Inner turmoil and the battle within-

Salam kebaikan buat semua.

 

Di dalam kuliah semalam, ada dibincangkan tentang langkah-langkah merawat dan mencegah masalah “Eating disorder” di kalangan remaja dan wanita. Encik Bowden juga ada menayangkan sebuah dokumentari yang mengisahkan tentang usaha yang telah diambil oleh Renfrew Centre di Florida untuk membantu golongan-golongan pesakit ini. Rasa sedih sebenarnya melihat mereka ini. Pastinya mereka semua mengalami saat-saat yang sangat sukar dalam hidup mereka. Yang lebih teruk lagi, ada yang membawa kepada kematian. Bukan mudah apabila pemikiran mereka sudah “teranut” sebegitu. Ramai yang berhati baik cuba membantu. Ya. Ramai. Tapi hakikatnya bukan senang. Ada sesuatu yang boleh dipelajari di sini. Orang boleh bantu kita. Tapi kitalah yang sebenarnya perlu membantu diri sendiri terlebih dahulu. Semuanya datang daripada diri kita sendiri.

 

Kelas semalam juga mengingatkan saya kepada video ini. Terutamanya pada minit yang ke 7:20 dan seterusnya.

 

“Reach out for grapes that you can never grasp. Because this is the nature of dunya. You will never be able to get it” (Hamza Yusuf)

 

Tolong ingatkan saya jika saya lalai. Tolong pegang saya tika saya lemah. Saya pasti amat memerlukan kamu tika itu.

 

Sebelum saya terlupa, saya baru menerima satu jemputan ke sebuah “Retreat”. Teringin sekali untuk pergi! Tapi agak mustahil sekali untuk saya ke sana. Oh Ya Allah! Betapa eloknya perancanganMu itu. Hanya Engkau sahajalah yang tahu apa yang terbaik buatku. Dan saya tak mahu simpan benda ini sorang-sorang. Sesiapa yang berminat dan berpeluang, boleh rujuk di sini. Beliau akan tolong kalian sedaya yang mampu kalau kalian betul-betul berminat ke sana. InshaAllah.

Sekian.

*Moga para-para hati sekelian terus-terusan mencintai kebaikan. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s