Barang baik

Salam. Moga segala hajat baik dan hasrat murni para hati diperkenankan oleh Ya Rahman. Ameen.

Berikut merupakan video yang telah direcommend kan oleh teman saya. Menurut beliau, ini adalah barang baik punya🙂

Sedikit ringkasan tentang video ini:

a) membicarakan definisi beberapa istilah seperti

Parliament, Politics, Acts of Parliament, Statutory Instrument, Society and contract, Constitution, Statutes, Person

b) membincangkan perbezaan antara lawful dan legal (tidak dijelaskan dengan terlalu terperinci tetapi inshaAllah boleh faham konsepnya jika tonton sampai habis)

c) menerangkan perbezaan antara Policeman dan Police Officer (sila tonton part 2)

d) memberikan contoh bagi Legalese iaitu language of law society seperti must, summons, dan understand

e) membincangkan konsep Person

f) menjelaskan konsep title seperti Mr. Menurut Mr Harris, “Every title is a fiction. It does not apply to human being”

g) membicarakan Common Law vs Statute Rules/ Policy

h) Is money really valuable?

i) mencadangkan pemansuhan Birth certificate

Saya melihat bahawa usul yang dicadangkan oleh Mr Harris mungkin agak besar implikasinya nanti. Bukan senang tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. Mr Harris juga sempat menyarankan, We have to do it peacefully and the way we do it peacefully is learning the rules of the game. Dan saya juga tersentuh dengan ungkapan terakhir Mr Harris:

“If anybody ever tells you that a growing man can cry, yes he can.”

Teringat pula kata teman saya. “Bukan semua tangisan itu melambangkan yang kamu itu lemah, tetapi tangisan itulah yang membuktikan kamu itu berjiwa besar”. Apapun, jemput tonton sampai habis ya bagi yang masih belum menonton.

You have to revamp your whole way of thinking, so that you don’t think from the standpoint of the state and the culture, but from the standpoint of what people need and what they suffer from. Then you arrange your social institutions accordingly. (Wilhelm Reich)

Suka bila dengar Mr Harris sebut “Fixed penalty Notices” 🙂

Kisah di sini

Kami di sini baru sahaja selesai segala urusan Trimester 1. InshaAllah saya dan teman-teman bakal meninggalkan Bumi Wellington untuk berkampung beberapa hari di South Island lusa ini. Dengan itu, saya nak minta tolong kalian doakan agar dipermudahkan segala urusan kami nanti. Terima Kaseh.^-^

*Rejab bakal tiba…

9 thoughts on “Barang baik

  1. Suka quote pasal growing can cry, dan tangisan melambangkan seseorang itu berjiwa besar.

    Yeah, agreed on that.

    I think, a man who can’t cry is just a puppet of his own ego. A man who can cry out of empathy and suppress his tears when in adversities, in my opinion, is a man of great honour and admirable.

  2. Yup hafiz, I agree with your last statement. Maybe, this one relates to the way one has been brought up and the environment that they live in. For example, some people, (could be men or women) they have to be strong for the sake of their loved ones. They look tough outward and we hardly see them crying (but only Allah knows what those hearts contain). On the other hand, some people could simply be fragile. They would easily cry for only a small petty stuff.

    *My friend might be really happy if she knows she’s oredi got somebody to second her claim. Well-said!

  3. wah gambo kak yana anto bagus.blog pun bagus.abah harap kak yana ok semua dlm semua bidang.slmat mengembara ke quenstoon dan slmat pergi dan balik.jaga diri baik-baik.bye

  4. wahai abahku:)
    wah cantik ek?kekgi kak ena kirim lagi lps balik dr cuti. inshaAllah esok k yana bertolak ke christchurch. abah ngan mi doakan kak ena n kawan-kawan di sini deh.kirim slm ke mi jgk.huhu.thanks abah sayang!^-^

  5. salam diana,

    Teringat kata-kata seorang ustaz pada kami tentang konsep al-hillul al-islami (penyelesaian masalah mengikut cara islam) [al-baqarah:208] yang membawa kepada the fact that we (humans) are not created tanpa sebab [al-mu’minin:115].

    *Reflect: Adakah kita islam secara menyeluruh? If not, why?

    fastaqim kama umirta…
    ijazah/study adalah alat, risalah adalah matlamat…

    P/S: Kirimsalam geng Hi-5. Doakan kami, dah mula amanah dunya untuk habiskan dissertation. Take care shbtku…

    wallahua’lam
    segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

  6. Waalaikumussalam sahabatku

    *Reflect: Adakah kita islam secara menyeluruh? If not, why?

    Wah rasa tertampar sekali dengan yang ini! Boleh ‘pecah’ barangkali muka ini atas tamparan yang kuat itu.

    Ya, saya setuju wahai sahabatku. Penyelesaian mengikut cara Islam. Teringat pada usul Maulana Imran Hosein tentang The Global Muslim Village. Satu usaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai Islamik di Trinidad. Tak sabar rasanya untuk tahu hasilnya nanti. Sekiranya nilai-niai ini menjadi pegangan dalam kehidupan seharian, kita mungkin tidak lagi memerlukan khidmat polis atau sistem penghakiman (seperti yang dibincangkan oleh Mr Harris) sekarang “which generally concerns of making money and creating situations from which money can be made-not justice”. Wallahu a’lam.

    *Atikah ada bersama-sama kitorang di NZ sekarang. Join kitorang sekali mengembara ke Queenstown dan juga Christchurch.

    Selamat maju jaya untuk dissertation. InshaAllah kejayaan bakal mengiringi awak nanti wahai sahabatku. Ameen. Take care juga ya awak di sana🙂

    Memohon yang amat pada si Dia, Pemilik dan Pemegang Hati-hati manusia. Ameen Ya Robbal Alameen.

  7. salam kak yana.abah harap kak yana ceria selalu sama kawan-kawan.studyhardlah moga dpt cemerlang dlm exams.kirim salam pada kawan semua.gambo makan angin antolah kat abah.abah boleh tengok.abah bersama keluarga dsininok semua.nanti bila syidah masuk belajar duitm semula pd julai ni tinggallah abah dgn mi kole’-kole’ 2 org.abah rasa setakat ni dulu coretan minda abah dan lain kali abah bicara lagi.ok.good luck everytime

  8. *traveller

    cik atikah kirim salam juga. member yang lain pun kirim salam juga.huhu.

    kitorang kat sini semua rindu kat awak. siap berborak pasal kenangan mi rusky zaman-zaman dulu. siapa sangka mi rusky itu yang merapatkan ukhwah kita semua. kan?🙂

    Luv u dearly, my sweetheart!
    *hugs and kisses*

    *abah

    wsalam abah. alhamdulillah, kak yana ceria sokmo sini. haha. iye boh, kekgi kak yana belajo sungguh ah. kejut aboh kekgi.😀

    gambo bisa diantar deh lepas ini. kelakola pulok. “kole-kole”? doh dakpela aboh. kak yana nak balik dh kan. kekgi kak yana teman ah abah ngan mi. lame eh dok teman aboh gi keda roti abdullah. hehe. sayang abah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s