Cerita berganda dalam satu cerita.

Salam buat semua. Moga para-para hati senantiasa dipenuhi dengan rasa sayang agar para-para hati akan senantiasa disayangi oleh Dzat yang di atas langit. Ameen Ya Robbal Alameen.

Kali ini, saya ingin bercerita panjang. Panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnngggggggg sekali. Kalau tak bercerita sekarang, mungkin tak tidur lena nanti (entah di mana kaitannya).

1. KeMUDAHan internet VS KeSUSAHan internet

Dua tiga menjak yang lalu, kemudahan internet di ACI sangat perlahan sekali. Sampaikan kami di sini terima notis daripada Kak Ku (bukan nama sebenar), si tuan rumah.

“The internet service in this house is not intended for downloading of movies and all-night-long viewing of Youtube”

Inilah hujah Kak Ku. Punca kepada keterhadan internet di sini. Baruku sedar betapa diri ini terlalu bergantung pada internet. Tiada internet, banyak kerja tak jalan. (CALL task French pun kene guna internet)

Tapi siapakah yang aktif “mendownload” movie dan menonton Youtube sepanjang malam?

2. Sejarah berulang lagi

Hari ini saya menerima satu email daripada pihak Yahoo. Berikut merupakan sebahagian daripada butiran email tersebut.

” We will be officially closing Yahoo! 360° on July 13, 2009″

APAKAH? Benarkah ini? Sukar sekali untuk percaya. Ditambah lagi dengan yang ini,

“After July 12, 2009, your content on Yahoo! 360° will no longer be accessible.”

Ini bermakna saya tidak boleh “berblogging” dengan Yahoo lagi selepas ini. Rasa sedih sebenarnya nak tinggalkan blog ini. Walaupun bukannya ada apa-apa sangat di sini, sekadar tempat bebelan semata-mata, nilainya amat tinggi sekali bagi saya. Saya cuba ber”blogging” di laman blog lain, tapi rasanya tidak sama. Entah kenapa. P.E.L.I.K. Meskipun di sini serba kekurangan dan juga tidak canggih sepertimana blog-blog yang lain. Mungkin disebabkan oleh terlalu lama saya ber”blogging” dengan Yahoo ini. Blog ini juga adalah blog kedua saya. Blog yang lama dulu hilang entah ke mana. Hilang begitu sahaja. Dengan email saya sekali pun hilang.

Dengan itu, saya ingin MEMOHON MAAF atas segala salah silap atau terkasar bahasa sepanjang saya menulis di sini. Mohon maaf berbanyak. Sememangnya saya hanyalah insan biasa yang tak pernah lepas dari khilaf.

Terima kaseh juga kepada adik-adikku dan juga teman-temanku yang setia bersama sebelum ini. Terima kaseh! Mungkin selepas 12 Julai ini, saya akan mula ber”blogging” di sini. Jemputla datang ke “rumah” saya yang tak seberapa ini.

https://dyanakamal.wordpress.com/

Satu blog yang sudah lama saya tinggalkan. Ada dua tiga entri yang saya “membebel” kat sini. Nak “delete” rasa sayang pula. Abaikan sahaja yang “mengarut-mengarut” itu ya.

Saya terlalu sayang akan blog 360 ini! Takkan pernah sama dengan yang lain…

3. Pesanan buku

Di sini, saya juga terpanggil untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASEH kepada semua yang telah membuat pesanan buku sebelum ini. InshaAllah, saya akan maklumkan dengan segera yang mungkin kepada pihak kalian sebaik sahaja menerima bungkusan buku-buku tersebut. InshaAllah.

Terima kaseh juga kepada mereka yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam mempromosikan buku tersebut. Terima kaseh ya kalian semua! Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

4. Examens et devoirs

Para-para Teslian Cohort 4 juga akan menghadapi saat-saat yang agak sengit pada minggu-minggu yang mendatang. Di sini, saya ingin memohon jasa baik kalian untuk menitipkan doa buat kami semua di sini. Terima kaseh ya! Moga segala rahmah dan barokah itu senantiasa mengiringi kalian walau di mana jua kalian berada. Ameen.

Mercredi prochain, je vais avoir trois examens. Deux pour français et un pour education.:)

Ar-rahimuna yarhamuhumur Rahman, Tabaaraka wa Ta’ala, Irhamu man fil-ard, Yarhamkum man fis-sama’

Sekian.

*Sangat menghargai nilai sentimental

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s