Mencari suara anak kecil itu

Salam kebaikan. Moga terbuka segala pintu rahmah buat semua.

Ini hanyalah satu siri luahan hati biasa. Tapi nilainya amat tinggi sekali bagiku.

Tika minda sarat dengan jutaan benda sebegini, saya mula rindu dengan sesetengah orang. Oh sila jangan salah faham. Saya sentiasa rindu akan mereka. Itulah hakikatnya. Bukan tika begini sahaja. Tapi tak kira masa. Aduh, “sakit” betul rasa rindu ini!

RINDU. Ia lebih daripada sepatah “lexis” yang biasa. Oh rindunya! Lebih-lebih lagi pada suara anak kecil itu. Ke mana ya si dia menghilang? Oh di situ rupanya kamu! Udah dewasa sekarang. Bukan kanak-kanak lagi. Kanak-kanak yang dulu penuh dengan hilai tawa. Tapi sekarang yang kedengaran hanyalah,

“Kak Ena, tension ni!”

“Kak Ena, tolong doakan test nanti! Sakit kepala fikir”

“Kak Ena, nak balik rumah! Tolong!”

Oh kamu! Mana pergi suara kecil kamu? Rindu sekali untuk mendengarnya. Ya. Rindu yang amat. Rindu bila kamu membuat ribuan hajat. Hajat yang kadang membuatkan diri ini tertawa. Menyedari betapa comelnya kamu!

“Kak Ena jangan lupa beli coklat ek bila cuti nanti”

“Kak Ena, bila nak balik rumah? Abah beli komputer baru.”

“Kak Ena, sekarang ni dah ada NTV7 kat rumah”

Tergelak seorang diri mendengar ngomelan kamu wahai budak kecil! Suara kamu itu sahaja sudah mampu menggembirakan aku. Ya. Gembira sekali. Rasa gembira yang tidak mungkin bisa dijual dan dibeli di mana-mana sahaja. Tapi ke mana ya hilangnya suara kecil kamu itu? Rindu. Rindu sekali pada saat-saat itu. Kakakmu ini rindu wahai adikku.

Oh rindunya!

Haish! Apalah Diana ini. Adik-adik pun mahu membesar juga.:D

* Saya rindu untuk berada di sana. Di situ saya punya bonda, ayahanda dan juga adik-adik. Oh iya, saya juga rindu pada kamu wahai mesin jahitku! Apa khabar kamu sekarang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s