu sakit ataupun sedih?
ibu takut tinggalkan saya dengan hutang ayah?
ibu ralat tak dapat sempurnakan hidup saya?

ibu itu,
keluar malam pulangnya pagi.
dengan gincu merah,
kulit putih tak berparut,
rambut lurus paras pinggang,
ibulah yang tercantik.
semua orang mengata ibu.
sundal, jalang,
apa itu abang?
orang jahat ya?
ibu tak jahat.
ibu yang terbaik sedunia.
sebelum kerja, ibu siapkan makanan.
walaupun bubur lauknya garam.
itulah yang paling sedap, abang.

abang.
ibu itu suka suruh saya mengintai orang solat di masjid.
belajar gerakan solat.
ajarkan ibu.
kain batik sejadah ibu.
telekungnya baju kurung dan tudung ibu ayah.
ibu buat gerakan solat tanpa bacaan.
quran hadiah perkahwinan daripada ayah ibu renung lama.
ibu selalu cakap yang ayah janji akan ajarkan ibu.
solat, mengaji.
kalaulah saya tahu, pasti saya ajarkan ibu.
usah tunggu ayah.
lihat abang, ibu tidak jahat bukan?
ibulah yang terbaik sedunia.

selalu abang.
ketika ibu bacakan cerita.
lelaki2 besar ketuk pintu kuat sekali.
minta hutang ayah yang lari.
ayah hilang tinggalkan kami.
bila saya menangis takut,
ibu khabarkan yang ayah kerjanya jauh sekali.
ibu maniskan hidup saya dengan salam sayang ayah.
tapi saya tahu ibu tipu.

ibu itu cintanya tulus pada ayah.
diputuskan darah keluarga.
digelar pengkhianat.
semua demi kasih pada ayah.
tapi ibu tak pernah sesalkan apa2.
takdir Allah tertulis cantik kata ibu.
ad-din dan saya anugerah terindah.

abang.
ibu selalu tatap gambar ayah di meja solek.
gambarkan ayah seperti malaikat.
yakinkan saya ayah akan pulang.
ambil kami dan bawa ke sebuah daerah aman.
cerita yang selalu ibu bualkan seperti cerita si pari2.
indah tak tersentuh.
tapi hidup ibu sedih.
hati ibu rawan.
tetap, ibu tersenyum untuk saya.
ibulah terbaik sedunia, abang.

malam tadi.
ibu peluk cium saya.
badan ibu panas sekali.
dada ibu berat berombak.
ibu bisikkan yang saya harus kuat.
belajar solat, mengaji.
jadi baik untuk kejar wangi syurga.
doakan supaya ringan siksa buat ibu.
ibu cium jari saya banyak yang amat.
ibu pohon maaf.
ibu kata ibu bukan ibu yang baik.
ibu susahkan hidup saya.
tapi abang, ibulah terbaik sedunia.

abang.
boleh bawa saya ke masjid?
saya tak pernah masuk ke situ.
ibu kata tempat itu damai.
itukan rumah Allah kan abang?
mesti istimewa.
abang.
boleh ajarkan saya solat?
ibu tak sempat masa hidupnya.
boleh tunjukkan cara berwudhuk?
saya mahu solat.

kemudian pinta sangat banyak pada Allah.
bahagiakan ibu di sana.
ibu bukan orang jahat.
ibulah yang terbaik sedunia.
izinkan ibu cium wangi syurga.
ampunkan semua kesalahan ibu.
ringankan siksa ibu.
kuatkan saya.
jadikan saya hambaNya yang baik.

dia peluk si kecil itu.
adik,
bagaimana abang mahu ajarkan?
sedang abang ini lama lupa pada sejadah.
lama sudah tidak ruku’ dan sujud padaNya.
bertahun abang tidak membaharui syahadah.

abang,
ibu kata Allah maha penyayang.

II
usai salam kedua.
dia peluk tubuh adik yang dulunya kecil.
segala puji bagi Allah.
Tuhan yang memegang takdir hamba2Nya.
pertemuan waktu rembang itu memberi erti.
semoga dosa2nya terampun.
semoga dengan memberi teduh kepada adik ini, dia

diberkati.
semoga ibu ayah punya dia dan adik bahagia.
semoga dia dan adik di bawah perhatianNya.
selalu.

(Nukilan: Nadiah Mohd Huzir)

Sangat cantik. Tersusun dan menusuk. Diri terasa sebak. Sampai tak terfikir tajuk wahai kamu. Sebarang cadangan untuk tajuk amat dialu-alukan. Terima kaseh.

3 responses

  1. maryam…jangan begitu sih. bisa2. kamu juga bisa mikirin tajuknya. tulisan kamu juga cantik seperti tuannya. itu cuma karutan saya. tidak cantik maryam. oh, sahabat2, jika ada cadangan tajuk, silalah.

  2. sungguh indah dan puitis, penuh bunga dan duri yg bisa melenturkan hati yg panas dan keras..😀

    tjuknyer mungkin bole “Darah hitam itu putih”..hehehehe.. cadangan sajer.. kalu x nak, tidak mengapa😀

  3. *nad

    oh kamu!kamu tlah mengingatkan saya sama bakso. sedap juga ya pekena bakso kala sejuk2 begini. yash, bisa kamu masak bakso untuk saya?hihi.siapa sangka kalau-kalau idea itu mencurah-curah selepas makan bakso.oh bakso!

    *rory

    Oh rory!Puitis bangat kamu ini.haha.tak pernah deh kutahu

    Wah wah, terima kaseh utk cadangan tajuk. Aku dah fikir satu. Tapi bila tengok balik, macam kelakar pun ada.😀

    Bakpe udoh sgt smiley dekat wordpress ni ya?

    Sebagai contoh yang ini😛 Ish3x.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: