~DOUBLE tag

Salam buat semua.

Di kala banyak benda yang “bersarang” di minda ini, terasa ingin berehat seketika. Ok layan dua tag sekejap.

Pertama oleh Cik Salsabila Partner Mengidam Nasi Kerabu. Mintak maaf ya kamu sebab lambat sangat jawab. Sori boh. Hoho.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

“Listen to the song before its music ends”. Takde “specific reason” sebenarnya untuk kenapa ia dipilih. Tapi saya sukala pepatah ini.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Yang ini tak mampu nak jawab.:D

3) Apakah method penulisan dalam blog anda?

Oh saya sangat tidak mahir dalam menilai gaya penulisan sendiri. Mungkin Cik Salsabila di sana lebih arif tentang hal ini. Huhu.

4) Pernah terase nak hapuskan blog anda?

Wah, sensitifnya soalan ini. Tak nak tutup. Tapi dah dapat arahan macam itu pula daripada Encik Yahoo.

*Pesanan penaja: Hargailah apa yang anda ada.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

Kepada Cik Salsabila,

Kamu sangat puitis rupanya. Siapa sangka ya. Berbunga-bunga sekali. Kamu sangat cantik dengan gaya kamu. Oh ya, satu perkara tentang kamu. Kamu memang mempunyai “sense of humour” itu. Sama seperti yang saya kenal kamu di luar. Huhu. Terima kaseh kerana sentiasa bersama denganku tak kira tika suka dan duka.^-^

Sekian Cik Salsabilaku.:)

———————————————————————————————————————–

Yang kedua oleh Cik Zati Ketua Apartmen 304B. Wah wah tak sangka. Dapat award daripada Cik Zati. Ada juga award macam ni ya. Apapun, layan je. Haha:D

1. Copy Award Di atas Untuk Diletakkan Di Blog Anda.

2. Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.

a) Kehebatannya bermain bola jaring.

Pertama kali bermain bola jaring dengan Cik Zati, saya terkesima. Dalam hati terdetik “Cool giler dia ni!”. Bermain di peringkat negeri rupanya. Patut pun.

b) Memiliki Teddy Bear yang amat besar

Teringat masa kat IPBA dulu. Sampai tertanya-tanya. Siapa tuan punya katil yang sebenarnya ni? Hehe.

c) Roommate Cik Zati di IPBA

Bekas roommate Cik Zati di IPBA berketurunan Pakistan. Jangan main-main ya. Siapakah gerangan beliau?*wink*

d) Suka hujan.

Eh silap. Suka banjir kan?:D

e) Solo Nasyid 2006

Masih terbayang-bayang lagi yang ini. Macam model Muslimah berentap di atas pentas pula. Haha. Ampun ya Cik Zati!

3. Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri

1. Anak sulung.

2. Sangat suka akan tanah tempat tumpah darahku, Terengganu. Kalau diizinkan, nak mengajar kat sini je esok-esok. Sampai pencen pun tak pe (wah tak berkembangnya).

3. Ada satu trimester lagi nak habiskan kat sini.

4. Saya suka belajar bahasa tapi saya bukanlah pelajar bahasa yang cemerlang.

5. Saya juga seperti Cik Zati. Saya tidak cerewet dalam bab-bab makanan ni. Kalau suka, makan banyak. Kalau kurang suka, makan sikit. (Selingan: Sedap ngak makan petai)

6. Rata-rata orang mengenali saya sebagai seorang yang pendiam.

7. Suka “bau” hujan bumi Wellington

8. Ada satu impian besar. Nak jadi cikgu yang cool macam Tokki Paul, bersemangat macam Encik Bowden, lantang bersuara dan penuh ekpresi seperti Averil Coxhead. Yang paling penting, memiliki hati yang penyayang seperti cikgu-cikgu saya zaman sekolah dahulu dan sekomited seperti pensyarah-pensyarah di IPBA. Doakan saya ye:)

9. Umur 19 tahun. Iya, muda lagi saya ni.

10. Morning person.

Sekian dahulu Cik Zati^-^

*Hati itu ibarat magnet. Maka, rajin-rajinkanlah diri untuk membersihkan hati (Dr Fadzilah Kamsah)

4 thoughts on “~DOUBLE tag

  1. oh diana…daku puitis?..hehe..nak kate jiwang erk?..:P
    terime kasih juge kerana menerime baik burukku diana sayang.

    zati, kite ingat lgi tudung tuh…n tau angkara sape..hehe..

  2. zatiMJ
    -hola,mude kan?sapa skrg dokleh lupe hok tu.mantap ah!^-^

    sara
    -ehehe.same ke puitis ngan jiwang?*wink*
    sayang ara byk2!

    tudung zati jd hot topic:D

    fathen
    -laa dokkan doktau lg boh.kate rummet;)

    hola kene maju ke depan leni:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s